Mungkin sebelum ni ramai yang pernah pergi river cruise kat sungai Melaka. Kalau tak pergipun dah dengar citer. api bagi yang tidak tahu, meh aku citer perjalanan ke menyusuri sungai Melaka. Daripada Hospital Besar Melaka dan Masji Al-Azim menuju ke Pusat Bandar, Kauorang akan temui signboard seperti dibawah bila melalui simpang empat.
So, kauorang amik kanan di trafik light tu.. Lebih kurang 10 meter je (sebelum trafik light seterusnya), kauorang akan nampak lokasi Taman Rempah macam kat bawah ni..
Masuk.. cari parking. Terus ke kaunter tiket. Bayaran tiket masuk RM10.oo untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Kalau ko tengok tiket aku tu.. aku dapat RM8.oo sebab ada kupon 20% melalui 1 juta jemputan SUKMA.
Kemudian kauorang akan diminta menunggu. Sebelum menunggu ni ada seorang kakitangan diaorang akan amik gambar anda satu keluarga. Nak buat apa?? baca sampai akhir entry ini. Apa yang boleh aku puji ialah staf diaorang sungguh berbudi bahasa.. "Jemput duduk encik" "Terima kasih menunggu encik" "Selamat menaiki river cruise encik" itu antara ayat yang aku dengar. Cayalah.. pujian memang harus diberikan..
Menunggu tak lama wey.. tokleh banding dengan tunggu wanita bersiap solek. Kalau wanita bersolek, kauoang boleh buat milo ais sambil cicah 7 keping biskut. Itupun belum tentu siap. Dalam tempoh menunggu tak sampai 10 minit (tv pun ada tempat menunggu), kauorang dah dipangil naik bot. Bot plak tak semestinya penuh baru jalan, berapa ada passenger dia jalan.. tengok gambar bawah.. Tong sampah duk atas kerusi.. punyalah banyak kosong (aku rasa ni kena ubah kot. tak sesuai)
Perjalanan dimulakan..
Kauorang akan dapat lihat perkampungan Melayu lama dipanggil kampung Morten.
dan banyak dinding-dinding kosong dihiasi lukisan mural yang menarik. Waktu malam dinding ni dihiasi lampu. Memang romantik arrr..
Melalui dibawah beberapa jambatan antaranya jambatan yang menghubungkan bus stand lama ke bekas tapak panggung cathay. Orang Melak alama mesti ingat punya jambatan sejarah ni.. tapi jambatan lama tu dah dirobohkan.. tengok tu tinggal tiang je.
Melihat persisir jalan sepanjang sungai ini.. buat aku terfikir betapa sesuainya untuk berjogging.
Nampak jugak Kota San Francisco lama yang baru-baru ini dijadikan produk sejarah Melaka. (Nanti di entry akan datang aku citer pasal kota ini)
Sebelah kota ni, ada kincir menggambarkan kehidupan sejarah.. Tapi Tok Ali kalau kincir ni berpusing lagi best.. Ikhtiar la kasi pusing tok.. InsyaAllah bertambah menarik.
Setelah sampai sini, bot akan berpatah balik. Perjalanan pergi sejauh 4.5 km, pergi balik 9km dengan jangka masa 45 minit. Masa balik banyak jugak pemandangan indah cuma macam tak mampu plak aku nak muatkan semua.
Masa naik jeti, macam aku kenal je muka kat dinding.. rupanya gambar yang dia amik tadi, dia jual dengan harga RM20.00. Hmm.. memang rasa macam mahal tapi tiada paksaan. Kalau nak jadikan kenangan amik.. kalau tidak, kauorang kata TIDAK jer.. apa nak komlen-komplen. Banyak sekarang tempat guna konsep ini.. langkawi lagi la.. tak sempat posingpun diaorang jual.
So, itulah serba sedikit tentang perjalanan di atas sungai Melaka. Aku cuma nak bagi pendapat bahawa sungai melaka ni perlu diusahakan lagi agar menjadi jernih dan kurangkan bau.. Kalau itu dapat dibuat aku yakin, sungai ni jauh lebih baik daripada sungai yang ada di Malaysia. Aku dengar banyak proposal dah dihantar untuk membuatkan sungai ini jernih. Selamat berjaya kepada Kerajaan Negeri Melaka. Chow..

0 comments:
Catat Ulasan