Khamis, 21 Januari 2010

CENCALOK LA PULAK!!!

Sebut Cencalok orang akan fikir Melaka sebab kata mereka cencalok Melaka sedap. ehemmm.. tengok tangan la beb.. berbulu ke tidak?

Aku baru tahu si psiko dan si paranoid ni pun ketagih cencalok sekian lama... sampai gigil-gigil dia melayannya...

Meh aku story pasal asal usul cencalok versi nenek aku. Ingat versi nenek aku tau.. jadi suka hati nenek aku la nak citer apa..

Ceritanya begini...
satu ketika dulu ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ada seorang nelayan yang kerjanya setiap hari adalah nelayan bernama Cenai. Ketika zaman itu.. semua hasil laut kena bayar kat Datuk Shahbandar.. Maka timbullah perasaan ketidakpuasan hati si Cenai ni angkara Datuk Shahbandar.. gila babi kutip siput sedutpun dia nak cukai jugak..
"wey Cen!! mana hasil tangkapan siput ko hari ni??" bentak orang suruhan Datuk Shahbandar.

Maka Cenai yang amat tidak berpuas hati yang memberi skala 1 dalam borang penilaian merancang untuk menyorokkan hasil tangkapan... beliau tidak mahu lagi pergi ke laut sebaliknya mencari ikan di tepi pantai sahaja.. Selalunya Cenai atau dipanggil mesra dengan nama Cen tersebut akan mengagau udang-udang kecil yang dipanggil udang geragau..



Satu hari Cen ni berhasrat untuk mengelak daripada cukai maka dia bawa bersama botol ke laut. Semasa mengagau udang.. hasil udang geragau dimasukkan ke dalam botol dan ditambah garam suoaya tidak busuk..

Bila pulang kuncu-kuncu Datuk bandar tidak dapat mengesan hasil tangkapan si Cen.

Namun.. macam biasa sepandai-pandai ikan belacak berenang kadang-kadang tergolek jugak kat tepi pantai dipukul ombak.

Akhirnya rahsia Cen terbongkar.. Seorang kuncu Datuk Bandar menjerit sambil menunjuk botol berisi udang geragau tersebut..
'Tok!! tok!! Cen cilok udang!!"
"Tok!! Cencilok la... " jerit kuncu tersebut sambil menunjuk botol berisi udang geragau tersebut..

Maka Sultan Muhammad Jiwa memanggil dan cuba menyiasat perkara tersebut.. Baginda merasai udang dalam botol sambil berkata "sedap cencilok ni"

Akhirnya zaman berganti zaman nama Cencilok ditukar kepada Cencalok...

The End

Apa jadi pada Cenai???? nantikan di episod yang aku tak pasti bila lagi...


tentang cencalok kat Melaka ni.. harganya RM2.50 sebotol dan pesan standard aku kalau ada letak harga lebih tonyoh je mulut dia dengan botol cencalok ni...
Aku tanya makcik tu.. kenapa tak pack dalam plastik kan senang nak pos! Dia kata kalau letak dalam plastik tak sedap kerana akan berlaku penguraian enzim dan tindakbalas kimia berlaku menyebabkannya kandungan ester menurun seterusnya menyebabkan H1Co2 dan Ca4K1 bertindakbalas. Peh!! giler jawapan saintifik tu...

Bagi yang belum berkahwin terutama anak dara.. Orang lama Melaka mempehtuakan jangan makan cencalok kerana INI




3 comments:

Tanpa Nama berkata...

jawapan saintifik setaraf einstien..
menarik jugak sejarah cencilok ni Tapi aku buat-buat tak nampak perenggan akhir tu

hahaha

apek berkata...

ko mana ada dara lagi?? semua bewok dah amik. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

cilakak

hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com