Selasa, 16 Mac 2010

Tips Temuduga Ke MPHTJ

Kepada yang dipanggil temuduga di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.. Tahniah aku ucapkan. Aku harap bersedia betul-betul kerana anda bakal melangkah ke alam Penjawat Awam.. iaitu alam yang dikatakan sebelah kaki dalam penjara. Silap langkah terpelesuk jua. Semoga Allah s.w.t. menjauhkan diri kita dari keburukan dunia itu.




Okey secara umumnya diharapkan kauorang bersedia dengan pengetahuan am. Aku bukannya wakil MPHTJ apatah lagi staf diaorang. Cuma aku beritahu berdasarkan pengalaman aku yang cetek ni.. Kalau rasa boleh guna amik, kalau tak boleh guna letak tepi.

Umumnya sebagai rakyat Malaysia dan khususnya Penjawat Awam terutama jawatan pegawai sudah pasti barisan kepimpinan negara merupakan asas pengetahuan kita. So, jangan lupa tang tu...
Oleh kerana MPHTJ di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka maka kepimpinan Negeri Melaka turut penting. Antaranya
  1. TYT Negeri Melaka (Nama penuh siap dengan gelaran Tun)
  2. Tidak mustahil nama Toh Puan (kadang2 penemuduga saje nak test kita)
  3. Ketua Menteri Melaka? Pastikan nama penuh termasuk darjah penganugerahan yang diterima. Jangan lupa tahu menyebut Yang Amat Berhormat.... Penuhkan. Biasanya orang sebut Yang Berbahagia atau Yang Berhormat je. Potong markah beb sebabnya salah. Memang salahpun
  4. Isteri YAB KM? ingat jangan kauorang sebut Yang Amat Berhormat plak kat isteri dia. sebab gelaran isteri KM ialah Yang Amat Berbahagia
  5. Nama Pengerusi Jawatankuasa Exco Kerajaan Tempatan. Sebabnya?? beliau yang bertanggungjawab terhadap Pihak Berkuasa Tempatan di mana tempat yang bakal kauorang cari rezeki itu.
  6. Nama YDP? nama bakal bos kauorang.
  7. Nama Setiausaha MPHTJ. Bukannya nama setiausaha YDP tapi setiausaha MPHTJ. Ada beza tu...
  8. Pengetahuan asas tentang MPHTJ contohnya.. keluasan kawasan MPHTJ, tarikh peristiharan MPHTJ, Misi dan Visi MPHTJ, Logo, Slogan, Motto, Kalau kauorang dapat citer sket masa perasmian tu mungkin dapat respect daripada penginterview. Alah kalau kauorang takde masa tu cuba semak entry lepas aku tentang perasmian MPHTJ bulan Januari tu.. Citer la sket.. nampak kauorang begitu berminat bertugas di MPHTJ.
  9. Laman Web MPHTJ ni masa dalam pembinaan. Mungkin selepas kauorang masuk, kauorang yang kena sama-sama bina laman web ni. Sapa tahu?? Tapi bagi aku tak wajar jugak MPHTJ ni lambat sangat buat laman webnya.
  10. Aku pernah terdengar satu ketika penginterview tanya Rukun Negara, Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya pada seorang bakal Penjawat Awam ni. Pergh!! Tapi tu semua basic masa tadika lagi.. Kalau tokleh jawab.. bawak adik kauorang sekali masa interview.
  11. Dan jangan lupa juga isu semasa yang perlu anda kupas bila diminta. Mungkin cerita-cerita kat blog aku ni boleh jugak dipetik. Kalau dapat jangan lupa belanja Murtabak 2 keping. Cerita Tram boleh. Cerita Sungai Melaka boleh. Cerita di Pintu masuk Tol Ayer Keroh boleh... ikut apa yang diaorang tanya.. kalau tanya bebas... cerita jelah.
  12. Berkatalah bahawa anda bersedia memberikan 100% komitmen terhadap kerjaya anda
  13. Jangan lupa apa yang aku citerkan kat atas adalah pengetahuan am. Pengetahuan khusus adalah pengetahuan tentang skop kerja kauorang. Itu penting jugak.

Ok.. ingat JANGAN sesekali buat perkara ini

  1. JANGAN Memburuk-burukkan organisasi yang lama atau organisasi yang anda kerja sekarang
  2. JANGAN Menyentuh sentimen politik jika tidak diminta dan selalulah menjadi seorang yang berfikiran positif bukannya membangkang semata-mata
  3. JANGAN Menceritakan keburukan yang sedia ada TANPA memberikan sebarang pandangan bernas atau kaedah mengatasi keburukan tersebut. Maksud aku contohnya "jika saya diterima sebagai staf MPHTJ pertama yang akan saya beri tumpuan adalah tandas di XXXX kerana mengikut pandangan saya kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan pelancong". Itu contoh jeeee dari aku!
  4. JANGAN sesekali berfikiran bahawa hendak kerja kerajaan ni sebab banyak RELAX. Beritahu bahawa anda ingin kerja kerajaan sebab anda minat terhadap urusan yang melibatkan hal-hal berkaitan membantu rakyat. Sebab?? mungkin sebab puas bila dapat selesaikan hal rakyat. Mungkin la kot.. itu idea aku je
  5. JANGAN maklumkan bahawa anda hanya boleh kerja daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang je!! Aku tengok kengkawan aku balik malam dan subuhpun ada. Maka anda juga harus beranggapan anda akan beri komitmen sebegitu kepada MPHTJ.
  6. JANGAN tak senyum!! abis kalau tak senyum.. macammana nak ngadap rakyat?? tapi jangan la tersengihhhhhh je macam kupang kat telok mas. so, pepandailah kauorang.
  7. JANGAN BERPAKAIAN TAK SESUAI. Aku rasa kauorang faham etika pakaian kerajaan kot. Kalau tak tahu pegi search.
Mungkin banyak lagi.. tapi itu sikit sebanyak tips daripada aku dan aku harap dapat bantu sikit sebanyak kauorang. Semoga berjaya terutama pada ATIKA iaitu pengikut setia blog aku yang bakal ditemuduga Rabu ni. Good Luck girl.. Jangan kau bagitau waktu kerja kau selalu tengok blog aku.. memang hampasgas... Jahanam MPHTJ nanti.. Bila dah dapat seperti biasa Murtabak Dua!

11 comments:

Siti Hajar berkata...

yg lekir ckp balik mlm n subuh tu keje kerajaan ke?ari tu g exam utk peg tadbir..x taula lepas ke x

atika berkata...

hahaha..kelakar la lekir ur statement...ape2 pun thanks kt lekir coz klu sy xbce blog lekir tntu sy xtaw psl job ni n da tentu xdpt interview ni gerk..pape pun time kasih byk2 ttg tips 2..sungguh berguna tips 2..;-)

apek berkata...

sesungguhnya Allah sahaja yang menggerakkan sesuatu hingga berlaku sesuatu perkara itu.

Ingat atika Allah yang membuatkan awak dapat memohon dan dapat interview tu.. ^_^

apek berkata...

hajar.. ye keje kat melaka ni biasa macam tu.. KM tak kira kdg2 malampun panggil mesyuarat.. tapi selalunya Ketua Jabatan la kena.. namun bila ketua jabatan kena anak buah mesti stay untuk bagi maklumat.

Exam PTD ke?? hmmm.. rasanya diaorang dah ke stage seterusnya la.. semalam borak dengan member di INTAN.. bulan April kemasukan PTD2 baru lebih kurang 400 org.

KamilskaZ berkata...

aduh...kenapa saya punya temuduga dalam 15 mini aja.aduh tak puas hati la macam ni.

amik jawatan FT17 tapi byk dicantas ke topik lain ada lah.nampak gaya saya kena tunggu utk mbmb pula lepas ni.

apek berkata...

takpelah.. berdoalah.. mana tau dapat. tapi untuk makluman member2 aku yang dah dapat dahpun masuk start ari ni ke MPHTJ. Anggaplah takde rezeki kauorang ek... Usaha lagi kerana Allah suka orang yang berusaha

halim berkata...

hum...aku ni bru ej msk brkja di MPHTJ..tmdga yng lepas aku rs xsmpai 10 minit pn.dgn confident ny mmg aku pikir xdpt la kj ni.tp berkat doa org tua aku n usaha dorg alhamdulilah dpt jgk aku kj kt cni...sbrnya ape yng yng penting adalh sokongan drpd pihak2 tertentu untuk menentukan anda layak atau tdk.

apek berkata...

halim alhamdulillah.. Allah terima doa kau dan ibubapa ko..

Ingat allah yang menggerakkan sesuatu itu..

So, kami sbg rakyat melaka harap anda dpt bekerja dengan cekap dan amanah. ^_^

Unknown berkata...

halimtumin keje kat MBMB lg ke?sbg apa ye?saya ada ujian bertulis untuk jawatan peg tadbir esok kt MBMB..tp xtau la..semua ckap kna ada "cable" baru dapat..sedih je dengar cmtu

Haj_ira berkata...

tq for sharing ye...sedikit membantu saya . btw, i/v rabu ni 22/8/17, wish me luck .

Fatin syahirah berkata...

Assalamualaikum. Maaf saya nak tanya mengenai temuduga bertulis nie macm mana pulk ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com