Jumaat, 8 Januari 2010

Klinik 1 Malaysia @ Melaka

Klinik 1 Malaysia dah mula beroperasi kat Melaka..

Macam semua maklum klinik 1 Malaysia ni dah di war-warkan oleh YAB. PM pada 23 Oktober 2009 lepas.

Bezanya dengan klinik biasa??

Skop klinik 1 Malaysia ni adalah rawatan ringan jer di mana dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih. Ditubuhkan dirumah-rumah kedai sebagai penjimatan kos.

Rawatan ringan tu apa???

Rawatan ringan tu bukan bermaksud merawat orang dibawah 40Kg. Jauh daripada maksud aku tuh..

Rawatan ringan bermaksud macam demam, selsema, batuk, luka kecil dan sebagainya.. Beranak???? aku rasa memang tak boleh...
Sunat??? pun aku rasa tak boleh.

Bayaran?? Alah dah namapun 1 Malaysia mestilah bayar singgit jer... Itupun kalau dia mintak.. kalau kau takde duit takkan lah sampai dia paksa kau. Ingat ni Indonesia ke??
Tapi bagi warga asing dikenakan RM15.

Lokasi kat Melaka yang dibuka pada 7 Januari 2010 hari tu..

  • 39, Jln M1, Batu Berendam (Rumah Kedai)
  • 17, Jalan IKS, Taman Suria, Bukit Katil (Rumah Kedai)
  • Taman Samarinda, Alor Gajah.
Semoga mendapat manafaat dan aku harap Klinik ni bukan dibuka setahun jer... kalau boleh selama-lamanya... Kang ada plak yang komplen "hangat-hangat tahi ayam candu".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com