Aku masih ingat tahun 1991, kedua-dua kumpulan lagenda ni muncul kat RTM pepagi buta... aku ingat diaorang nak buat konsert ke... alih-alih arwah Tok Mat yang merupakan menteri Penerangan masa tu (al-fatihah untuk beliau) bermesra dengan mereka.. kemudian diberikan gunting.. lalu digunting rambut dua rockers tersebut. Meleleh air mata rockers-rockers Malaya.. kemudian sayup-sayup aku dengar rockers sebelah rumah aku menjerit macam kena santau.. meraung-raung macam kucing cari anaknya yang dah masuk dalam longkang.
Mereka semua kena gam disebabkan dasar RTM pada ketika itu mengharamkan artis lelaki berambut panjang.
Setelah bebas, tahun 1992 diaorang bergabung dan lancarkan album double trouble. Antara lagu menggila ialah Gemuruh, Mabuk 7 Lautan, Seribu Satu Natijah, Gema Di Inderaloka, Cakap Memang Murah, Akhirnya, Nazar, Kau Masih Berdegil, Malam Gelisah dan Ikutkan saja.. Hayati lirik semua macam protes je..
Dulu akupun ada kaset diaorang yang aku dapatkan secara tidak sah. hahaha.. intro album ni best.. layan kat bawah ni..
Selepas 20 tahun double trouble kembali lagi... untuk konsert terakhirnya di Melaka
Difahamkan Lagenda Rockers ni datang Melaka sejak 14 April untuk bertemu peminat. Pada hari itu juga, Search dan Wings akan dibawa ke Mydin MITC Ayer Keroh, Melaka, jam 5 petang.
Pada 15 April pula, mereka akan dirai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, untuk jamuan makan malam bersama anak-anak yatim di Hotel Permaisuri.
Manakala pada 16 April, iaitu malam kemuncak konsert DT, pengunjung bertuah bakal membawa pulang hadiah istimewa daripada acara cabutan bertuah, yang akan dilakukan sendiri oleh kumpulan rock berkenaan. wow!!
Pada 16 April 2011 itu juga di stadium Hang Jebat, konsert ini berlangsung berkonsepkan amal kebajikan. Tiket berharga RM80 dan RM100 dengan sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada Badan Kebajikan.
Kepada budak sezaman aku atau lebih tua.. pasti berderau darah dengan dua lagu di bawah ni... rasa darah muda menyerap kembali... walaupun aku takdelah tua sgt.
GEMURUH
IKUTKAN SAJA
Terima kasih.
*semua gambar dan video aku amik kat google dan youtube.. kepada pemilik asal boleh letak kredit masing-masing kat ulasan.. tq.
** Berita lanjut pasal penangguhan
11 comments:
ada can nk layan konsert ni.
boleh tp hati-hati.. almaklumlah ramai-ramai tu takut terjadi pengalaman aku yang lalu
http://bumimelaka.blogspot.com/2009/11/konsert-datuk-shah-rukh-khan-di-melaka.html
apa ke sengal kau pergi konsert shah rukh khan tu bhai.. haha
ni chan mesti turun ni..
bila masa plak aku pegi konsert SRK hawau. konsert diapun batal.
Chan mau berkampung mulai 14 April tu.. join semua xtvt
oooooo...
gua tak baca habis entri tu
hehe...
kalau kau jumpa mamat boroi pakai cermin mata ngan seluar kulit ketat tu time time nak dekat hari konsert drabel trabel kat melaka... haaa tu chan la tu
hahaha.. ok.. ok.. nanti aku amik gambar dia sebagai fan no 1 DT
Husinnnnnnnnnnnnnnn
udah udah la tu
mentala rock dulu pon aku tak pegi konsert ni
bukanya berduit..
aku pegi funfair jer..
P/s kuangajor en Genik, perot aku belom kategori boroi,
baru fasa teddybear jer muhahaha
P/s apek kamu pegi ler konsert ni. Aku ni dah tua, takde makna konsert nya,kalau pgi pon tgk kat apa yg si En Genik upload, peh tu En wan donload then by hand.. baru la sampai kat akuu. ROK MENDEEEEEEEEEEE
hahaha.. kira legend la tu Chan
jadik ke konsert ni..cam senyap je, skang dah 4hb, takde promo pon..?
ahh. jadi ke konsert ni. dengar2 kena postpone 27 may. betul ke ?
betul tu elyana..
16 April Melaka Bandaraya Bersejarah tak abis lagi..
Catat Ulasan