Isnin, 24 Mei 2010

Produk Pelancongan Melaka Terkini : Botanical Garden Buggy Ride

Tadi tengah syok baca MHI terjumpa satu cerita pasal "Botanical Garden Buggy Ride". Wah satu lagi Produk pelancongan Negeri Melaka. Mungkin ramai yang dah tahu Taman Botanikal tempat adalah Hutan Rekreasi dan kebanyakan yang datang situ untuk berjogging. Tapi lepas ni kalau kauorang jenis penternak lemak, its ok.. Kat sana dah ada Buggy.. Buggy tahukan?? alah kenderaan yang kat padang golf tulah..

http://www.made-in-china.com


Mereka menawarkan kemudahan rekreasi dengan menaiki buggy sejauh 4 kilometer dengan tempoh perjalanan 30 minit.

Perkhidmatan ini bakal dirasmikan pada 25 Mei 2010 dan untuk hari dirasmikan itu perkhidmatan secara percuma daripada 10 pagi - 7 malam. Kira lepas tu kena bayarlah.. tapi kadar bayaran belum diberitahu lagi... Aku fikir tak lebih RM15 kot. Dalam area RM10 je kot.

Apa yang istimewanya selain daripada terdapat kereta buggy, ada juga disediakan motor dan kereta elektrik.

http://www.made-in-china.com


http://buggy.china-direct-buy.com


Mengikut laporan kesemua peralatan ini diimport daripada China dan pengusaha utama bagi perkhidmatan ini dikendalikan oleh Karisma Landai Sdn. Bhd. dengan usahasama Perbadanan Hang Tuah Jaya Melaka.

** kesemua gambar di atas adalah gambaran yang hampir sama dengan kenderaan sedia ada di Botanical Garden tu...




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com