Isnin, 18 Januari 2010

Giant Melaka + Sticker + RM3.90 = Kuali Bialetti

Kepada yang penah membeli kat Giant Melaka mesti pernah dapat borang kat bawah ni bersama sticker oren. Beli RM20 = 1 sticker.

Tugasnya senang je.. kumpul 70 sticker + RM3.90 boleh tukar dengan kuali jenama Bialleti. Awal2 aku tak percaya langsung menda camni..
Tapi antara sedar atau tidak.. oleh kerana tempat kerja aku berhampiran Giant ni.. selalu jugak aku beli barang kat situ..
di tambah juga kengkawan aku membeli dan bagi aku sticker tu untuk ditampal di motor aku...

"Apa kauorang ingat motor aku tu takde harga diri ker.. semua sticker kauorang nak tampal". Jerit hati kecilku ini.. Sioot punya budak2.


Dalam diam tak diam.. cukup plak seticker tu 70 keping.. akupun tampal dan cuba tukau.. Aku fikir kalau dia banyak songeh tetiba suh gores itu ini la.. suh bayar duit duty stamp la.. bayar yuran pengurusan la.. memang aku bentang je berita ni kat CNN.

Dengan senyuman memikat, cashier tu bagi je kuali yang aku mintak dan aku bayar RM3.90. Maka dapatlah aku kuali seperti dibawah ini...

Terima kasih Giant dan Bialetti.. bisik hatiku.. dengan selamba meninggalkan cashier yang ingat aku nak hadiahkan kuali ni kat dia kot. Ceiit..





balik rumah test. Wow best!! goreng telur tak perlu guna minyak beb.

Fuhh!! start bulan depan jimat aku.. tak payah beli minyak masak langsung... jimat... jimat..
Balik nanti aku nak test masak sambal sardin tanpa minyak plak.

4 comments:

nOOrsha berkata...

ade jugak stiker ni.. tp tak cukup lagik...banyak tu nak tunggu cukuppp...giant lak jauh dr umah.... hihi..jeles nengok kuali yg cun melecun tew.... :)

apek berkata...

saya rasa ada lebih sikit lagi sticker tu.. nanti saya tgk balik cuba emailkan saya address awak.. kalau ada nanti saya pos kat awak

Tanpa Nama berkata...

aku dapat jek kertas terus buang

hahaha...

tak larat bhai nak main kumpul-kumpul sticker ni; lain ler kalau ada kabel dalam giant.. tetiap hari suruh seludup keluar sticker tu; mau bertimbun kuali tu dalam dapur aku

haha

apek berkata...

hahaha.. aku dulu cakap mcm tu juga.. tak koser aku layan menda alah ni...
tapi akhirnya.. dapat jg kuali... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com