Jumaat, 15 Januari 2010

Perigi Hang Tuah

Kauorang pernah pergi Perigi Hang Tuah? Perigi yang dikatakan bersejarah dan digali sendiri oleh Hang Tuah...

Aku pernah jugak tanya orang tempatan kat Duyong tu.. diaorang kata masa awal2 penempatan kat situ memang ada perigi tapi tak besar mana dan tiada kepunganlah.. cuma perigi tanah... Rupabentuknya macam tapak kaki...

Kemudian bila diaorang tengok perigi tu tak pernah kering!! walaupun Melaka pernah kemarau selama 6 bulan tahun 90an dulu...

Di sebabkan tak pernah kering mereka besarkan perigi tu dan Kerajaan Negeri Melaka mewartakan sebagai tempat bersejarah.



Antara keunikannya ialah airnya dikatakan boleh dibuat ubat. Namun yang menyembuhkannya tetap Allah s.w.t.

Dulu masa abang aku bujang.. jerawat batu punya la banyak... sekali tu aku ajak pegi perigi Hang Tuah.. Dia selawat.. basuh muka.. niat supaya Allah sembuhkan muka dia.. pastu dia minum sket.. Bulan depan.. alhamdulillah jerawat muka dia takde.. cuma ada bekas-bekas lubang permukaan bulan.. tapi kira oklah...

namun macam aku cakap tadi hanya Allah yang menyembuhkan dan mungkin kandungan mineral air tersebut tinggi.

kalau kauorang pergi jangan terjun plak.. memang kena tunggu lama sket.. ramai yang amik isi dalam botol.. tu belum lagi yang terkial-kial guna timba tu..

Dia buka setiap hari dan TAK KENA BAYARAN. kalau ada yang mintak kau tunjal je kepala dia...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com