Selasa, 2 Mac 2010

Melaka Akan Ada Tram Untuk Atasi Kesesakan

Kauorang tahu tak esok (3 Mac 2010) satu tandatangan bersama MRail International akan dibuat untuk melaksanakan projek penyediaan tram kat Melaka. Mrail ni memang terkenal dalam pembinaan monorail kat Malaysia ni.


Kat Melaka ada Tram la wey.. dah macam kota London... dan Melaka bakal menjadi negeri Pertama di Malaysia gunakan tram untuk atasi kesesakan.


Mengenai tram bakal dibina.. ia bakal beroperasi sekitar 40 km iaitu daripada Ayer Keroh hingga ke Pusat Bandar dengan kos RM270 juta. Setiap tram boleh dinaiki seramai 150 orang dan bagi sehari dijangka 2,500 penumpang boleh nikmati perkhidmatan itu..

Main stand tram ni kat tol Ayer Keroh.. laluannya ialah Bukit Sebukur, Pej. Pos Besar, Jalan Taming Sari, Jalan Bendahara, Plaza Mahkota Parade, Melaka Raya dan Bukit China.


Lepas ni kalau kauorang boring nak masuk Pusat bandar sedangkan kauorang hanya dalam perjalanan ke Muar.. boleh la guna wey..


berita ini diulas daripada pembacaan aku di MHI

4 comments:

Anak Perak berkata...

nak selit celah mana.itu pon dah sempit.klu monorel ok gak

Lekir berkata...

hahahaha.. ntahlah.. pepandai la jabatan perancangan bandar buat kerja..

geneticthylon berkata...

aku rasa macam makin sesak je
dengan keretanya.. nak selit rel tram
pastu ngan gerabak tram.

Lekir berkata...

tapi untuk makluman kauorang kawasan yang aku sebut tu memang ada ruang jika dirancang dengan baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com