Jumaat, 7 Mei 2010

Beriani Power di Tesco Melaka

Lepas solat Jumaat, tetiba member ajak pekena Nasi Beriani. Pikir2 paling dekat dengan masjid adalah Tesco.

Hah!! jawapannya Beriani Power la kot. Belum pernah test lagi makanan kat sini.. Terasa nak pekena beriani kambing la plak

Tiba-tiba muncul plak si Hitam berbisik "chip.. chip nak pergi makan nasi beriani kambing darah tinggi la"

Putih membantah. "wey malaun hitam, takde mananya kambing punca darah tinggi. Rasulullah s.a.w dulu makan kambing, takde pape pun. Takkan la Rasulullah makan benda yang bahaya untuk dijadikan contoh kepada umat baginda. Dah kau yang malas bersenam, salahkan kambing plak.

Dah.. dah.. gedebang!!. dua-dua penasihat aku tutup pakai songkok. Aku buat keputusan makan juga beriani kambing kerana Rasulullah dulupun makan kambing sepertimana kata si putih.

si putih berbisik "tapi chip berhenti sebelum kenyang tau... kang kesenduk, mengekeh ketawa si hitam tu...

"taulah aku"

Sebelum melangkah masuk terpampang pelbagai jenis lauk



Lepas masuk.. lagi banyak gambar lauk.



Setelah tengok menu kat bawah ni, akhirnya briani kambing jadi pilihan. Mahal-murah ni satu citer tapi yang penting memenuhi selera.


Kalau pinggan cam kat bawah ni, agak-agak penuhi selera tak???


Putih berbisik.. "Chip.. oh.. chip.. si hitam tengah berdekah-dekah ketawa tengok pinggan bos licin. Dia dah sediakan senduk untuk bos keruk perut akibat kekenyangan"

Ceeiitt hawau punya Hitam!!!

6 comments:

nordee berkata...

aku dah makan kat sini...memang sedap arrr...mee bandung power..nasi briani..ngan nasi goreng kampung power..pergh...tauhu bakar pun sedap gilak

apek berkata...

perghh.. testimoni daripada Sabah tuuu

Mun berkata...

rindu nak keje part time kat situ.. rindu nak mkn kat situ.. rindu kat staff situ..huhu.. teringat kenangan bekerja kat situ...

apek berkata...

cik moon keje kat situ ke dulu??

errr.. hulurlah resepi..

Mun berkata...

haah..dulu keje situ..slalu lepak kat dapur.. tgk dorg masak.. tapi...soryy... mana leh bgtau resepi tu.. rahsia company tu laa... huhu

apek berkata...

bagus dpt staf mcm ni.. tahu jaga rahsia organisasi walaupun dah lama ditinggalkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com