Jumaat, 20 November 2009

SEJARAH MELAKA (BAB 1:PEMBUKAAN MELAKA)

Aku rasa aku nak muatkan juga tentang sejarah Melaka dalam blog ni.. mudah untuk generasi akan datang buat rujukan... tapi ikut bab la.. alah.. lebih kurang buku teks juga.. walau bagaimanapun aku olah mengikut alam fantasi aku tapi tidak mengubah apa-apa sejarah..


Mengikut riwayat arwah nenek aku...

Melaka ni berasal dari Pohon Melaka. diulangi pohon Melaka.. bukan buah Melaka.. jauh sekali buah orang Melaka. Memang hawau!! Rupa pokok Melaka?? ceitt.. tengok la kat sini .


Kisahnya bermula begini... suatu ketika dahulu ada seorang anak raja di Palembang bernama Parameswara.. Palembang berperang dengan Majapahit pada abad ke 14 dan Parameswara lari daripada peperangan Majapahit atas arahan ayahandanya... Pergi Temasik.. kat situ ada siam.. Lari kat Muar.. hinggalah sampai Bertam.. Lari punya lari punya lari.. sampai la kat satu kawasan yang subur lalu menyandarlah dia di sebatang pokok.. tengah duk relaks kat bawah pokok layan lagu serampang laut. Tiba-tiba 2 ekor anjing Parameswara ni menyalakkan seekor kancil putih..
Ye betul! Parameswara dulu bukannya Islam.. Itu sebab dia bela anjing..
Agaknya Kancil ni tension 2 ekor anjing ni berlagak nak mampus... lalu diterajang la kedua-dua ekor anjing ni.. masuk ke sungai.. "kaingg.. kainggg.. kaing..." jerit anjing tersebut.

Lalu terdetiklah di hati Parameswara.. "agak molek jika beta membina negeri di sini kerana kancilnya sahaja sudah gagah perkasa.. apatah lagi kalau bayi2 yang lahir di sini...". Lalu niat hatinya itu disuarakan kepada penolongnya.. dan penolong macam biasa setuju sangat termasuk pujian atas kebijaksanaan Parameswara. Gila ko nak kata tak bagus.. kang ada juga penolong tu kena terajang plak dengan Parameswara.. Langsung jadi macam anjing 2 ekor tu...

Kemudian nak namakan tempat tu... Parameswara mintak pandangan. Tiba-tiba ada mamat pegang tombak memberi cadangan "tuanku.. apakata kita namakan negeri ni.. Negeri Kancil Putih Terajang Bontot Dua Ekor Anjing Parameswara?" sambil beliau tersengih bangga dengan cadangannya.. Hah! sah kena terajang jugak mamat ni.. bisik si penolong... Sangkaan penolong tepat sekali.. maka mamat nipun terchebus dalam sungai bersama anjing tadi...

Kemudian Parameswara bertanyakan Penolongnya tadi yang sedang leka melihat mamat tadi bermain-main air bersama anjing-anjing parameswara..
"Di bawah pohon apakah beta bersandar ini??"
Penolong pun terkejut.. dan tidak dengar soalan Parameswara... gila ko nak suruh ulang sekali lagi.. mau si penolong terpaksa bermain air dengan mamat kat dalam sungai bersama anjing tu... "maaf Tuanku Patik.. patik.. Meleka tadi.."
"Apa Melaka??".. Oklah.. Dengan ini beta mengistiharkan Negeri ini dibuka dengan nama "Melaka".



Apa rasionalnya nama Melaka aku sebut tadi ialah.. aku tak fikir orang-orang dahulu tahu nama semua pokok.. Maksud aku semua nama ni mesti ada seseorang yang beri.. Oleh itu aku anggap penolong Parameswara yang berikan nama pokok ni.. Mengikut amalan aku pokok Melaka juga terdapat di India tapi aku amat yakin diaorang tak panggil dengan nama Melaka.. mesti ada nama Tamil.

2 comments:

Mencari Kekayaan berkata...

terbaik la bro.. i like u blog.. keep it up..

apek berkata...

terima kasih. Hanya blog picisan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com