Jumaat, 4 Jun 2010

Lot Untuk Berniaga @ Melaka

Kepada para usahawan yang nak buka perniagaan, maknanya sedang mencari lot-lot kedai, hari ini dalam utusan ada dinyatakan bilangan lot yang kosong dibeberapa kawasan terutamanya pasaraya di sekitar Negeri Melaka sedia disewa.

Gambar hiasan ini diambil daripada www.indiana.edu/~volcano/coolstuff.html

Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera negeri, Datuk Hasnoor Husin berkata, pihaknya sedia membantu golongan peniaga yang berminat untuk membuka perniagaan dari segi urusan perbincangan mengenai sewa dengan pihak pasar raya besar dan pusat beli belah di negeri ini. (.....)

Lot-lot perniagaan kosong untuk disewakan ialah Plaza Melaka Raya berjumlah 234 unit, Jusco Melaka (5), Plaza Hang Tuah (65), Mahkota Parade (6), Bintang Retail (4), Plaza Fajar (34), Kota Fesyen dan Tesco masing-masing satu unit, Melaka Mall (28), Dataran Pahlawan (20), Jusco Bandar Melaka (11) dan Mydin (10).

Kadar sewa ditawarkan ialah antara RM2 hingga RM13 sekaki persegi selain lot-lot perniagaan yang menawarkan kadar sewa antara RM2,000 hingga RM5,000.

Menurut Hasnoor, sebanyak 180 lot perniagaan lagi kini ditawarkan di kompleks beli-belah, Hatten Square di hadapan Dataran Pahlawan dekat sini yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.

PETIKAN TEKS DARIPADA UTUSAN ONLINE

Jadi kalau kauorang nak tahu Majlis Tindakan Ekonomi, boleh ke Aras 1, Bangunan PKNM, jalan MITC, Melaka atau sila hubungi 06-2324289.

2 comments:

Zool Blogger berkata...

Hm.. aku nak tanya lah..
Ko keje mana ek?? Byk info pasal Melaka.. Ko kenal ngan Asmaliana.com ke??

apek berkata...

Zool, aku keje biasa-biasa je tapi dalam Melaka. Macam orang lain jugak aku amik berat pada tempat aku lahir ni. Itu sebab aku byk info.. cuma isu-isu terlalu sensitif aku malas nak sentuh la.. biarlah blog politik yang buat.
Tentang asmaliana.com hmm.. oklah.. dia mmg kawan baik aku dan kopun blh jadi kawan aku ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com