Selasa, 8 Jun 2010

Tanda Belas Ihsan Allah Kepada Gaza Bermula

rentetan daripada citer INI

Maka aku rasa semakin yakin bahawa Allah sedikit demi sedikit memberikan bantuan kepada penduduk Islam di Gaza. Di Utusan Malaysia melaporkan satu berita yang mampu memberi sinar kepada Umat Islam



Gambar menunjukkan salah sebuah kapal perang Iran. Kredit untuk
islamtimes.org/images/docs/000012/n00012405-t.jpg

TEHERAN 7 Jun - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran akan menghantar tiga kapal bantuan ke Genting Gaza dalam percubaan terbaru untuk melanggar sekatan yang dikenakan ke atas wilayah Palestin itu oleh musuh ketat Teheran, Israel.

Ia juga akan menghantar sebuah pesawat membawa 30 tan peralatan perubatan ke Mesir untuk disalurkan ke Gaza.

Pengarah hal-ehwal antarabangsa Bulan Sabit Merah Iran, Abdolrauf Adibzadeh memberitahu agensi berita rasmi IRNA malam tadi, dua kapal akan belayar ke Gaza pada hujung minggu ini, disusuli kapal ketiga pada tarikh yang belum ditetapkan.

Berita Penuh di sini

Kauorang rasa-rasa berani tak komando nak turun atas kapal Iran tu nanti???

Ni bukan setakat sembelit, silap gaya kena parkinson Israel bila baca berita ni...



2 comments:

Unknown berkata...

baca gak tadi berita ni. suka nya tgk iran nk tlg. kurang2 ada gak kuasa besar yg nk tlg bumi palastin. blh escort malaysia join lagi ni hantar bantuan

apek berkata...

tulah dia dah janji akan escort next punya dengan seluruh kekuatan. InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah memberikan bantuan kepada umat Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com