Dua hari lepas aku parking kat Hotel Kings. Saje lepak situ dengan kengkawan. Yelah sesekali lepak hotel bergayalah sikit. Turun dari kereta dengan penuh gaya terus ke lepak lobi hotel. Setelah selesai urusan di sana, balik ke kereta.. alamak aku lupa letak kupon parking.
Apalagi.. memang sah MBMB punya penguatkuasa ni buat kerja. Tak makan gaji buta. Bagus betul. Ini dibuktikan dengan saman parking yang terletak indah di cermin kereta aku.
RM30.. masa ni 'si hitam' pun masuk jarum..
"alah.. tak payah bayar la.. takkan MBMB nak bawa ko ke mahkamah sebab RM30. Kau ingat tak Azdy dulu citer berapa banyak saman kereta dia tak bayar di satu negeri tu. Idup sampai sekarang". Kata 'si hitam'
"baik kau bayar.. boleh juga pekerja MBMB dapat gaji". Bisik 'si putih' aku pula..
Tiba-tiba aku teringat.. MBMB Offer kalau bayar dalam tempoh 24jam dari waktu kena saman, hanya perlu bayar RM5 sahaja! Namun, aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.
Setelah menimbang kedua-dua penasihat tak rasmi aku tu.. maka aku buat keputusan terus ke MBMB.
Boleh jugak hiburkan hati dengan air pancut..
Setelah berurusan dengan kaunter. Confirm RM5 hingget je jika bayar dalam tempoh 24jam. Maknanya kalau kena saman pukul 10.00pagi.. ada waktu sampai 10.00pagi keesokan harinya. Alhamdulillah..
Aku rasa ini merupakan salah satu kaedah terbaik. Di samping sebagai tindakan menghukum, namun masih ada ruang untuk orang ramai agar tak terasa sangat keperitan atas kesalahan kecil yang dibuat. Mungkin ada orang cakap apa sangat RM5. Tapi bagi aku.. sepatutnya kauorang bayar RM.60 (Kupon parking) tapi kena saman RM5 lepastu kena korbankan masa ke MBMB merupakan hukuman terbaik atas kelalaian yang dibuat. Jika tak mau bayar dalam tempoh 24jam, maka kompaun asal dikekalkan dalam tempoh 14 hari. Lepas 14 hari RM30 menjadi RM50.
Kat sini win-win situation berlaku. Orang ramai boleh bayar murah dan MBMB dapat selesaikan kutipan kompaun dengan segera.

1 comments:
Hari sabtu kena saman mcm mn nk byr dlm masa 24jam
Catat Ulasan