Jumaat, 5 Mac 2010

Perginya Seorang Kakak

Dua hari lepas aku dah buat separuh entry menegani seorang sahabat aku yang aku gelar Kak Ani telah kembali kerahmatullah... Masa tulis entry tu.. sebak sungguh menerima berita menerusi panggilan.
Tapi aku batalkan niat kerana aku tak mahu teremosi dan tambahan pula, yang pergi tetap pergi.. cuma tak tahu je bila lagi.. tub tub semalam punya Harian Metro keluar cerita beliau. Dah dua malam aku terbayangkan diri beliau dengan senyuman yang manis...

Post yang sepatutnya aku buat dua hari lalu :
Sedang aku melayan celoteh penyampai di Sinar, tiba-tiba dapat satu panggilan menyatakan Kak Ani dah meninggal. Terkedu aku seketika... tiba-tiba akal aku mati mengimbas kembali kenangan bersama kak Ani.. Seorang wanita yang tabah yang aku kenali 4 tahun lalu. Seorang wanita yang banyak meluahkan rahsia dirinya kepada aku.. seorang wanita yang selalu menjadi bahan usikan kenakalan aku...

Terbayang jelas tubuh badannya yang sederhana kecil dan berkulit hitam manis.. tidak pernah lekang dengan senyuman ikhlas..

Beliau pernah memberi beberapa nasihat penting hingga menggubah diriku dan dengan nasihatnya itu kehidupan aku sekarang adalah sikit sebanyak berdasarkan nasihatnya.

Apakah aku bermimpi??? aku baru terjumpa dia dan baru lagi rasanya dia melemparkan senyuman ikhlasnya pada aku... (aku terhenti di sini bila nak pergi menziarahi beliau)


Masa aku menziarahi pengebumian beliau.. ramai sungguh orang terutama budak-budak berkemeja (Budak2 gomen kot). memang ramai.. aku jangka lebih dua ratus orang. Jarang orang biasa dikerumuni dengan ramai orang. Tu masa aku pergi.. diaorang kata malam tupun penuh orang hingga Ketua Menteri pun datang melawat lebihkurang jam 1 pagi.

Aku sedar.. kak Ani memang baik orangnya.. tak hairanlah begitu raai orang yang sedih atas pemergiannya.


Berita Harian Metro

MELAKA: “Ketika menghubungi isteri bagi memaklumkan saya akan tiba dalam tempoh 10 minit dan menyuruhnya tunggu di gerai berkenaan, dia menjawab jangan risau sambil mengatakan sudah mahu balik sebanyak tiga kali, malah ketika itu suaranya kedengaran seperti sayup saja.” Kata pembantu kedai makan, Dawood Abdul Kafoor, 44, apabila isterinya, Noraini Sanny, 40, yang membonceng motosikal rakannya, Zaiton Md Isa, 40-an, meninggal dunia kelmarin selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Ujong Pasir, Bandar Hilir, dekat sini, kira-kira jam 10 malam Ahad lalu.


Ketika kejadian, mangsa bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Promosi Pelancongan di Jabatan Ketua Menteri Melaka dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran.


Dawood berkata, lebih menyedihkan apabila hajat anak sulung mereka, Nurul Shafiqah, 18, untuk membuat kejutan sambutan hari lahirnya pada malam kejadian juga tidak kesampaian apabila mereka sekeluarga menerima berita mengejutkan itu.


Berita Lanjut


2 comments:

sI tEDI berkata...

Al-Fatihah!

Lekir berkata...

thanks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com