Rabu, 31 Mac 2010

Sebelum Masuk Mydin MITC

Kalau kauorang bawa adik ke anak ke anak buah ke terutama lelaki untuk pergi ke Mydin MITC, aku sarankan jangan lalu pintu utama. Sebaliknya kau lalu ke pintu sisi yang mengadap jalan raya tu. Alah pintu area kedai makan mamak tu..

Sebabnya?? sebab kat situ ada satu belon kartun 'bola kampung' setinggi tiang lampu.. Aku boleh bayangkan betapa kagumnya budak2 lelaki bila dapat tengok.. aptah lagi menyentuh idolanya itu..

walau bagaimanapun, aku tak pasti hingga bila mamat bola kampung tu duk situ.. sampai belon tu bocor kot.

Mesin Basuh Kereta

Macam kat tempat lain.. Kat Melaka pun ada mesin basuh kereta tu.. Tak sampai 5 minit selesai. Sesuai untuk kereta yang nak nampak bersih je. Yelah bayaranpun RM4 je.. Kalau nak kilat tayar tambah lagi singgit.. Nak vakum pulak tambah lagi RM4 jer kot.

Tapi pekerjanya semua india / bangla. Pandai plak tu mengayat untuk vakum la.. wax kereta la.. polish la... Kalau tak kuat pendirian mau terpengaruh sepertimana yang berlaku pada kawan pompuan aku.. ceiitt.. mudah sangat dirayu... Tapi kalau niat memang nak kete agak2 kilat boleh la... cuma bila aku tengok kete dia.. takdelah kilat mana pun. Sama ada cat dah mati ataupun tukang wax yang tak pandai.

Walau bagaimanapun, bagi yang ada anak berumur 2 -4 tahun.. mungkin diaorang kagum giler bila dapat masuk dalam washer machine tu kot. Tak caya kau try bawak anak / anakbuah kauorang





Durian Di Melaka Udah Berbunga

Kepada pemilik kebun-kebun durian atau mereka yang punya sedara kat Melaka dan kebun durian seluas mata.. aku nak umumkan pokok durian kat Melaka dah berbunga. Tahun ni
nampak macam lebat je ni... Ada harapan boleh meminang bagi yang bujang-bujang ni.

Mana yang ada nenek dan mak sedara tu, dah boleh la kauorang telefon2 sekang ni kat orang kampung.. buat-buat tanya khabar.. Nak tanya direct durian.. kang kena cakau dengan kulit durian kan??

Aku harap tak de la opet sesat tahun ni.. mau dia makan semua durian tu...

Nanti dah berputik aku update lagi ye.. lepas tu start gugur biji ketama.. kauorang dah boleh buat-buat balik bawakan kek lapis.






Sambutan Melaka Bersejarah & Pesta Gendang



Nampak di merata tiang di Melaka telah tergantung iklan raikan bersama sambutan ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah ke-7 dan macam sebelum-sebelum ni.. pesta gendang nusantara jugak dibuat. Semua rakyat dalam dan luar Melaka dijemput hadir.

Tarikhnya.. 13-14 April 2010 bertempat di Dataran MBMB.

Aku confirm parking menjadi kebuntuan kepala kauorang... alah Juscokan ada parking besar tu.. baru singgit...

Jom bawa keluarga sesekali tu beb..

Jumaat, 26 Mac 2010

Selamat Hari Polis Dari Bumimelaka




Semalam Polis menyambut ulang tahun ke-203 dan malam tadi ditayangkan filem lama Bukit Kepong.




Walaupun ada segelintir masyarakat sering kutuk Polis tapi bagi aku tugas mereka sungguh mulia terutama yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Ditambah malam tadi ditayangkan filem Bukit Kepong, aku cadang nak tidor dalam 11.30 malam tapi terbawa pulak hingga habis filem tersebut sehingga jam 12.30 mlm.




Filem tersebut memang terkesan abis kat jiwa patriotik aku ni.. Sebak bila tengok gugur satu persatu warga Polis yang mempertahankan seinci bumi bertuah ini. Kalau ikut logik, mereka boleh berundur dan counter back bersama Polis Hutan atau angkatan tentera lain dikemudian hari. Memang tempat tersebut strategik tapi dengan keupayaan tahun 1950 tu Angkatan tentera Malaysia mampu rampas tempat tersebut yang berkeadaan lebih terbuka. Royal Air Force Malaya(RAF Malaya)juga diwujudkan semula pada tahun 1950, Tentera Laut Malaya ditubuhkan pada 1949, menjelang tahun 1950 juga kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion (sumber wikipedia). Dengan adanya semua ini.. mustahil Komunis boleh merampas Malaya. Komunis di Malaya tidak selengkap angkatan Jepun. Mungkin komunis kuat la kat negara-negara komunis.. Tambahan pula Malaya mendapat sokongan kuat British ketika itu..

Namun atas prinsip, biar putih tulang jangan putih mata.. anak dan isteri mereka tinggalkan. Kalau ikut nisbah ketika tu.. hampir 1 vs 10 orang.. gilo tul.. Komunis bajet 20 minit selesai.. rupanya sampai tengahari baru dapat selesaikan.

Cuma kalau la ada sambungan cerita tu... bestnya... yelah ingat tak ada salah seorang polis berjaya melarikan diri ke sungai walaupun tercedera.. Aku nak tahu kesudahan komunis kat situ...

Anyway kebanyakkan pelakon-pelakon dalam tu adalah polis termasuk semua komunis tu.. semua polis.. patutlah cun je aku tengok komunis wanita tu...

Tahniah kepada Dato' Jins Samsudin ketika tu kerana dapat mengkarya filem yang menyentap semangat patriotik aku.

Al-Fatihah untuk semua perajurit-perajurit yang gugur dalam mempertahankan maruah tanahair kita.

Kepada semua Polis yang sedang berkhidmat.. selamat menyambut hari polis.. jasa baik kauorang aku di bumimelaka amat menghargai dan jutaan terima kasih kerana menjaga keamanan negara ini dengan tubuh badan anda. Thanks a lots.

Khamis, 25 Mac 2010

Lembaga Perumahan Melaka Nak Cari Orang

Lembaga Perumahan Melaka membuka 10 kekosongan dengan 5 jawatan berlainan.

1) Pembantu Tadbir (Operasi) - 3 Kosong
2) Pembantu Penguatkuasa - 1 Kosong
3) pembantu tadbir Kewangan - 4 kosong
4) Juruteknik - 1 kosong
5) Penghantar Notis - 1 kosong (lelaki je)

semua jawatan ni bertaraf sokongan atau dalam ertikata lain tahap pendidikan SPM. jangan kau ada ijazah memohon jugak.. Naya budak SPM sebab diaorang bukan leh minta jawatan berkelulusan ijazah.

Status Jawatan - Kontrak ye..

Kalau minat pergi amik borang kat Kaunter Perkhidmatan Lembaga Perumahan Melaka di Tingkat 1, Blok Bentara Seri Negeri.

Tarikh Tutup 7 April 2010.

sekian

Kepada Berminat Nak Jadi Ushawan

Invest Melaka mewakili WETRA GRUOP OF COMPANIES kini menawarkan Latihan 'Usahawan Bestari' kepada anak-anak Negeri Melaka.

10 orang siswazah dicari untuk perintis.
Elaun RM1,000 akan diberi setiap bulan sepanjang tempoh latihan.

Apa yang diperlukan???

1. Berumur 21 - 30 tahun
2. Mempunyai diploma/ijazah dalam bidang Keusahawanan/Perniagaan/Marketing/Project Development.
3. Apa yang penting minat menjadi usahawan

Kalau berminat sila hubungi Cik Adora 06-2312226

Adab Orang Tua Bila Berkenduri Di Melaka

Di Melaka majlis bacaan Yassin atau doa selamat lebih dikenali Kenduri. Ini berbeza dengan bahasa beberapa negeri antaranya Perak, Kedah dan sebagainya.. di mana Kenduri bagi mereka adalah jemputan perkahwinan... 1 Malaysia kena tau jugak menda ni wooo...





Tapi kali ni aku nak citer pasal protokol kenduri zaman dulu-dulu.. Zaman hari ini kebanyakkannya guna kaedah buffet dan bukannya berbentuk hidangan. Kalau hidanganpun aku rasa ramai tatau protokol atau adap orang tua tertama di dalam menghidangkan makanan. Meh aku citer agar pengetahuan ini tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panans. Chewahh..

Kalau jemputan kenduri kita waktu maghrib, solat maghrib wakil tuan rumah (Lelaki) akan berjemaah di surau dan menjemput ketika lepas solat maghrib tersebut. Bila kat rumah, ahli keluarga lelaki yang dewasa akan menyambut di pintu hadapan. Semua wanita berada di dapur dan menyambut sekiranya ada pengunjung wanita yang akan datang ikut pintu dapur. Zaman dulu memang lelaki ikut pintu depan.. pompuan ikut pintu dapur kecuali Perayaan seperti hari raya.

Setelah selesai bacaan yassin atau doa,waris lelaki akan ke dapur untuk mangambil makanan untuk hidangan. Di sinilah adap mengeluarkan makanan sangat penting bagi orang tua dulu-dulu. Aku pernah kena tegur pasal salah bawak yang mana dulu.





selalunya bila hidang kat dapur akan ada beberapa hidangan yang perlu dibawa keluar

1) Nasi dalam pinggan (siap-siap bubuhkan nasi. Bukannya bagi pinggan kosong)
2) Dulang Lauk
3) Nasi Tambah
4) Cawan dan air (dulang air)
5) Air basuh tangan (Kendi)
6) Tisu / tuala tangan
7) Berkat (bungkusan kuih muih untuk dibawa pulang)

Daripada semua alatan tersebut, selepas do.. waris lelaki akan ke dapur dan mengambil barang-barang di atas yang telah disediakan oleh waris pompuan. Adab untuk membawa keluar mengikut turutan adalah seperti dibawah dan satu dulang adalah untuk empat orang.

1) Dulang Air
2) Dulang Lauk
3) Nasi Dalam Pinggan
4) Air basuh tangan
5) Nasi Tambah
6) Tisu / Tuala Tangan
7) Berkat

Kemudian sedang orang ramai makan, bebrapa waris lelaki berdiri dan memastikan semua lauk adalah mencukupi. Sebagai contoh lauk Asam pedas ikan parang telah berkurangkan.. makan satu pinggan / mangkuk asam pedas dibawa keluar dan digantikan dengan yang telah habis tersebut.

Masa balik, waris lelaki berada dipintu masuk kemudian mengucapkan terima kasih sambil bersalam dengan hadirin yang keluar.

Sesi mengemas adalah milik lelaki namun membasuh adalah perempuan.

Lepas tu sembang sampai letih.

Oklah cukup sedikit sebanyak peraturan yang ditetapkan oleh arwah bapa aku dalam mengendalikan sesi kenduri di Melaka. Mungkin lain tempat lain tradisinya.. walau apapun tradisinya.. aku bangga bila ahli keluarga aku masih mengekalkannya.


Selasa, 23 Mac 2010

Bumimelaka Terima Award

Aku tak tahu atas kriteria apa blog ni diberikan award khas untuk kaum-kaum adam. Akupun tak kenal pemilik gooseberries. Tiba-tiba je tercalon. Wah macam best je blog yang tak seberapa dan picisan ni mendapat perhatian. Awards yang diberikan membuatkan rasa macam bersemangat nak menulis. Secara umumnya aku rasa sebab dia menilai atas kapasiti individu kot. Itu hak dia dan dia dahpun bagitahu dia buat just for fun. Untuk baca senarai blogger yang terima klik gambar dibawah.


Anyway thanks Gooseberries.. Walaupun ditempat ke-17 tapi kira oklah daripada jutaan pemilik blog lelaki di seluruh dunia.

Mungkin tiada harga pada orang lain.. tapi bagi bumimelaka satu anugerah daripada seseorang yang tidak pernah dikenali dan ianya memang sangat bernilai.

Thanks..

Kupon MBMB Di Kaut Untung

Kat Melaka parking guna jugak kupon macam negeri-negeri lain..

tapi kepada pengunjung.. aku nak bagitau.. ada segelintir kecik ejen kupon ni naikkan harga la.. So, kauorang berhati-hati.

Harga kupon MBMB sejam RM0.60 atau sehari RM5.00.
Kalau ada orang jual lebih daripada itu.. kau jerit je minta tolong... Sebab baru-baru ni KPDNKK telah berjaya membongkar dan menangkap ejen kupon parking menjual antara RM.70 hingga RM1.00.

Aku harap orang ramai tidak terperdaya lagi..

Memang hawau.. nyusahkan orang jerr..

Jumaat, 19 Mac 2010

Pengubat Jiwa Kacau

Kalau kauorang terasa keciwa dan stress.. pergilah jenjalan kat shopping mall seperti Giant Melaka tu.. Tengah sedang aku dan rakan cari ketenangan jiwa kacau ni.. Tiba-tiba terpandang pintu masuk untuk penenang jiwa. Chewah.. macam kukuh je alasan



Ada masa 15 minit. So, aku rasa sempat 3 hengget je.. bermakna 3 lagu... jerit sesuka hati..
Baguih jugak ada karaoke box tu.. boleh la jugak aku menjerit.. Takkan nak jerit kat shopping Giant tu.. mau kena tangkap aku wey..


Sistem pemilihan lagupun awalnya aku pening jugak tapi lepas try and error dan kebanyakkannya error. Akhir tahu jugak step nak mengendalikan. Sewajarnya pusat ni menyediakan aturan kat dalam bilik tu...

Aku rasa pusat karaoke ni buka ikut waktu Gian buka kot. 10.00pm dah tutup.

Rabu, 17 Mac 2010

MEH CITER PASAL AYAM KAMPUNG

Tadi aku singgah satu restoran ni.. menghidangkan satu lauk yang dah bertahun aku tak makan. Seingat aku masa aku sekolah menengah je sempat makan. Lepas tu tak ingat dah. Tup-tup terpandang la kedai makan yang menghidangkan AYAM KAMPUNG.


Kelebihan ayam kampung ni ialah ianya amat kurang lemak. masa makan tadipun tak jumpa aku lemaknya alah-alah putih macam ayam KFC tu... pergghh gigit sampai ke tulang wa cakap lu..
Rasa ayam ni kenyal-kenyal sikit. Itu sebab sesuai dibuai gulai. Kalau goreng, mau tercabut gigi palsu Mak Joyah mcm iklan gigi palsu tu...

Harganya mahal sikit la.. RM4.00 seketul. Tapi puas hati...



Cerita pasal ayam kampung ni teringat zaman aku kecik2 dulu. Kalau nak makan ayam maka pagi-pagi dah bersiap sedia dengan adik aku. Ayampun jeling semacam bila aku rancang strategi sambil tunjuk2 ayam yang berkenaan. Ada tiga strategi utama yang biasanya terlintas dalam benak budak kampung macam aku.


  1. Bagi makan dan duduk berhampiran tempat ayam makan. Kemudian terjah. kaedah ini memerlukan daya kepantasan dan kecekapan yang amat tinggi. Namun kelemahannya ialah hanya boleh guna sekali sebab lepas tu semua ayam tidak akan percaya lagi pada makanan yang diberi.
  2. Amik kain atau kelambu atau jaring besar.. kemudian lempar pada ayam setelah makanan diberi seperti strategi pertama. Peluang lebih tinggi tetapi ayam selalunya boleh baca gerak geri kita sebab bawak alatan tambahan.
  3. Selalunya strategi ketiga ni digunakan bila strategi pertama dan kedua gagal. Atau kadang2 aku terus kepada strategi ni sebab tak mahu buang masa. Untuk memenuhi strategi ni pastikan stamina dan mata kauorang amat tajam. Strategi dinamakan KEJAR AYAM SAMPAI DUA-DUA PENAT. Peluang lebih tinggi kalau lagi ramai yang kejar... Selalunya bila ayam kepenatan dia akan menyorok. Jadi inilah keperluan mata diperlukan.
Lepas sembelih. Kauorang kena siang plak. Perghh ayam kampung ni liat beb. Samaada kau rebus sampai tanggal bulu atau siang dengan kulit sekali. Hasilnya ayam ni akan lebih kecil daripada yang asal kerana darah banyak terbuang. Tambahan plak dia takde lemak.

Masa makan baru lupa segala kepenatan mengejar tadi.

Kejadah Sungguh Kauorang ni...

Baru lepas aku war-warkan pasal negeri maju.. tup-tup kuar citer hampasgas... Area kawasan Jalan Bunga Raya Pantai mencemarkan status negeri maju. Jalan persiaran di Sungai melaka dikatakan berlobang-lobang. Medan selera juga tak de selera nak makan.

Kawasan Merah tu kawasan yang aku maksudkan.


Alahai MBMB ni... takkan orang nak mengadu baru nak adjust. Itupun jika kauorang adjust.. buatnya kauorang buat derk je.. mau keciwa hati aku ni..

Semua laporan ni dipaparkan oleh MHI keluaran 15 Mac2010. Terima kasih la pengunjung yang sudi membuat aduan.. Kalau kauorang tak mengadu mesti MBMB tengah syok layan lagu sangam.

Kepada MBMB aku harap benda ni tak berulang.. kalau berulang jugak aku rasa tahulah Tok Ali nak campak kauorang kat dalam sungai Melaka tu nanti...

Ceiittt

OECD Dah Iktiraf Dah

Dalam Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa OECD telah mengiktiraf Melaka sebagai Negeri maju dan menerima pakai 32 indikator yang dibentangkan. Aku pasti ada segelintir umat yang tidak setuju dengan penyataan itu. Aku akui sebagai rakyat biasa aku juga nampak beberapa kelemahan yang ada di Melaka. Dulu aku pernah buat aduan pasal jalan raya Pernu macam permukaan bulan..

Memang macam tulah.. bukan bererti negeri maju tu 100% perfect. Negara-negara maju kat luar sanapun ada kelemahannya. Apa yang penting semua rakyat bekerjasama memastikan negeri berada dilandasan yang betul. Tegur dengan niat agar Kerajaan Negeri perlu perbaiki dari semasa ke semasa.

Anyway tahniah Melaka. Namun aku ingin ingatkan penjawat awam negeri Melaka.. dah digelar negeri maju buat cara dan kerja macam negeri maju. Jangan dok bagi alasan "dari dulu dah macam tu dahh..". Memang aku hempuk dengan laporan berita kat bawah ni nanti.

UTUSAN MALAYSIA : OECD iktiraf Melaka negeri maju

MELAKA 16 Mac - Melaka kini boleh diiktiraf sebagai negeri maju 2010 selepas memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang berpangkalan di Paris, Perancis.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, OECD berpuas hati dengan prestasi Melaka apabila berjaya memenuhi kesemua 32 indikator yang telah ditetapkan bagi memenuhi hasrat Melaka untuk diiktiraf sebagai negeri maju tahun ini.

Menurutnya, hasil taklimat yang diberikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Datuk Zainal Husin, pihak OECD menyifatkan Melaka boleh diiktiraf sebagai negeri maju 2010.

"Pengarah OECD, Jonathan Hall berpuas hati dengan taklimat yang diberikan dan beliau menyifatkan Melaka telah memenuhi kesemua 32 indikator yang telah ditetapkan dan mencapai tahap 96 peratus.

Berita Lanjut


Keluargaku Melaka Nak Cari Pekerja

Kalau kauorang orang Melaka baru lepas SPM tengah menonggok kat rumah mengabiskan beras yang parents kauorang beli.. apa kata jom ke Keluargaku. Bukannya nak suruh kauorang shooping baju sekolah atau baju Melayu.. ceiitt.. poket kosong macam aku.. ada hati nak shopping.



Aku nak suruh kauorang penuhkan poket dulu la..

Caranya???

telefon Pn. Rosni / Pn. Noraini ditalian 06-2818579 / 2818599

sebab kat sana ada 33 kekosongan.

  1. Juruwang : perempuan - 10 kosong - umur 18 thn ke atas + SPM
  2. Jurujual : L/P - 20 kosong - umur 18 thn ke atas + SPM
  3. Pengawal keselamatan - P - 3 kosong - umur 25 thn ke atas + SPM (Betul aku dah check MHI memang dia nak perempuan.. mungkin untuk jaga barang eksesori pompuan kot)

Selasa, 16 Mac 2010

Tips Temuduga Ke MPHTJ

Kepada yang dipanggil temuduga di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.. Tahniah aku ucapkan. Aku harap bersedia betul-betul kerana anda bakal melangkah ke alam Penjawat Awam.. iaitu alam yang dikatakan sebelah kaki dalam penjara. Silap langkah terpelesuk jua. Semoga Allah s.w.t. menjauhkan diri kita dari keburukan dunia itu.




Okey secara umumnya diharapkan kauorang bersedia dengan pengetahuan am. Aku bukannya wakil MPHTJ apatah lagi staf diaorang. Cuma aku beritahu berdasarkan pengalaman aku yang cetek ni.. Kalau rasa boleh guna amik, kalau tak boleh guna letak tepi.

Umumnya sebagai rakyat Malaysia dan khususnya Penjawat Awam terutama jawatan pegawai sudah pasti barisan kepimpinan negara merupakan asas pengetahuan kita. So, jangan lupa tang tu...
Oleh kerana MPHTJ di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka maka kepimpinan Negeri Melaka turut penting. Antaranya
  1. TYT Negeri Melaka (Nama penuh siap dengan gelaran Tun)
  2. Tidak mustahil nama Toh Puan (kadang2 penemuduga saje nak test kita)
  3. Ketua Menteri Melaka? Pastikan nama penuh termasuk darjah penganugerahan yang diterima. Jangan lupa tahu menyebut Yang Amat Berhormat.... Penuhkan. Biasanya orang sebut Yang Berbahagia atau Yang Berhormat je. Potong markah beb sebabnya salah. Memang salahpun
  4. Isteri YAB KM? ingat jangan kauorang sebut Yang Amat Berhormat plak kat isteri dia. sebab gelaran isteri KM ialah Yang Amat Berbahagia
  5. Nama Pengerusi Jawatankuasa Exco Kerajaan Tempatan. Sebabnya?? beliau yang bertanggungjawab terhadap Pihak Berkuasa Tempatan di mana tempat yang bakal kauorang cari rezeki itu.
  6. Nama YDP? nama bakal bos kauorang.
  7. Nama Setiausaha MPHTJ. Bukannya nama setiausaha YDP tapi setiausaha MPHTJ. Ada beza tu...
  8. Pengetahuan asas tentang MPHTJ contohnya.. keluasan kawasan MPHTJ, tarikh peristiharan MPHTJ, Misi dan Visi MPHTJ, Logo, Slogan, Motto, Kalau kauorang dapat citer sket masa perasmian tu mungkin dapat respect daripada penginterview. Alah kalau kauorang takde masa tu cuba semak entry lepas aku tentang perasmian MPHTJ bulan Januari tu.. Citer la sket.. nampak kauorang begitu berminat bertugas di MPHTJ.
  9. Laman Web MPHTJ ni masa dalam pembinaan. Mungkin selepas kauorang masuk, kauorang yang kena sama-sama bina laman web ni. Sapa tahu?? Tapi bagi aku tak wajar jugak MPHTJ ni lambat sangat buat laman webnya.
  10. Aku pernah terdengar satu ketika penginterview tanya Rukun Negara, Lagu Negaraku dan Lagu Melaka Maju Jaya pada seorang bakal Penjawat Awam ni. Pergh!! Tapi tu semua basic masa tadika lagi.. Kalau tokleh jawab.. bawak adik kauorang sekali masa interview.
  11. Dan jangan lupa juga isu semasa yang perlu anda kupas bila diminta. Mungkin cerita-cerita kat blog aku ni boleh jugak dipetik. Kalau dapat jangan lupa belanja Murtabak 2 keping. Cerita Tram boleh. Cerita Sungai Melaka boleh. Cerita di Pintu masuk Tol Ayer Keroh boleh... ikut apa yang diaorang tanya.. kalau tanya bebas... cerita jelah.
  12. Berkatalah bahawa anda bersedia memberikan 100% komitmen terhadap kerjaya anda
  13. Jangan lupa apa yang aku citerkan kat atas adalah pengetahuan am. Pengetahuan khusus adalah pengetahuan tentang skop kerja kauorang. Itu penting jugak.

Ok.. ingat JANGAN sesekali buat perkara ini

  1. JANGAN Memburuk-burukkan organisasi yang lama atau organisasi yang anda kerja sekarang
  2. JANGAN Menyentuh sentimen politik jika tidak diminta dan selalulah menjadi seorang yang berfikiran positif bukannya membangkang semata-mata
  3. JANGAN Menceritakan keburukan yang sedia ada TANPA memberikan sebarang pandangan bernas atau kaedah mengatasi keburukan tersebut. Maksud aku contohnya "jika saya diterima sebagai staf MPHTJ pertama yang akan saya beri tumpuan adalah tandas di XXXX kerana mengikut pandangan saya kawasan tersebut merupakan kawasan tumpuan pelancong". Itu contoh jeeee dari aku!
  4. JANGAN sesekali berfikiran bahawa hendak kerja kerajaan ni sebab banyak RELAX. Beritahu bahawa anda ingin kerja kerajaan sebab anda minat terhadap urusan yang melibatkan hal-hal berkaitan membantu rakyat. Sebab?? mungkin sebab puas bila dapat selesaikan hal rakyat. Mungkin la kot.. itu idea aku je
  5. JANGAN maklumkan bahawa anda hanya boleh kerja daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang je!! Aku tengok kengkawan aku balik malam dan subuhpun ada. Maka anda juga harus beranggapan anda akan beri komitmen sebegitu kepada MPHTJ.
  6. JANGAN tak senyum!! abis kalau tak senyum.. macammana nak ngadap rakyat?? tapi jangan la tersengihhhhhh je macam kupang kat telok mas. so, pepandailah kauorang.
  7. JANGAN BERPAKAIAN TAK SESUAI. Aku rasa kauorang faham etika pakaian kerajaan kot. Kalau tak tahu pegi search.
Mungkin banyak lagi.. tapi itu sikit sebanyak tips daripada aku dan aku harap dapat bantu sikit sebanyak kauorang. Semoga berjaya terutama pada ATIKA iaitu pengikut setia blog aku yang bakal ditemuduga Rabu ni. Good Luck girl.. Jangan kau bagitau waktu kerja kau selalu tengok blog aku.. memang hampasgas... Jahanam MPHTJ nanti.. Bila dah dapat seperti biasa Murtabak Dua!

Isnin, 15 Mac 2010

Penjara Sungai Udang

Seperlihatan aku Penjara yang baru di Sungai Udang, Melaka telahpun siap. Dari luar nampak lebih kemas.. dan indah.. macam alah-alah universiti plak.. Masjidnya punyalah tersergam indah.



Tapi jangan kauorang terasa macam nak join kat dalam tu plak sebab 'dont judge the book by its cover'. Chewah speaking plak aku...

Ianya dibina di atas tanah seluas 128 ekar dengan kos kira-kira RM308 juta. Mungkin dengan kehadiran penjara ni bakal menanggung kesesakan penjara sedia ada sekarang..

Penjara Bandar Hilir dalam proses ditutup dan MUNGKIN akan dijadikan muzium oleh Kerajaan negeri Melaka.



Entry Panjang Pasal Melaka Maju 2010

Sebenarnya aku agak teremosi plak ni pasal orang Melaka yang tidak tahu perkembangan Melaka. Nak kata orang kampung tapi cita-cita nak jadi ahli politik. tak kiralah mana parti tapi kalau nak wakili kami biarlah cerdik sikit... InsyaAllah kami rakyat biasa ni akan pilih siapa yang dirasakan mampu tadbir Negeri Melaka bukannya siapa yang mampu jatuhkan negeri Melaka. Buktikan bro..

Jangan selak kain orang je.. tapi kain sendiri terlondeh tak perasan. Melaka dikatakan penuh dengan isu terutama berkaitan politik. Itu aku tak peduli sebab aku tak campur hal politik walaupun aku harap politik Negeri Melaka stabil dan tidak kucar kacir.

Tup-tup satu blog berorientasikan politik ni buat persoalan dengan mengatakan isu Melaka ingin jadi negeri maju tapi masih tak umumkan secara rasmi. Dia kata Melaka berangan-angan kosong sedangkan perancangan rapi tidak dilakukan dan meletakkan syarat yang tidak mungkin akan tercapai. Nampak sangat tak membaca dan tidak buat penyelidikan sebelum menulis.

Kepada semua pembaca termasuk orang Melaka yang tak tahu.. setakat pembacaan aku.. Melaka telahpun umumkan bahawa akan diistiharkan sebagai Negeri Maju pada 20hb. 10 tahun 2010 jam 20.10 (8.10pm). Tarikh yang dianggap amat bertepatan sempena sejarah pengistiharan itu. Aku pernah tengok indikator Melaka sebanyak 32 itu.. dan bagi aku Melaka telah bersungguh-sungguh melakar sebagai sebuah Negeri Maju.

Apa itu Negeri Maju??

Meh aku terang sikit.. Untuk jadi Negeri maju kita perlu ada benchmark atau penanda aras. Di sini Melaka merujuk kepada Negeri-negeri yang telahpun maju seperti Korea, Turkey, Ireland, France, USA, Denmark, Norway, Spain, Mexico, Luxembourg dan sebagainya. Melaka telah menggunakan score yang telah ada pada negera-negara ini sebagai kayu pengukur Negeri Melaka. Namun, apa yang penting Melaka juga memperlihatkan kesungguhan apabila menggunapakai juga penandarasan yang ada pada OECD sebagai meletakkan negeri melaka berada di Negeri Maju. Apa itu OECD.. pergilah Google...

Apa yang diukur??

Ada 32 indikators semuanya.. antaranya GDP Perkapita, Kemudahan infrastruktur, jangka hayat, Pendidikan, kesihatan dan banyak lagi.. yang berminat boleh minta aku kelak.

Secara keseluruhannya Melaka telahpun mencapai tahap 84% pada Tahun 2009 lagi daripada 32 indicators yang ditetapkan.

Sekarang aku tak pasti.. mungkin telah meningkat!

Walau apapun, Melaka sebuah negeri bukannya negara.. sama seperti Selangor yang telah istihar maju pada 2005. Kedah yang pada mulanya ingin juga maju seperti Melaka pada tahun 2010 tetapi tidak pasti apa statusnya hari. Negeri lain pun tidak berani dan ada beberapa Negeri telah datang ke Melaka berbincang/ belajar bagaimana nak capai status negeri maju. Aku dengar melaka alu-alukan. dapat layang first class lagik! Bukan salah mereka kerana nak capai negeri maju bukanlah satu perkara yang senang dan bukan boleh just istihar begitu. Kerja kuat seganap lapisan rakyat diperlukan. Negeri yang ingin maju tentu orang semua nak tahu apa yang menjadikannya begitu??? Persoalan ini akan bermain diminda rakyat yang positif mindanya dan berdaya saing.. namun tidak akan bermain diminda manusia yang ada 'PHD' walaupun orang Melaka sendiri.

Terpulanglah.. sebelum ni aku memang nak terangkan hal ini tapi aku tahu aku bakal menulis dalam satu entry yang agak panjang. Hari ini disebabkan satu blog yang kurang menyelidik sebelum menulis, maka aku gagahkan jua agar orang ramai tahu keadaannya.

Memang aku akui Melaka walaupun mencapai status Negeri maju bakal ada permasalahan yang wujud. Namun, aku yakin takkanlah warga kerja kerajaan Melaka duduk tengok ramai-ramai tahi lembu yang berlonggok tengah jalan. Sure! diaorang akan buat sesuatu. Apa yang penting teguran ikhlas untuk membina bukan menjatuhkan.

CEITTTT!!

Melaka Sesak Lagi Daaa

Minggu ni minggu cuti persekolahan.. bermakna minggu ini Negeri Melaka bakal sesak seperti biasa dengan kenderaan-kenderaan bernombor pendaftaran luar Melaka. Kebiasaannya no. plat bermula huruf B / W / J / S (singapore) .


Kawasan yang dijangka menjadi tumpuan utama ialah Bandar Hilir dan Ayer Keroh. Jadi kalau nak memasuki kawasan itu pastikan perancangan masa dan emosi dibuat dengan tepat. Emosi?? Yelah.. jangan hilang sabar.. dah melancong tu kenalah relax2 sket. Kalau menambah stress jangan melancong.

Aku ada bagi tips ringkas bila nak datang melancong kat Melaka pada entry sebelum ni.. jom terjah

Jadi selamat melancong ke Melaka.


Jumaat, 12 Mac 2010

MBMB Kawal Sungai Guna Basikal

Penguatkuasaan MBMB diperkukuhkan lagi di area Sungai Melaka. Yelah kawasan tu kan kawasan pelancongan mestilah kena selamat. Tambahan pula ada orang bersunggut budak2 minum selalu lepak tepian tu.. Yang bercengkerama tanpa pakaian pun boleh tahan.

Mengikut laporan MHI, MBMB dah pun mempergiatkan lagi aktviti penguatkuasaan di situ tapi dengan menggunakan basikal wey..




Kelakar?? ceit! mana ada kelakar! Kat negara majupun guna basikal.. tengok Jepun basikal sebagai alternatif mengurangkan kesesakan jalanraya.


Mereka ni akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dan bertugas selama 24 jam. Cayalah.. barulah boleh dijadikan bandar selamat.

*semua gambar di atas adalah hiasan semata-mata.


Khamis, 11 Mac 2010

Harian Metro: Dia Ditambat Macam Haiwan

Terkejut aku tengok kisah ni kat TV3 malam tadi.. hari ni plak disusuli dengan akhbar-akhbar tempatan.. Pusat jagaan kat Jalan Tan Cheng Lock ni selalu juga aku laluinya..

Siapakah yang bersalah ek?? Pusat jagaan ke atau ibubapa budak ni...

Kalau pusat jagaan tidak sanggup silalah maklumkan kepada ibubapa mereka semuala.. Ini dirantai macam haiwan, dibiarkan.. apa agaknya perasaan budak tu dan bayangkan penjaga tu diikat plak berbulan-bulan tanpa pengawasan secukupnya..


Gambar diambil daripada laman berita hmetro.com.my

Akhbar Harian Metro

MELAKA: Dia dirantai seperti haiwan ternakan dalam sebuah bilik tanpa tilam dan tandas. Lebih mengejutkan, remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit kurus kering umpama pelarian perang kebuluran di Afrika.
enderaan terhadap remaja kurang upaya (OKU) itu terbongkar selepas kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah diketuai pegawainya, Saidatul Aini Jafri, memeriksa sebuah pusat jagaan swasta di Jalan Tan Cheng Lock di sini, semalam.

Saidatul Aini berkata, ketika ditemui pihaknya, remaja terbabit terbaring atas lantai kesejukan dengan kaki kanannya dirantai pada jeriji tingkap bilik di pusat jagaan itu.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyangka paksaannya supaya pintu bilik itu dibuka membongkar rahsia ia menempatkan remaja terbabit dalam keadaan amat memilukan.

Sebelum itu, katanya, wanita warga Indonesia berusia 30-an yang menjaga pusat jagaan itu cuba berdolak-dalik ketika diminta membuka bilik berkenaan dengan mendakwa ia kosong dan tidak perlu diperiksa.

Pada mulanya, beliau hairan apabila penjaga berkenaan kelihatan gelisah ketika pegawai JKM lalu di depan bilik terbabit seperti menyembunyikan sesuatu.

Berita Lanjut DI SINI

Aiskrim Jagung Keemasan

Tadi aku kat food-court order menda baru yang belum pernah aku rasa iaitu aiskrim jangun.. bukan ais krim perisa jagung tapi aiskrim bersama jagung..

Iklan dibawah membuatkan diri ini terliur.. apakah rasanya bila jagung rebus diletakkan dalam aiskrim 2 perisa



Perisanya kita boleh pilih seperti gambar dibawah ini:



Harganya.. ok RM3.. boleh la nak membantu bumiputera berniaga


Hasilnya jeng.. jeng.. jeng...

Rasanya manis + lemak + masin = malesin


Nak try?? jom ke foodcourt giant



Rabu, 10 Mac 2010

Sprint Race Melaka 2010

Kepada peminat drag atau main seret-seret ni atau sedap hidu bau tayar... aku ada berita untuk kauorang..

Jom pergi Sprint Race 2010 kat Jalan Eye on Malaysia Melaka

Pada 27 Mac 2010, 29 Mei 2010, 7 Ogos 2010, 25 September 2010 dan 4 Disember 2010.


Terdapat 5 kategori yand dipertandingkan :-

  • Kelas A ( Turbo open OTR )
  • Kelas B ( VTEC & MIVEC OTR )
  • Kelas C ( 2000 NA OTR )
  • Kelas D ( 1.5 NA OTR )
  • Kelas E ( 1.3 Turbo OTR

Jadinya semua kereta kauorang yang kauorang rasa layak.. meh join.. tak kira apa jenis waimah.. jenis Flintstones pun ok


Tapi pihak penganjur tak bertanggungjawab kalau kereta kauorang tersadai seperti gambar di bawah.


Yuran penyertaan setiap peserta sebanyak RM150.00

Tawaran Hadiah :

Juara RM800, Kedua RM500,

Ketiga RM300,

Keempat RM150

Kalau tak de kete.. Nak tengok je pun boleh... Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3.00 bagi setiap pengunjung.

Amacam?? Jom pergi ke Jalan Eye On Malaysia seperti tarikh aku sebutkan kat atas.

Selasa, 9 Mac 2010

Jawatan Kosong Di Planetarium Melaka

Kalau kauorang dah baca pasal Planetarium Melaka.. dan terasa macam berminat.. hari ni kat MHI kuar jawatan kosong. Planetarium ni salah satu anak syarikat milik Kerajaan Negeri Melaka tau.. tapi kontrak la kot..

Ada 3 kekeosongan.

1. Pembangunan Perniagaan & Pemasaran (L) - 1 Kosong - Umur 20 - 30 thn - Diploma/ Ijazah

2. Eksekutif Akaun - L/P - 1 Kosong - Umur 20 - 30 thn - Ijazah

3. Juruteknik Penyelenggaraan & Teknologi Maklumat - L - 20 - 35 thn - Sijil / Diploma

Jangan cakap banyak.. kalau berminat contact Cik Shahidah di talian 06-2322424

Melaka Planetarium & Adventure Science Center

Tadi aku pergi Melaka Planetarium & Adventure Science Center buat kali kedua. Tempat di mana dipaparkan bidang kajian Astronomi dan aeroangkasa. Terletak di atas bulatan seluas 6.9 ekar Di dalamnya pelbagai aktiviti atau permainan yang ada termasuk sebuah dewan teater tayangan 3D. Namun tadi aku dimaklumkan dewan teater tu dalam proses penambahbaikan. Tak tahu bila akan elok semula.



Kedudukan Melaka Planetarium & Adventure Science Center atau lebih dikenali sebagai Planetarium Melaka ni adalah di dalam bulatan besar MITC tu.. berhadapan dengan Melaka International Bowling Centre dan Restoran Subaidah.


Bayaran yang dikenakan adalah

Masa Operasi

Hari Bekerja (Isnin – Jumaat)

10.00 pagi – 7.00 petang

Hujung Minggu (Sabtu & Ahad)

10.00 pagi - 9.00 malam

Aku nak amik gambar di dalam Planetarium tu untuk paparan.. tapi sayangnya tidak dibenarkan dengan alasan ada perjanjian dengan pihak tertentu agar ia tidak disebarkan menerusi internet. Ntahlah tak faham plak aku... dalam brosur, website semua ada kenapa plak yang ni tak boleh..

Tapi oleh kerana aku menghormati peraturan yang ditetapkan, maka aku ikutkan aje. Mungkin ada sebab yang munasabah kot.

Selain pameran kat sini boleh jugak nak buat seminar sebab ada satu classroom yang agak besar dan sesuai terutamanya untuk para pelajar sekolah. Yelah sambil berkursus boleh juga melawat. Harga pakejnya dengar kata lebih murah.

So, kalau kauorang nak merasainya eloklah kauorang contact dulu no tel di bawah.. tanya dewan teater tu dah siap ke belum kerana rugi kalau masuk tanpa melihat tayangan 3D tu..

Telephone: 606-232 2122/232 2424/232 0402/232 0408

Isnin, 8 Mac 2010

Entry Untuk Pembuat Onar Vandalisme Di Melaka

wah.. wah.. wah...

Jaga-jaga kepada ahlil yang membuat onar vandalisme kat Melaka. Kauorang sedang diperhati oleh Skuad Pengintip MBMB. Ada yang menyamar jadi orang biasa.. jadi pengutip sampah.. makcik greng pisang.. budak baru lahir dan sebagainya.. Semuanya untuk mencekup anda semua.




Skuad yang ditubuhkan ini akan bertugas sepenuh masa sama ada siang dan malam di mana menumpukan sekitar kawasan jagaan mereka terutama tempat berisiko..

Cadangan aku.. kalau dapat tangkap dan terbukti mereka bersalah.. spray je tubuh badan mereka macam mereka spray dinding tu pakcik MBMB...



Jadi nasihat ikhlas aku.. hentikanlah sebelum terlambat.. jangan dah kena tangkap baru kauorang merayu dan menangis.. buatnya terdapat kesalah lebih besar pastu kena hantar henry gurney.. mau kau kena liwat nanti macam citer kat SINI

Hadiah Daripada Aku Sempena Hari Wanita (Terhad)

Sempena hari wanita sedunia hari ni.. sebagai tanda menghargai mereka semua ni.. terasa macam nak hadiah sesuatu la plak. Ada la sebahagian barang aku untuk aku lelong. Yelah aku ni bukannya kaya sangat.. Tapi niat hati tu ingin lihat wanita gembira tu tetap wujud. Barang aku ni tak banyak yang tinggal.. ada la dalam 50 - 60 biji jer.. Aku jual kira harga kawan-kawan jer..


Kalau berminat sila datang umah aku sebelum detik jam 12 malam ni.. Kalau kauorang tak datang aku anggap tak berminat dan aku simpan buat pusaka. Barang berkenaan seperti dibawah:






p/s: aku buat entry ni gurau je.. jangan ada yang amik serius.. Walau bagaimanapun aku hargai seluruh wanita di dunia.. tanpa kalian kaum lelaki tulen ni tak bermaya dan bernyawa.

Namun.. ini hadiah sebenarnya iaitu aku ingin nyatakan bahawa aku berdoa setiap wanita yang membaca tulisan aku ni akan diberkati Allah s.w.t. .. dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki dan sihat di samping insan tersayang. Amin.

Acara & Venue SUKMA 2010.

Sebagai rakyat Melaka aku terpanggil plak untuk mempromosikan sukma Melaka. Diam tak diam lagi 93 hari je SUKMA ni... Kali ni pasal Bilangan pingat. Pingat ye bukan pengat. pengat yang kauorang makan tu macam pengat pisang tu..

Aku juga sedang dalam proses mengumpul maklumat tentang jadual pertandingan.

Fusshhhh.. tarik nafas dulu.. hassss.. lepasss... tarik... lepas..

Jadual dibawah bilangan pingat yang bakal dipertandingkan. kalau nak tahu venuenya kauorang klik je pada jenis sukan. Namun ingin aku ingatkan untuk klik tu.. gunakan klik mouse sebelah kanan pastu klik "open link on the new tab/windows". Ini bagi mengelakkan kauorang meninggalkan aku sendirian.. huhuhhuhu...


Bil. Sukan Bilangan Pingat
Emas Perak Gangsa Jumlah
1 Akuatik - Renang 38 38 38 114
Akuatik - Terjun 10 10 10 30
2 Angkat Berat 32 32 32 96
3 Badminton 7 7 7 21
4 Berbasikal 18 18 18 54
5 Bola Jaring 1 1 1 3
6 Bola Keranjang 2 2 2 6
7 Bola Tampar (Dewan) 2 2 2 6
Bola Tampar (Pantai) 2 2 2 6
8 Bola Sepak 1 1 1 3
9 Ekuestrian 6 6 6 18
Gimnastik Artistik 14 14 14 42
10 Gimrama 6 6 6 18
11 Golf 4 4 4 12
12 Hoki 2 2 2 6
13 Judo 16 16 32 64
14 Kabaddi 2 2 2 6
15 Kanu 18 18 18 54
16 Karate 16 16 32 64
17 Lawan Pedang 12 12 24 48
18 Lawn Bowls 8 8 16 32
19 Memanah 24 24 24 72
20 Menembak 26 26 26 78
21 Olahraga 45 45 45 95
22 Pencak Silat 23 23 38 84
23 Perahu Layar 10 10 10 30
24 Petanque 10 10 10 30
25 Ping Pong 7 7 14 28
26 Ragbi 1 1 1 3
27 Sepak Takraw 5 5 10 20
28 Silambam 13 13 26 52
29 Skuash 4 4 4 12
30 Tenis 7 7 14 28
31 Tenpin Boling 13 13 13 39
32 Tinju 9 9 18 36
33 Wushu 20 20 20 60
Jumlah 414 424 542 725



Yang mana merancang nak datang tu dah boleh tempah woo hotel kat Melaka. Aku gerenti full house Hotel Melaka nanti.








Jumaat, 5 Mac 2010

Le Tour de Langkawi menghampiri Melaka

Le Tour De Langkawi Malaysia sedang melalui Negeri Melaka. Untuk tahun ni tak singgahpun.. lalu je.. Hari ini Tanjung Agas, Johor ke Port Dickson, Negeri Sembilan Aku rasa aku tahu sebab apa.




Mungkin pihak penganjur bimbang bila dah stay kat Banda Hilir tu.. ramai yang tak mahu start semula.. maklumlah tak abis tengok kawasan pelancongan. Silap gaya ada yang kena tunggu peserta yang sedang naik Menara Taming Sari la.. masuk muzium la... alah mcm kita pergi rombongan dulu-dulu.





Tapi takpelah.. lalu pun dah syukur...

bagi warga Melaka bersabar la ye.. Jalan Semabok sedang ditutup sekarang ni menuju ke Banda Hilir lalu kat Stadium Tun fatimah kot.. pastu terus Masjid Tanah, Alor Gajah dan terus melalui Kuala Sungai Baru. Kalau nak terberak sangat jangat lalu jalan tu.. cari alternatif lain.

Sabar bebanyak ye..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com