Rabu, 6 Januari 2010

Tortura 2

Kat Melaka sekang ada Tortura 2. Tortura kauorang tak tau??? ceitt.. Turtle kauorang pernah tengok??? Hah!!! Tortura ni bukan turtle tapi penyeksaan. Fuhhh.. kalau lemah semangat dan lemah pundi kencing tak payah la pergi.. kang jadi hancing plak Bastion House tu..

Pameran ni berlangsung daripada 13 November tahun lepas sampai 28 Februari 2010 ni... lama tuu.. sompat lagi kalau kauorang yang lemah pundi kencing belajar kemutan agar berjaya mengawal pundi kencingmu semula.

Tempat kat Bastion House.. bastion ye.. bukan Bus station.. kang salah kauorang kata aku yang tulis.. padahal kauorang yang baca salah... bastion House ni kat area kota A Famosa tu.. alah kauorang pergi jelah kat kota A Famosa tu.. pastu carilah bangunan kat belakang A Famosa tu. InsyaAllah jumpa punya..

Apa ada dalam???

Ok antara alatan yang aku ada baca ialah

The Garrotte atau Penjerut Leher..

The Ripping Trestle atau Kekuda Pengoyak... - fuh ni alat koyak jubor ni brader.. jangan sentuh pastu cium.. mau sawan kauorang nanti..

Branks atau Topeng Muka.. ni topeng muka dari besi.. dilengkapi alat tajam

The Inquisitional Chair ataua Kerusi Soal Siasat. - kauorang ingat kerusi sofa ker?? banyak cantik.. kerusi paku dal.. dari alas sampai pemegang semua tercacak paku..

dan yang paling menarik

The Oral rectal and vaginal Pear - Hah!! alat ni untuk digunakan sebagai hukuman mengoyakkan mulut, vagina dan lain-lain untuk lelaki yang homoseksual dan wanita yang mempunyai hubungan sulit.

Best tak aku pergi??...

nilah yang aku nak bagitau.. aku lum pergi lagi sebab... sebab.. sebab aku selsema.. Aku tengok pamplet bawah ni jer....




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com