Rabu, 20 Januari 2010

Belacan oh Belacan


Belacan..
belacan ni zaman P.Ramlee dah top... ingat citer "Ali Baba". Baunya boleh tahan la.. kalau kat Melaka ni.. orang kata kau bau belacan.. bukan makna kauorang punya badan bau sedap tau tak!! takde mananya bau belacan tu sedap... Kalau muka cantik melangit sekalipun, badan belacan tetap belacan. Reject!!

Belacan ni hasil adunan udang dan dicampur bahan2 tertentu kot.. Tapi diingatkan bahawa kita tak boleh bagi mat Salleh tanpa memberi penerangan dulu.. bukan hapa.. takut diaorang ingat daging burger plak.

Belacan ni dicapurkan dalam masakan berkuah terutamanya asam pedas. Tapi bagi orang yang alergik udang ker.. bila datang Melaka kauorang dibenarkan bertanya guna belacan atau tidak.. Ini bagi memastikan tubuh badan kauorang tiada berlaku perubahan hormon kegatalan selepas tu.

Citer pasal belacan ni.. kat Melaka ada satu petua..

kalau kawan kauorang ada bagi barang kat kauorang.. lepas tu dia mintak semula... ada pehtua mengatakan bakar je belacan bawah tangga.. nanti buruk siku kawan ko yang berpaling tadah tadi.
Ingat bawah tangga rumah jer.. jangan memandai-mandai kauorang ubah jadi bawah lif.. terbakau satu bangunan aku tak tanggung.. kauorang jawab la sendiri.

Maka dengan pehtua tu juga... satu ari di zaman kecil, si sahar ni bagi aku kapal terbang kertas dia yang dia buat daripada buku tulis matematik sekolah .. sebabnya kapal terbang kertas tu terbang tak melayang.. Akupun amiklah.. dan buat adjustment kat kepak.. alih-alih cantik plak terbang...
Melihat kecemerlangan kapal terbangnya itu, maka sahar telah bertindak luar dugaan untuk mengambil semula kapal terbangnya...

Dengan hati bercampur gaul geram dan debu di muka.. aku pergi amik baki belacan sebungkus yang mak aku baru guna sikit semalam.. lalu kubakar kesemuanya dibawah tangga reban ayam bapak aku... dengan harapan lepas tu bukan setakat siku sahar je yang buruk.. kalau boleh biar sampai ketiak buruknya.

Dengan wajah penuh kepuasan aku pergi semula ke kawasan permainan si sahar.. aku membayangkan sahar menangis kerana memilik ketiak hingga ke siku yang buruk.

"aikk relaks jer.. tak burukpun siku dia.. berseri-seri muka dapat kapal terbang tu adalah.." bisik hati kecilku..
Nampaknya pehtua mak aku bagitau tak menjadi...

Tiba-tiba...

"Adikkk!!! mana belacan mak??!!!"

Alamak!! tiba-tiba aku rasa nasib buruk plak bakal menimpa aku...


Harga belacan kat Melaka ni kebiasaannya RM1.00 - RM1.50 sekeping... bergantung kepada saiz... Kalau penjual tu jual kat kauorang RM5 - RM10 sekeping.. kauorang hempuk jer muka dia dengan belacan. Dasar belacan punya orang!!

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

harga cencalok sebotol sekarang berapa wei kalau harga semasa..

aku paling minat cencalok melaka weii sangat authentic omputih kata.

kau buat entri sket pasal cencalok dan sejarah kewujudannya. adakah ada kaitan ngan penjajah belanda suatu ketika dulu

theheheh

Unknown berkata...

aku pn ske cencalok, ada lg 2 botol lam kabinet dapur aku. klu blacan aku x ske.

syttttt.. jgn cakap kuat2. jual candu x payah lesen, jual belacan kena ada lesen

apek berkata...

dalam proses mengeluarkan entri tu..
aku tak pasti boleh pos atau tidak? takut meletup tgh jalan ke..
nanti aku story temubual aku dgn penjual cengcalok dan kenapa dia tak pack dalam plastik..

Nantikan tayang tersebut di pawagam terdekat anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com