Selasa, 19 Januari 2010

Orang Melaka pun nak buat Duit Guna Internet

Sekarang semua orang kecoh nak buat duit melalui internet. Kat Melaka tak terkecuali..
Aku bab-bab internet ni memang tak pandai tapi ada member aku ni memang bagus.. dua bulan sekali ajak aku pergi CIMB yang ada western bank.. nak cashout cek yang baru dia dapat. USD200-300.. pergh.. tapi yang baiknya dia ni.. selalu belanja kitaorang selepas duit tu keluar...

Maka ramailah yang mencuba buat duit menerusi Internet ni.... termasuklah aku.. dimana blog ketama aku lahir pada 2008. Kenapa aku nak buat blog ni ada 2. Satu- nak cuba juga rasai pengalaman carik duit guna internet. Kedua-nak simpan memori gambar anak aku dalam blog ni..
Dalam tempoh tu aku guna google adsense.. hingga kini baru USD7 je dalam akaun.. Ceiitt. tapi aku tak kisah sgt sebab aku tak rugi apa..

Tahun lepas aku teringin plak nak buat blog melayu memandang banyak masa aku sebagai pemantau di opis ni terbuang... dan info yang aku terima daripada pelbagai pihak selalu aku sembangkan / sampaikan kepada kengkawan. Maka lahirlah blog ni...

Berbalik kepada buat duit.. setelah 2 tahun rasai pengalaman berblog ni.. sikit sebanyak dapat jugaklah pengalaman. Daripada zero IT hinggalah aku rasa aku setaraf darjah satu di sekolah IT ni... (tahun lepas member aku si Olin cakap aku ni masih standard tadika, so tahun ni darjah satu la).

Sepanjang aku berblog ni.. kawan aku si Cepis ni (yang dapat duit tu) selalu bagi tunjuk ajar. Terima kasih kepada ilmu pengetahuan yang dicurahkan

Akhirnya aku dapat simpulkan.. carik duit ni mana ada cara senang??? mintak sedekahpun susah.. nak duduk berpanas ditengah orang ramai... silap-silap kena kejau dengan Jabatan kebajikan masyarakat.

Cuma apa yang aku faham nak carik DUIT kena guna D.U.I.T jugak iaitu..
Doa.. Usaha.. Ikhtiar.. Tawakal..

Ingat rezeki tu Allah yang turunkan kepada sesiapa yang dia inginkan.. dan Allah suka kepada hambaNYA yang berusaha..

Atas dasar itu aku terbaca mamat ni punya panduan membuat duit.. Ilmu percuma apa salah dibaca.. ye tak?? kalau tak dapat duit pun mungkin dengan aku menuntut ilmu tu.. dapat pahala.. Kalau rasa nak baca.. kauorang klik jer dengan niat nak carik ilmu.. semoga Allah bagi ko pahala asalkan kau tak besau kepala..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com