Isnin, 7 Jun 2010

Mungkin Ini Bantuan Allah Kepada Misi Gaza

Kita keluar sikit daripada Melaka. Sesekali citer pasal luar la plak. Sebenarnya akupun macam orang lain, sangat perihatin terhadap isu antarabangsa terkini iaitu tindakan Israel menahan semua konvoi kemanusiaan ke Gaza.

Namun, hari ini aku terbaca satu artikel yang telah lama aku nantikan iaitu "Iran offers escort to next aid convoy".


Perghh memang kenalah buku dengan ruas.. sebelum ni Israel selalu mengecam Iran menjadi tulang belakang dalam membantu Hamas. Kali ni nampak memang Iran sangat lantang dan tentunya kehadiran Iran sangat-sangat disokong oleh warga dunia yang cintakan keamanan.

Setahu aku Iran merupakan salah satu kuasa dunia yang hebat aspek ketenteraannya. Aku pernah terbaca Iran mempunyai kerjasama yang erat dengan Korea Utara hingga berjaya menghasilkan peluru berpandu digelar Shahab 6 di mana mampu menjangkau lebihkurang 6,000km. Itu sebab hingga hari ini pihak barat bersama sekutunya tidak pernah mengambil tindakan ketenteraan kepada Iran walaupun telah beberapa kali dicabar.

Ok berbalik kepada artikel di atas. ianya diterbitkan oleh http://www.guardian.co.uk yang menceritakan...

Iran telah memberi amaran bahawa mereka mungkin boleh menghantar unit angkatan laut Pengawal Revolusi untuk mengawal konvoi bantuan kemanusiaan sebagai usaha untuk memecahkan kepungan Israel dari Gaza dan langkah yang pasti akan ditentang oleh Israel.

Ini ditegaskan dengan janji Hojjatoleslam Ali Shirazi, wakil peribadi Khamenei. bahawa Angkatan Laut Pengawal Revolusi Iran bersedia untuk mengawal konvoi keamanan dan kebebasan yang membawa bantuan kemanusiaan bagi orang-orang tak berdaya dan tertindas Gaza dengan seluruh kekuatan mereka.

Hahaha.. mau sembelit Israel baca citer ni..

citer lanjut kauorang boleh semak SINI


3 comments:

Hazzy Ishak berkata...

macam ni baru betul

shaffique berkata...

bagus iran ni.. iran memang anti israel gila babeng nye..


My latest entry : Wanita Dipecat Kerana Terlalu Seksi

apek berkata...

kita tunggu dan lihat nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com