Di Melaka majlis bacaan Yassin atau doa selamat lebih dikenali Kenduri. Ini berbeza dengan bahasa beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan sebagainya.. di mana Kenduri bagi mereka adalah jemputan perkahwinan... 1 Malaysia kena tau jugak menda ni wooo...
Tapi kali ni aku nak citer pasal protokol kenduri zaman dulu-dulu.. Zaman hari ini kebanyakkannya guna kaedah buffet dan bukannya berbentuk hidangan. Kalau hidanganpun aku rasa ramai tatau protokol atau adap orang tua tertama di dalam menghidangkan makanan. Meh aku citer agar pengetahuan ini tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panans. Chewahh..
Kalau jemputan kenduri kita waktu maghrib, solat maghrib wakil tuan rumah (Lelaki) akan berjemaah di surau dan menjemput ketika lepas solat maghrib tersebut. Bila kat rumah, ahli keluarga lelaki yang dewasa akan menyambut di pintu hadapan. Semua wanita berada di dapur dan menyambut sekiranya ada pengunjung wanita yang akan datang ikut pintu dapur. Zaman dulu memang lelaki ikut pintu depan.. pompuan ikut pintu dapur kecuali Perayaan seperti hari raya.
Setelah selesai bacaan yassin atau doa,waris lelaki akan ke dapur untuk mangambil makanan untuk hidangan. Di sinilah adap mengeluarkan makanan sangat penting bagi orang tua dulu-dulu. Aku pernah kena tegur pasal salah bawak yang mana dulu.
selalunya bila hidang kat dapur akan ada beberapa hidangan yang perlu dibawa keluar
1) Nasi dalam pinggan (siap-siap bubuhkan nasi. Bukannya bagi pinggan kosong)
2) Dulang Lauk
3) Nasi Tambah
4) Cawan dan air (dulang air)
5) Air basuh tangan (Kendi)
6) Tisu / tuala tangan
7) Berkat (bungkusan kuih muih untuk dibawa pulang)
Daripada semua alatan tersebut, selepas do.. waris lelaki akan ke dapur dan mengambil barang-barang di atas yang telah disediakan oleh waris pompuan. Adab untuk membawa keluar mengikut turutan adalah seperti dibawah dan satu dulang adalah untuk empat orang.
1) Dulang Air
2) Dulang Lauk
3) Nasi Dalam Pinggan
4) Air basuh tangan
5) Nasi Tambah
6) Tisu / Tuala Tangan
7) Berkat
Kemudian sedang orang ramai makan, bebrapa waris lelaki berdiri dan memastikan semua lauk adalah mencukupi. Sebagai contoh lauk Asam pedas ikan parang telah berkurangkan.. makan satu pinggan / mangkuk asam pedas dibawa keluar dan digantikan dengan yang telah habis tersebut.
Masa balik, waris lelaki berada dipintu masuk kemudian mengucapkan terima kasih sambil bersalam dengan hadirin yang keluar.
Sesi mengemas adalah milik lelaki namun membasuh adalah perempuan.
Lepas tu sembang sampai letih.
Oklah cukup sedikit sebanyak peraturan yang ditetapkan oleh arwah bapa aku dalam mengendalikan sesi kenduri di Melaka. Mungkin lain tempat lain tradisinya.. walau apapun tradisinya.. aku bangga bila ahli keluarga aku masih mengekalkannya.
Ha.ha
4 bulan yang lalu
4 comments:
keluarga aku pun masih lagi mengekalkan hidangan setiap kali buat kenduri.
mak aku kata ianya menunjukkan tuan rumah respek pada semua tetamu dan menghargai kesudian para tetamu hadir dalam majlis kenduri
memang betul lah turutan adab cara mengeluarkan hidangan tu.
lagi satu sejarah nasi ambang / ambeng tu juga ada kaitan dengan majlis kenduri. Kalau kau tahu cerita kaitan nasi ambang dan kenduri tu, kau karang satu post bhai
hehe
Ko memang seusia dgn aku.. sbb budak2 zaman sekarang ramai yang dah tatau bro..
aku pernah makan nasi ambang di ambang kenduri kawan aku berketurunan jawa-melayu. Makan ramai2 dalam satu dulang. siap bahagi2.
Tapi malangnya aku berketurunan Bugis-Melayu bro.. Bugis Kuala Selangor... tak dapek den nak nolongnya.. hahaha..
ye ke mie...bukan ko keturunan cina ke...sepet je mata kau aku tengok
ceitttt....
Catat Ulasan