Selasa, 12 Januari 2010

Zakat, Sedekah, Amal Jariah

Minggu ni Kerajaan Negeri Melaka lancarkan Tabung Amal Jariah peringkat negeri..

maknanya.. setiap pekerja boleh membuat potongan gaji sekurang-kurangnya singget setiap bulan untuk buat sedekah amal jariah.

Bagus pe menda ni.... mana tau Allah s.w.t. belas ihsan kat kita sebab sedekah tu.. dapat jugak masuk syurga.. weeee.. ada citer la bab ni.. Meh aku citer sket

Kat sebuah kampung di padang pasir jaman dulu kala... ada sorang mamat ni.. memang jahat tahap gampang. Sebut apa je kejahatan dia.. cuma tak pernah la sampai lakukan perkara syirik. Tapi memang jahat la... Kiranya kalau ayam hilang.. gerenti dia yang curik.. kalau selipar masjid tertukar orang kg terus pergi amik semula kat bawah tangga rumah dia..

Jadinya JKKK bersetuju membawa segala mak bapak sepanduk untuk halau mamat tu...

Akhirnya mamat tersebut jalan la di padang pasir... dengan jauh tanpa hala tuju untuk cari port baru.. dengan haus.. jalan punya jalan akhirnya jumpa telaga.. ada air plak kat dalam.. tanpa melengah masa mamat tersebut terjung tiruk dalam tu.. minum la dia sampai sendawa 3-4 kali... Lepas tu mamat tersebut keluar dari perigi.. baru sepuluh langkah jumpa hanjing tengah terjelir2 lidah.. haus yang amat...
Mamat ni terfikir.. hanjing ni boleh ke minum air perigi.. kang dia turun camne nak naik??

Dia pun patah balik.. ajak hanjing tu pergi perigi.. mamat tu terjun semula dalam perigi.. nak guna tangan takut kena taring hanjing.. mamat tu pun pakai kasutnya yang tak pernah basuh sejak beli.. Maka digunakan kasut sebagai penceduk air dan bagi minum kat hanjing sampai hanjing tersebut menyalak menandakan kekenyangan.

Akhirnya Allah menyatakan bahawa mamat tersebut masuk syurga kerana bantuan dan sedekahnya tadi.

Paham citer aku tadi?? kalau tak paham memang sah wajar kauorang dimandikan dalam keranda surau.

Tapi jangan jadi macam kak kiah ni..

Kak Kiah: Kakaknya simpanan nak dekat 80 gibu la mat. Tak heran kalau setakat belanja ko nasi lemak ni.

Mat: Zakat akak dah bayau?

kak Kiah: Errr.. zakat?? dah... setiap minggu akak kirim dol masukkan tabung masjid. Lima hingget plak tu... lepas tu.. itu hari akak dah bagi baju lama akak kat senah.. sian dia.. miskin mat. semalam pun akak dah belanjan si semah.. ari ni turn ko plak. Kan semua tu sedekah akak.. ikhlas tau...

Mat: akakkk.. itu sedekah.. ni zakat.. takkan dah lama mengucap dua kalimah shahadah tak tau bezanya lagi??? ceittt....

Kak Kiah: Yeke mat?? tak sama ker?? tapi niat akak sama... ikhlas... Err.. akak mintak diri dulu ye.. nak terkencing plak.


bagi yang beralasan yang tatau kira.. klik link INI.

Ingat Allah tak pernah berkira dengan kita... masa isi ni janglah terasa nak berkira sangat.. nasihat ikhlas seikhlas Kak Kiah ni...





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com