Pantai Puteri kini jadi tumpuan terbaru untuk budak-budak yang suka mandi laut dan pasangan yang berjalan-jalan manja berpimpinan tangan.. berjalan longlai bermain air ditepi pantai...
Eceh... eceh.. berlari-lari manja alah-alah hindustan plak..
Namun apa yang menarik di sepanjang pantai ini adalah banyak jualan untuk juadah ringan seperti goreng pisang.. cendol.. dan air batu..
Malam lagi best.. kalau kat hujung-hujung pantai tu... ramai la yang berjanji setia sambil beramas mesra..
PANTAI KLEBANG
Kalau dulu pantai Klebang la yang menjadi tumpuan acara yang aku sebutkan di pantai puteri terutamanya acara beramas mesra. pengalaman ini ditimba oleh En. Psiko sendiri... dan tengah malam sikit mat-mat rempit menunjukkan aksi menggali kuburan di situ..
Pernah satu ketika dulu (10 tahun dulu kot) ada sorang mamat rempit ni.. tengah main perah ramai2 tetiba kecoh kat jalan raya.. rupanya salah sorang mat rempit tu terperosok bawah sebuah kereta kancil.. motornya terbarig diluar. Atas dasar kemanusiaan.. kitaorang berlari.. ramai-ramai angkat kereta kancil dan tarik mamat tu keluar...
alih-alih lepas keluar sapu badan sket terus naik motor.. preng.. preng... cabut..
makan sampau punya budak.. kita tolong terima kasih takde.. lagi mau 'bakar'. Cinabeng tul la.. Mau aje kitaorang tangkap dia balik.. kasi letak bawah kancil balik.. pastu tengok ramai-ramai je muka dia....
tapi tu citer dulu.. masa angin sepoi-sepoi bahasa menyinggah dimuka ketika lepak di pantai Klebang.
sekarang pantai ni tiada lagi air laut.. yang ada cuma pasir.. Kerajaan Negeri Melaka ingin bangunkan kawasan ni...
4 comments:
ooo pantai puteri lah ye...
deretan kedai makan kat pantai klebang tu ada lagi atau dah kena tarah jugak.... bukan apa ada satu kedai makan tu ada awek cun yang buat aku aku tergagap gagap nak sebut nama makanan masa dia amik order...
lama jugak tak ke melaka ni.. hahaha... sampai pantai klebang tinggal pasir pun aku tau dari blog kau ni je
Kedai tu ada lagi tapi kureng la nak lepak memalam lagi bro.. yelah bau air laut takde lagi.. kalau angin tiup silap-silap debu kau dapat.
Jadi kerajaan Negeri Melaka ubah tempat pengunjung dengan membangunkan pantai puteri plak.
Ada jugak bagusnya kerana pantai klebang tepi jalan raya utama (banyak sgt kete) tapi pantai puteri jalan kg.. aman sket
kenapa air laut takde? mana dia pegi? abih tu xde laut nape pangil pantai? weh mana laut tu pegi?
Perghh sakit jiwa nak jawab nih..
kenapa air laut takde? - Laut tetap ada. Giler kalau laut takde macamna ikan nak idup.
mana dia pegi? - laut tu pergi ketengah sket...
abih tu xde laut nape pangil pantai? -sebab nama kawasan tu pantai klebang.. sama jugak nama kg pulai... mana pokok pulai nyer??
weh mana laut tu pegi? - tak pedi mana2 la.. duit tambang tak cukup.. cuma dianjak sket ke depan.
Aku harap bewok tak soal lagi.. perghh..
Catat Ulasan