Kalau ikutkan sikap rakyat Malaysia.. bab derma-derma ni memang best. Kalau tak takkan pengemis jadi orang berada. Oleh itu para penderma perlulah bijak menilai sama ada bantuan itu betul-betul diperlukan ataupun sekadar mereka mengambil kesempatan.
Dalam bab kutipan derma seperti surau ni.. kita perlu merujuk kepada no. rujukan Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam.
Ok citer pasal gambar di atas ni.. aku snap kat salah sebuah taman perumahan yang aku lalui.. terpanggil plak aku untuk menyiarkan dalam blog bumimelaka ni.. kerana mana tahu dalam ramai-ramai pembaca ada antaranya hamba Allah yang bermurah hati menyalurkan bantuan.. Kalau singgit pun tak pe janji ikhlas.. macam citer yang akan aku bawa sebentar nanti..
Tentang kesahihan poster ini telah aku sahkan bahawa memang benar mereka mendapat kebenaran. No rujukan : JAIM/MAIM 1/144/8/1 klt. 12 (12). Kalau nak penjelasan, boleh ditanyakan ke pejabat MAIM (06-2837416) atau JAIM (06-2882063). atau untuk perbincangan lanjut hubungi je senarai AJK kat banner tu.
So, meh aku bawakan satu cerita tentang hikmah berderma dengan ikhlas ni walaupun dengan setitik dakwat.
Suatu ketika dahulu ada seorang tok guru yang alim dan telah mengarang banyak buku-buku agama tetapi dia amat kurang bersedekah. Pada suatu hari seekor lalat hinggap di bekas dakwatnya dan minum dakwatnya itu, lalu tuan guru itu niat untuk sedekah kepada lalat itu atas apa yang telah diminumnya. Setelah meninggal dunia salah seorang daripada anak muridnya bermimpi bertemu tuan guru itu sedang berada dalam syurga dengan keadaan yang gembira sekali. Lalu anak murid itu bertanya kepada tuan guru “adakah tuan guru dapat masuk ke syurga ini kerana tuan guru telah banyak menulis buku-buku?” Tuan guru itu menjawab bahawa “dia masuk ke syurga bukan kerana buku-buku yang ditulisnya kerana melalui buku-buklu yang ditulisnya itu lahir perasaan riak tetapi dia masuk syurga kerana niat sedekahnya kepada lalat yang meminum dakwatnya”. Begitulah saudara saudari sahabat sahabiah sekalian jika kepada haiwan kita pun kita lakukan kebaikan apatah lagi jika kita lakukan kebaikan kepada manusia tambahan pula UNTUK PEMBINAAN SALAH SEBUAH RUMAH ALLAH.
Kalau dermapun secara diam-diam bank in dalam akaun tupun boleh juga.. macam dalam Surah Al-Imran ayat 92
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"
Aku harap takde yang berprasangka dengan aku.. aku ikhlas nak bantu merealisasikan pembinaan surau tu.. kalau kalian rasa tak mampu keluarkan duit, mungkin panjang-panjangkan ke blog masing-masing. Semoga Allah membalas budi baik kita yang amat sedikit ini.
Choww..