Gelanggang silat terbesar di dunia bakal dibina di Kampung Ulu Duyong.
Itulah hasrat Tok Ali, Ketua Menteri Melaka.
Nampak memang gah kalau benda ni jadi...
Secara tak langsung kegemilangan Hang Tuah kembali ke Tanah Melaka.. Keperwiraan Hang Jebat berputik semula...
Cerita pasal silat ni.. pernah aku zaman remaja memang tergila-gila mencari guru.. Mintak dengan bapak aku, dia tak bagi.. katanya aku belum sampai masa dan tak boleh buat main.. Lalu aku pun ke corok kampung bersama-sama kawan aku cari tok guru.. tapi takdelah macam cerita "Belalang" tu.. mengembara.. gila hapa.. aku kena pergi sekolah jugak. Kitaorang dengaulah dari mulut ke mulut jer.. mana-mana ada guru handal.. hinggalah ke kawasan kat dalam kawasan Daerah Jasin . Kg sepesifik terpaksa disilentkan. Kang ada yang menyantau aku kang.
"Aku dengau guru ni handal" kata sasli yang lebih mesra aku panggil wak.
"Jomlah kita pergi".. sampuk Am sambil meramas-ramas pangkal lengan.. wah macam pendekar lagaknya..
Maka malam yang dijanjikan pergilah kami.. sampai je.. tok guru lengkap pakai pakaian silat.. dia kuntau lebih kurang.. pastu terus jumpa kitaorang... sembang pasal dunia persilatan.. ternganga mulut si Am mendengarnya... dah macam kena pukau jer aku tengok..
Akhirnya berkata tok guru tersebut
" Kauorang balik.. beli pakaian songket lengkap berkeris.. pastu datang sini.. aku jampi.. Nanti balik.. kauorang tidor pakai dengan pakaian ni.. malam kang kalau ko mimpi Hang Tuah.. maka silat kau macam Hang Tuah.. Kalau Hang Jebat.. silat macam Hang Jebat". Kata-kata itu buat aku dengan wak tergamam.. si Am terhangguk-hangguk.. memang betul la mamat ni kena pukau...
"Errr... kalau mimpi Hang Kebun tok??" soalan ikhlas itu membuatkan tok guru tersebut merah padam mukanya.. dan terkekeh-kekeh si wak ketawa. Selepas tu... kitaorang rasa macam hampir nak kena 'penampau mimpi' atok tu dan sepantas cencurut kena kejau dengan penyapu kitaorang start ejin motor... serta cabutttt.. Aku bayangkan ada bebola api jer yang mengejar kami hasil ilmu mimpi Goku oleh anak murid orang tua tu..
Note: Aku tatau la ada lagi ke tidak orang tua tu.. cerita ni 13 tahun yang lalu..

0 comments:
Catat Ulasan