Selasa, 25 Mei 2010

World Cup Tertongok Kat Mydin Melaka


Kalau kauorang pergi Bangunan Mydin Ayer Keroh, Masuklah Pasaraya Mydin Aras Bawah. Alah yang kauorang lalu ada pintu lipat-lipat terbukak sendiri tu..

hah!! kauorang akan terpandang replika besar Piala Dunia Bola Sepak. Kira kalau yang tak pernah tengok dekat, boleh la buat belek-belek.. walaupun jauh daripada 100% asli, namun kira ok la daripada tak pernah tengok langsung.. tapi besar sungguh replika ni wey..

Nak tunggu piala tersebut dalam genggaman Malaysia.. ntah bila jaman ntah.





Tak Boleh Ping Di GB? Ini Mungkin Penyelesaiannya

kepada pembaca aku yang mungkin tak tahu..

Aku memang salah seorang dari ribuan ahli



Baru-baru ni ramai mengadu tak boleh ping atau paparkan entry.. So, entry ni hanya khas untuk ahli-ahli Geng Blogger.. aku klik sana, klik sini.. akhir Allah memberi ilham dengan niat cuba nak membantu geng-geng yang lain jer..



Kauorang bukak settings.. pastu site feed.. pastu pastikan post feed kauorang tu dikosongkan macam gambar kat atas. Sebelum ni aku ada tulis.. tak keluar kat site ping GB. Tapi lepas je aku padam. Hah! terus boleh ping.

Aku bukan budak I.T. tapi aku cuba boleh buat.. kalau tak boleh janganlah salahkan aku.. Rujuk la mereka yang lebih arif..

Cabaran Kaki Pancing SUKMA XIII Melaka

Pengumuman kepada semua para pemancing.. tak kiralah profesional ke.. semi-profesional ke... ataupun amatur Dalam atau luar Negeri Melaka


Bayaran?? Cuba tengok bawah ni.. Dapat T-Shirt.. ada tiket cabutan bertuah lagi.. pemenangnya motorsikal tuuu



Hadiah Pemancing??? Tu dia... tempat pertama RM30,510 tuu... Kalau dapat tempat ke-30 pun kira balik modal tuuu...



Untuk sebarang keterangan lanjut, kauorang layan la syarat dan keterangan di bawah dengan mengklik keratan di atas....






Isnin, 24 Mei 2010

Produk Pelancongan Melaka Terkini : Botanical Garden Buggy Ride

Tadi tengah syok baca MHI terjumpa satu cerita pasal "Botanical Garden Buggy Ride". Wah satu lagi Produk pelancongan Negeri Melaka. Mungkin ramai yang dah tahu Taman Botanikal tempat adalah Hutan Rekreasi dan kebanyakan yang datang situ untuk berjogging. Tapi lepas ni kalau kauorang jenis penternak lemak, its ok.. Kat sana dah ada Buggy.. Buggy tahukan?? alah kenderaan yang kat padang golf tulah..

http://www.made-in-china.com


Mereka menawarkan kemudahan rekreasi dengan menaiki buggy sejauh 4 kilometer dengan tempoh perjalanan 30 minit.

Perkhidmatan ini bakal dirasmikan pada 25 Mei 2010 dan untuk hari dirasmikan itu perkhidmatan secara percuma daripada 10 pagi - 7 malam. Kira lepas tu kena bayarlah.. tapi kadar bayaran belum diberitahu lagi... Aku fikir tak lebih RM15 kot. Dalam area RM10 je kot.

Apa yang istimewanya selain daripada terdapat kereta buggy, ada juga disediakan motor dan kereta elektrik.

http://www.made-in-china.com


http://buggy.china-direct-buy.com


Mengikut laporan kesemua peralatan ini diimport daripada China dan pengusaha utama bagi perkhidmatan ini dikendalikan oleh Karisma Landai Sdn. Bhd. dengan usahasama Perbadanan Hang Tuah Jaya Melaka.

** kesemua gambar di atas adalah gambaran yang hampir sama dengan kenderaan sedia ada di Botanical Garden tu...




Jumaat, 21 Mei 2010

Main Sungai Selama 30 Hari!!

Mula 1 Jun hingga 30 Jun ni Melaka menganjurkan PESTA SUNGAI MELAKA 2010.



Sebelum ni buat 3 hari je.. Kali ni 30 hari. mak aiii.. baguslah.. untung jugak para peniaga nanti dan aktiviti pelancongan boleh digiatkan. Tambahan pula, SUKMA berlangsung 10 - 19 Jun.. bagi atlit yang tewas.. terubat juga luka dapat sertai aktiviti pesta sungai nanti..


Pelbagai aktiviti diatur antaranya Bot berhias, Motor dan kereta antik, pertandingan bot naga, menangkap itik, bot kawalan jauh, melukis, fotografi, pukul bantal.. alah.. kira macam-macam ada la..

Marilah kita turun ramai-ramai kat Sungai Melaka macam kat bawah ni...



Tapi keselamatan perlu dijaga.. jangan sampai jadi macam kat bawah ni plak..





Khamis, 20 Mei 2010

Animasi Empayar Melaka

Aku masih ingat masa salah satu pameran ICT di salah satu tempat di Ayer Keroh, aku terpandang satu animasi yang dirancang dibuat untuk Melaka.

Namun sayangnya mereka sedang dalam mendapatkan peruntukan bagi menyiapkan animasi tersebut. Kalau tengok trailer dia memang dashat citer ni.Animasi ni berjudul Empayar melaka.



Jadi sekarang aku tatau la sama ada animasi tu dibuat atau tidak. sayangnya kalau animasi tu tidak dibuat. Kalau untuk dijadikan rujukan sejarah mesti lagi budak sekolah cepat faham. Fuhhh!!

Penaja Rasmi Sukan Malaysia XII Melaka 2010

Kauorang nak tahu tak senarai penaja rasmi untuk SUKMA XIII Melaka 2010???


Telekom Malaysia Berhad menaja sebanyak RM2.5 juta dan menjadi penyedia telekomunikasi rasmi



TNB turut menyumbang RM2.5 juta



Petronas menyumbang RM1 juta



Proton menyumbang RM500 ribu yang berupa 50 buah kereta proton perdana untuk kegunaan sekretariat SUKMA XIII



F&N Beverage pula menyumbang RM450 ribu


Asia Pacific Sports Sdn Bhd

Menyumbang sebanyak hampir RM180 ribu berupa keperluan sebahagian peralatan sukan



Syarikat Gajah Emas Industries Sdn. Bhd. menyediakan keperluan kelengkapan Sukan Sepak Takraw


sumber:Melaka Hari Ini 20/5/2010

Firefly Boleh Turun LTAM

Nampaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) telah berfungsi. Firefly telahpun bersetuju untuk turun di sana. Namun, buat masa ini ianya Penerbangan Sewaan Khas je.


Yelah nak turun hari-hari takde orang naikpun payah la jugak...
Mungkin akan datang kalau ada permintaan hebat, kena berjadual 2 kali seminggu ke...
Buat masa sekarang Riau Airlines mendarat berjadual di LTAM ini.

Hari ini dalam Melaka Hari Ini terpapar pakej dibuat oleh Travel agent Putri Holidays.. Pakej Penerbangan ke Medan, Indonesia (3H2M) dengan harga RM750.00 seorang. Untuk keterangan lanjut mungkin Kauorang boleh hubungi 06-2820576 / 77






Terkini : Akhirnya Berputar Kembali

Hari ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahaya buaian gergasi Eye On Malaysia akan beroperasi semula dijangka 1 Jun 2010. Dulu ianya ditutup ekoran kes saman Fitraco NV kepada Eye On Malaysia Sdn. Bhd dan MST Ad Suria Sdn. Bhd. Berita lepas.



Kali ini Kerajaan Negeri Melaka tidak akan terlibat kerana pemilik asal Fitraco NV menyewakannya kepada sebuah syarikat tempatan iaitu The Eye Sdn. Bhd. Kadar sewa hanya mereka yang tahu..

Bila krisis ni berlaku, KNM cuba untuk membeli EOM tersebut dengan harga RM10juta. Namun, pihak berkenaan tidak setuju dan menginginkan harga yang lebih tinggi.

Pandangan aku lebih eloklah KNM tak campur tangan lagi... Kira KNM amik sewa tanah dan tolong buat promosi sebagai produk pelancongan Melaka.

bagi yang tak kesempatan pergi dulu tu.. boleh la rebut peluang ni... kalau tutup sekali lagi.. tak merasa kauorang.





Rabu, 19 Mei 2010

List Of Travel Agent Kat Melaka


Kalau kauorang nak honeymoon atau melancong atau menjadi pelancong kat Melaka tapi tatau nak guna travel agent mana. Banyak sebenarnya agensi Pelancongan kat Melaka. Kauorang boleh pilih je seperti aku listkan dibawah ni..


MATTA Melaka Chapter Travel Agents
(Malaysia Association of Tour & Travel Agents)
No.52, Jln Cempaka 1, Taman Seri Cempaka,
75400 Peringgit, Melaka
Tel: 06-283 7878


Anda Travel & Tours Sdn Bhd
238, Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 284 5810
F: +606 284 5810

Annah Tours & Travel Sdn Bhd
No 27, Jalan Laksamana
75000 Melaka
T: +606 283 5626
F: +606 284 0609

Aquarius Travel & Tours Sdn Bhd
16, Jalan Laksamana
75000 Melaka
T: +606 284 3737
F: +606 286 3959

Arahmas Damai Travel & Tours Sdn Bhd
No 75, Jalan Taming Sari
75400 Melaka
T: +606 282 4295
F: +606 284 9295

Atlas Travel Services Sdn. Bhd.
5 Jalan Hang Jebat
75000 Melaka
T: +606 282 0315
F: +606 283 4714

Bel Travel & Tours Sdn Bhd
383-D, Tingkat Bawah
Taman Peringgit Jaya
75400 Melaka
T: +606 282 2712
F: +606 286 3712
Cammy Travel & Tours Sdn. Bhd.
311, Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka

T: +606 283 4898
F: +606 284 8598

Coachliner 707 Travel & Tours Sdn Bhd
G-31 Jalan PM5, Plaza Mahkota
Bandar Hilir
75000 Melaka
T: +606 226 8707
F: +606 281 1707

Falcon Travel Service (M) Sdn Bhd
Lorong Bukit Cina
75100 Melaka
T: +606 282 0478
F: +606 283 8588

Haruman Travel & Tours Sdn Bhd
Jalan PM3, Plaza Mahkota
75000 Melaka
T: +606 286 7477
F: +606 286 9477

ITT Travel & Tours Sdn Bhd
7447-A, Bangunan Hj Wahab
2 1/2, Jalan Semabok
75050 Melaka
T: +606 281 4806
F: +606 281 4805

J & J Mesra Travel & Tours Sdn Bhd
Wisma Selamat & Zaini
75050 Melaka
T: +606 286 2077/4077
F: +606 286 3077

Jebat Tours & Transport Services Sdn Bhd
No 34, Jalan Melaka Raya 15
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 282 0886
F: +606 282 0886

JRH Travel & Tours Sdn Bhd
No 16, Tingkat 1, Taman IKS / TB 1
Bt 9, Tangga Batu
76400 Melaka
T: +606 351 9208
F: +606 351 9208

Kanayuky Travel & Tours Sdn Bhd
17-2 Jalan PPM 8
Plaza Pandan Malim
Balai Panjang
75200 Melaka
T: +606 335 5277
F: +606 335 5328

Kelana Jaya Travel & Tours Sdn Bhd
Lot 2, Tingkat 1,
Bangunan Tabung Haji
78300 Melaka
T: +606 384 3560
F: +606 384 3560

Kenzar Travel & Tours Sdn Bhd
No 53-C Tingkat 1,
Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka
T: +606 281 1133
F: +606 281 1122

Laksamana Tours Sdn Bhd
34-A, Jalan Melaka Raya 15
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 281 6943
F: +606 284 9828

Light & Sound Travel Tours Sdn Bhd
Lot 1.5A, Tingkat Satu,
Kompleks MARA
Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
T: +606 283 5140
F: +606 286 3689

Lina Travel & Tours Sdn Bhd
Lot 4, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
Jalan Banda Kaba
75000 Melaka
T: +606 282 7261
F: +606 281 7380

MAIM Travel & Tours Sdn Bhd
No 38, Jalan Cempaka 1
Taman Seri Cempaka
75400 Melaka
T: +606 282 0577 / 0576
F: +606 281 2445

Masamas Travel & Tours Sdn Bhd
304A, Jalan Tun Ali
75300 Melaka
T: +606 283 5714
F: +606 283 0690

Melaka City Tours & Travel Sdn Bhd
G.05, Peringgit Point
Jalan Raya Batu Hampar
75350 Melaka
T: +606 282 7980
F: +606 284 1550

MG Tours & Vacations Sdn Bhd
G.31, Jalan PM 4
Plaza Mahkota, Bandar Hilir
75000 Melaka
T: +606 286 0929
F: +606 284 6542

NH Travel & Tours Sdn Bhd
No 209, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 281 4242
F: +606 284 3020

Ocean Express Travel & Tours Sdn Bhd
607, Mezzanine Floor
Taman Seri Indah Off Jalan Tengkera
75200 Melaka
T: +606 337 4645
F: +606 337 4644

Oriental Grace Travel Services Sdn. Bhd
49 Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
T: +606 283 4108
F: +606 283 1895

Paradise Travel & Tours Sdn Bhd
No 42, Jalan Temenggong
75000 Melaka
T: +606 281 2039
F: +606 281 2040

Pelancongan Maju Jaya Sdn Bhd
4-J, Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
T: +606 282 1811
F: +606 282 2926

PM Cultural & Tourism Sdn Bhd
Perkampungan Budaya
Taman Mini Malaysia & ASEAN
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
75450 Melaka
T: +606 231 5966
F: +606 231 2950

Reliance Shipping & Travel Agency (M) Sdn Bhd
41, Ground Floor
Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka
T: +606 284 5125
F: +606 284 0248

Satis Deluxe Holiday (M) Sdn Bhd
143, Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 284 3768
F: +606 283 5712

Seri Tanjung Tours & Homestay Sdn Bhd
Batu 21 1/4, Masjid Tanah
78300 Melaka
T: +606 385 2330
F: +606 385 2330

Shamus Car Rental & Travel Sdn Bhd
65, Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 281 7710
F: +606 282 4279

SSK Tours & Car Rental Sdn Bhd
MT 1409, Masjid Tanah Commercial Centre
Phase II, 78300 Melaka
T: +606 384 7721
F: +606 385 1080

Stadthuys Tours & Travels Sdn. Bhd
151, Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 284 6373
F: +606 284 9022

Systematic Tours & Travel (M) Sdn Bhd
645, Jalan Taman Melaka Raya 10,
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 282 5294
F: +606 282 5297

Tai Moh Holidays Sdn Bhd
111-112 Taman ASEAN
Jalan Malim
75250 Melaka
T: +606 335 6388
F: +606 335 2768
39
Teguh Rent A Car Sdn Bhd
No 126 Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 283 7878
F: +606 281 8788

Travellers Choice Associates Sdn Bhd
4842-H, Tingkat 2, Jalan Kasturi 2
Taman Kasturi
75050 Melaka
T: +606 284 1008
F: +606 283 2997

Utas Travel & Tours Sdn. Bhd.
8668/1, Kompleks Perniagaan PKNM
78000 Alor Gajah
Melaka

T: +606 556 2845
F: +606 556 2398

Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
8668/1, Kompleks Perniagaan PKNM
78000 Alor Gajah
Melaka
T: +606 556 2845
F: +606 556 2398

Wawasan Nelayan Travel & Tours Sdn Bhd
No 18, Wisma Nelayan
Jalan Melaka Raya 25
Taman Melaka Raya 1
75000 Melaka
T: +606 282 6408
F: +606 282 6408

Hari Falak/ Astronomi Peringkat Negeri Melaka

Komplaks Falak Al Khawarizmi, Melaka


Pada 22 - 23 Mei 2010 ni akan ada Hari Falak / Astronomi kali ke 7 peringkat Negeri Melaka. Venue nya adalah di Komplak Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. Pelbagai Acara telah diatur pada kedua-dua hari tersebut termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika, lawatan, tayangan 3D, pameran astronomi dan sebagainya.



So, Hujung minggu ni, warga Melaka atau Luar Melaka yang berminat mengenai aero-angkasa jom terjah Kompleks Falak Al-Khawarizmi.. Bawak anak-anak sama.. mana tahu boleh jadi macam Ibn. Firnas, Al Battani, Al-Khawarizmi dan sebagainya.




Dua Kem Tentera Di Melaka Digazet Sebagai Kem Warisan




Semalam Kementerian Pertahanan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk mengezetkan Kem Sungai udang dan kem Terendak sebagai Kem Warisan.

Group Gerak Khas (abang Komando) di kem Sg. Udang




10 Briged Para berpengkalan di Kem Terendak, Melaka



Ini bermakna permohonan Petronas untuk memperluaskan kawasan operasi sebelum ini ditolak. Yelah kawasan ni adalah antara kawasan penempatan awal tentera Malaysia. Kem Sg. Udang dibuka pada 1969 manakala Kem Terendak pada 1958.


Aku tak fikir nak bincang panjang tentang kedua-dua kem ini memandangkan Hal Keselamatan Negara adalah hal yang tidak perlu dibincangkan secara umum.


Inang-Inang Pulut Buat Minum Petang

Inang-inang ni bukan macam Mak inang kat Istana tu ye.. tapi mungkin zaman dulu Mak Inang la kot yang menghasilkan kueh ni hingga namanya diambil sempena namanya. meh aku cerita pasal kueh ni sebab ianya jarang terdapat diluar.


Kueh ni sebenar dihasilkan daripada pulut. Pulut direbus kemudian diwarnakan mengikut kehendak. Warna warnipun boleh... Lepas tu pulut tersebut diacukan kemudian dijemur hingga kering.




Cara memakannya adalah dengan menggoreng dahulu. Ramai jugak orang luar Melaka complain dapat kueh yang keras kematu. Memang le berrr.. pulut kering.. boleh patah gigi dibuatnya.


Tapi aku rasa salah pengusaha inang-inang ni jugak.. ramai antara mereka tidak menulis di bahagian pembungkus bahawa "Makanan ini Perlu Digoreng Terlebih dahulu".

Jadi, aku harap kepada semua pengusaha ambil inisiatif atas perkara ini supaya ianya menjadi makanan bukan sahaja rakyat malaysia tapi mampu ke arena dunia. InsyaAllah.

Harganya?? Pulut naik harga.. dulu rasanya RM3.00 tapi dengar kata sekarang RM3.50. Kalau ada yang menggidam sangat nak makan.. boleh la email aku.. aku tolong belikan jer.. tapi duit pos tanggung sendiri.

Kalau dapat datang Melaka pilih sendiri lagi bagus.. Jom ke Melaka.




Selasa, 18 Mei 2010

H1N1: Perlu Sama-sama Ambil Perhatian

Harian Metro : 2010/05/18 : MELAKA: Ketika sekolah lain di seluruh negara ceria mengadakan aktiviti sempena Hari Guru, sebuah sekolah rendah di Cheng, dekat sini, terpaksa membatalkan semua persiapan untuk majlis berkenaan berikutan kematian guru penyelarasnya awal pagi semalam, disyaki akibat jangkitan virus H1N1.

Nampaknya Virus ni masih belum habis lagi. Aku harap semua pihak terutamanya masyarakat masih mengamalkan langkah berjaga-jaga. Kepada Arwah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan takziah kepada keluarganya.

Berita lanjut

Bajet Makan Ikan bakar Di Melaka

Beberapa hari lepas tekak teragak nak makan ikan bakar tetapi badan penat la pulak!..
Pikir demi pikir.. akhirnya amik keputusan pergi beli tapau je..
Pilihan aku ke Kedai Ikan Bakar Alai.. dekat sikit gamaknya..
Pemilihan Berlaku...

Ikan Siakap aku pilih dalam 700++ gram untuk dibakar




Sotong 5-6 ekor besar punya untuk goreng tepung



Pastu Aku amik Nasi Lemak Tiga Bungkus


Kauorang agak berapa RM???

ye betul.. tak sampai RM50.

Hanya RM30.30 sahaja.

Oleh kerana tokeh tu dah kenal kot rupa aku.. Fresh oren semasa aku menunggu diberikan percuma.

So, kalau bajet nak belanja awek kat Ikan bakar ni.. tak perlu la kauorang ragu-ragu.. setakat duaorang makan aku gerenti tak lebih RM80.00 untuk makan puas. Kira Bawak RM100.00 ada baki untuk isi minyak motor...

tapi tatau la aku kalau ko melantak macam buaya tak makan 30 hari.. mungkin tak cukup gamaknya...


Main Baling Selipar Di Melaka

Kauorang pernah tak main baling selipar?? Zaman aku kecik dulu inilah antara permainan favorite. Cara main macam ni..

Bahagikan kepada dua kumpulan. kemudian sediakan tiga selipar untuk didirikan sebagai tugu. kemudia satu selipar buat 'ibu'. Di mana selipar 'ibu' tersebut digunakan untuk baling pihak lawan yang berjaya menjatuhkan selipar tugu. Selalunya selipar ibu ni cari yang sedap-sedap baling.. kira kalau kena tengah belakang, silap gaya boleh jadi gaduh.

Pihak lawan yang berjaya menjatuhkan selipar tugu perlu cari jalan untuk dirikan tugu semula dan akan dikira pemenang. Mereka akan ulang balik permainan baru untuk mengumpul mata sampai permainan tersebut berlangsung di mana semua ahli kumpulan terkena selipar.

Bagi pihak yang memegang selipar 'ibu' kauorang tak boleh bergerak cuma boleh baling atau paskan selipar ibu. Alah kira macam main bola jaring tuuu...

Permainan tamat bila salah satu kumpulan mengumpul mata tertinggi. atau.. salah seorang menangis kerana kena baling dengan selipar ibu dengan kaedah mengganas dan unsur pembalasan dendam atau geram.

Aku nasihatkan jangan main berhampiran rumah kerana boleh jadi macam kes di bawah ni...







Perbadanan Hang Tuah Jaya Ada Jawatan Kosong



Perbadanan Hang Tuah Jaya ada buka kekosongan jawatan sambilan. Ingat ni Perbadanan bukan Majlis ye.. ada beza tu..

ada 6 jawatan dengan 12 kekosongan

  1. Penolong Pegawai Tadbir - 1 kosong - (Diploma)
  2. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) - 1 kosong - (SPM ke atas)
  3. Pembantu Tadbir Kewangan - 1 kosong (SPM)
  4. Pembantu Tadbir (Operasi) - 7 kosong - (SPM)
  5. Pembantu Am Pejabat - 1 kosong - (SRP/PMR ke atas)
  6. Pemandu - 1 kosong - (SRP/PMR ke atas)
Untuk sebarang maklumat lanjut, kauorang boleh layan di www.phtj.gov.my

Ingin aku ingatkan sekali lagi.. jawatannya bertaraf sambilan.. bermakna gaji ikut hari.. tapi sapa tahu.. mungkin rezeki kauorang.. prestasi 85% ke atas.. mungkin diserap ke Kontrak plak.

kauorang ada dua-tiga hari ni je sebab tarikh tutup 21 Mei 2010



Golf Challenge Trophy SUKMA XIII Melaka 2010

Pada 6 Jun ini Golf Challenge Trophy SUKMA XIII Melaka 2010 akan berlangsung. Seramai 120 orang peserta telah layak untuk beraksi di pusingan akhir tersebut bertempat di Tiara Golf & Country Club, Melaka.




Hitam: "Chip oo Chip.. jom kita pergi tengok... saya rasa mereka kat bawah ni ada kat sana chip.. boleh la kita mengeratkan tali silaturahim.."






"Kau jangan buat pasal Hitam... kang tak pasal-pasal ke sambar petir.. aku tak tahu."





Jumaat, 14 Mei 2010

Tugu SUKMA Melaka

Aku masih ingat terbaca dalam MHI satu peraduan kreatif melakar tugu untuk SUKMA Melaka ni sebagai mercu tanda (sejarah) bahawa Melaka pernah mengajurkan SUKMA ni..

Akhirnya bulan lepas keluarlah keputusannya..

Lakarannya lebih kurang di bawah ni


dan pereka design ini adalah anak tempatan Melaka... berasal dari Kg. Sempang.. berkelulusan Diploma Animasi daripada Kolej Yayasan Melaka.. berumur 32 tahun. hahaha

Beliau ialah KINTO. erkkk.. apa ke pelik nau nama kau ni hah? hahaha.. sorry bro.. gurau jer.


Anyway tahniah!! RM3,000 tu..

Sekarang Kerajaan Negeri Melaka sedang mempelawa syarikat-syarikat swasta untuk menaja pembikinan tugu tersebut kat area Menara Taming Sari. Ia dianggarkan dibina setinggi 6 meter.



Selasa, 11 Mei 2010

Uptown di Melaka

Melaka sekarang dah ada Uptown mulai 7 Mei 2010 yang lepas. Ianya dibuka daripada jam 6 petang hingga 2 pagi dari hari Jumaat hingga Ahad. Alah uptown ni rasanya ramai yang tahu kot.. alah-alah pasar malam gitu.. Macam-macam ada.. tukang urut pun ada..

Hitam berbisik "Chip.. urut baik ada tak?"

Ceittt.. akal Koldu punya Hitam.

Untuk makluman urut tapak kaki ye.. dikendalikan oleh orang lelaki

Lokasi?? alah kat sebelah Kota Fesyen Ayer Keroh atau lebih mudah seberang jalan Mydin Ayer Keroh.

Hingga hari ini terdapat 68 peniaga ada di sana dan dijangka meningkat hingga ke 100 peniaga. Dijangka penganjur akan menyediakan 260 lot untuk peniaga.. perrgghh gilerrr kalah Pasar Malam Merlimau yang dikatakan antara terpanjang di Melaka ni...

Jadi bagi peniaga yang nak menyewa tapak.. try contact 019-6848080 atau 0196868700. Itu yang tertera di akhbar MHI. Berapa harga tanya taukeh maaa... wa hanya nak tolong..

Jumaat, 7 Mei 2010

Beriani Power di Tesco Melaka

Lepas solat Jumaat, tetiba member ajak pekena Nasi Beriani. Pikir2 paling dekat dengan masjid adalah Tesco.

Hah!! jawapannya Beriani Power la kot. Belum pernah test lagi makanan kat sini.. Terasa nak pekena beriani kambing la plak

Tiba-tiba muncul plak si Hitam berbisik "chip.. chip nak pergi makan nasi beriani kambing darah tinggi la"

Putih membantah. "wey malaun hitam, takde mananya kambing punca darah tinggi. Rasulullah s.a.w dulu makan kambing, takde pape pun. Takkan la Rasulullah makan benda yang bahaya untuk dijadikan contoh kepada umat baginda. Dah kau yang malas bersenam, salahkan kambing plak.

Dah.. dah.. gedebang!!. dua-dua penasihat aku tutup pakai songkok. Aku buat keputusan makan juga beriani kambing kerana Rasulullah dulupun makan kambing sepertimana kata si putih.

si putih berbisik "tapi chip berhenti sebelum kenyang tau... kang kesenduk, mengekeh ketawa si hitam tu...

"taulah aku"

Sebelum melangkah masuk terpampang pelbagai jenis lauk



Lepas masuk.. lagi banyak gambar lauk.



Setelah tengok menu kat bawah ni, akhirnya briani kambing jadi pilihan. Mahal-murah ni satu citer tapi yang penting memenuhi selera.


Kalau pinggan cam kat bawah ni, agak-agak penuhi selera tak???


Putih berbisik.. "Chip.. oh.. chip.. si hitam tengah berdekah-dekah ketawa tengok pinggan bos licin. Dia dah sediakan senduk untuk bos keruk perut akibat kekenyangan"

Ceeiitt hawau punya Hitam!!!

Terkini: Melaka Wonderland

Kauorang masih ingat tak aku citer pasal Melaka wonderland Februari lepas.



Kini Wonderland ni telah umum akan dibuka 15 Mei 2010 ni (Sabtu). Apa lagi.. reramai.. jommm serbu..
Tapi serbu berbayar ye.. jangan kauorang fikir macam mandi kat dataran MBMB plak. Aku difahamkan mungkin bayaran RM25-RM30. Walau bagaimanapun confirm tentang bayarannya aku akan inform kauorang lagi..

Apa ada dalam ni?? Konsepnya lebih kurang sunway lagoon la.. ada gelonsor tinggi-tinggi tu.. anyway.. check it out..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com