Kauorang dah baca entry aku yang Lepas mengenai Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) kan?? Kat Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
So, tadi aku pergilah juga selepas perasmian oleh Menteri Pengangkutan kot.. Dengar citer la..
Kalau kauorang nak pergi masih sempat sembab esok penutup tapi kalau rasa tak sempat kauorang baca je citer aku ni..
Nak masuk bayar singgit. Alah kira oklah tu singgit..
tapi kauorang janganlah letak mindset Karnival ni gila-gila macam DSA ataupun LIMA. Adalah dalam 15buah kapalterbang kot di mana kebanyakannya model Cessna iaitu model yang digunakan oleh PDRM.
Selain tu banyak model Piper samada single dan multi engine yang banyak digunakan oleh Akademi Penerbangan serta beberapa model yang aku kurang periksa.
Lepas tu adalah sebuah Helikopter A109 milik TUDM (Perghh.. macam orang asli jumpa coklat kit-kat aku bila dapat sentuh salah sebuat aset TUDM.
dan Helikopter milik PDRM model Ecureuil AS 355 N. Gambar aku amik melalui video sebab dia baru nak turun.. lepas tu ramai plak yang tunggu nak kerumun heli ni macam semut tunggu sebutir gula gugur. Maleh la aku.. dah panas terik berrr.. So, aku amik gambar dari airlines.net
Dalam perjalanan balik tiba-tiba aku rasa macam NURI milik TUDM lalu daaa.. ceiitt tadi tak mo datang, aku nak balik baru muncul. memang cess
Selain itu juga ada gerai-gerai maklumat daripada APMM dan penjualan model-model kapalterbang. Perghh.. gerek seh model-modelnya.. Dijual antara RM19 - RM50. Dari kapal terbang komersial hinggalah pesawat pejuang. Pelbagai model ada. Siapkan duit ko jer.. hahaha. Aku belilah sebuah.. kapal terbang paling canggih dan mahal di dunia iaitu Air Force One milik AS. Gmbar aku tak amik masa buat enty ni.. nanti lain kali aku up citer pasal semua model pesawat aku.
Ops. tak dilupakan banyak aktivit helikopter dan kapal terbang kawalan jauh dimainkan.. Ada sebiji tu macam airwolf.. terbangpun laju.. risau jugak terbabas kat dahi aku.. kalau itu terjadi, mahu aku tunjal-tunjal kepala pemiliknya nanti.
Sebelum aku tutup entry ni, aku nak pesan kat kawan aku yang kata ada pameran pesawat MIG.. ceiittt pooraahhh!!!

0 comments:
Catat Ulasan