Isnin, 25 Januari 2010

Eratnya Melaka dan Johor

Saya sebagai salah seorang rakyat Melaka ingin mengucapkan takziah kepada Kerabat Diraja Johor dan rakyat Negeri Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Allah s.w.t. mencucuri rahmat ke atas roh baginda dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Sebagai negeri yang berjiran dengan negeri Johor turut merasai tempias ini. Tambahan pula, ada dikalangan warga kerja di Melaka ini yang merupakan rakyat Johor dan sering berulang alik.. begitu juga warga Melaka yang bekerja di Johor.

Tadi aku nampak ada seorang yang memakai songkok berlilit kain putih di Melaka. Mungkin warga Johor yang berkabung untuk al-marhum sebagai tanda diaorang menyayangi sultan mereka.

Kat Melaka juga masa aku lalu tadi terserempak 2 kawasan yang mempunyai tiang bendera naik separuh. 1 premis kerajaan 1 lagi premis swasta sebagai tanda berkabung untuk almarhum.


Begitulah eratnya Melaka dan Johor.

Al-Fatihah Untuk Almarhum




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com