Kisah ni tidak termasuk dalam buku teks dan TIDAK BOLEH dijadikan bahan rujukan sama sekali. Kisah ini juga tiada kaitan dengan yang hidup atau meninggal dunia. Ia hanyalah cerita dongengan orang Melaka. Aku harap orang Melaka atau orang minang tak marah sebab dalam kisah ni.. tak de nak mengata sesapa.. Ianya hanya kisah dan teladan. Kalau fikir mendalam ianya boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan semasa.
Memang ramai yang tidak ketahui bahwa macam mana Melaka yang sangat gagah boleh tewas ke tangan Portugis pada tahun 1511. Dengan kekuatan Laksamana Hang Tuah yang terletak di huruf 'Thah', mustahil Melaka boleh ditewaskan dengan mudah.
Alkisahnya begini, ketika tahun 1511, Hang Tuah telahpun sangat tua... dan telahpun membawa diri. Akhirnya tinggallah sultan pada ketika itu memerintah... Dulu Negeri Sembilan sebahagian daripada Negeri Melaka. Kira orang Negeri Sembilan tu orang Melaka cuma mereka tetap dengan adat pepatih dan cakap minang. Setelah ketiadaan Hang Tuah, Sultan Melaka telahpun melantik Laksamana dari kalangan orang minang. Kira gilir-gilirlah.. sebelum ni orang jati Melaka.. ni tukar orang Minang plak.. Walau bagaimanapun, tentera Melaka masih daripada puak Datuk Bendahara dan Temenggong.
Apabila kapal-kapal Alfonso de albukek datang ke Melaka, maka tiada gentarlah orang Melaka. Keris dan lembing digengam erat. Mata panah dihala ke laut Selat Melaka... semuanya menunggu musuh menjelma. Panji-panji Melaka dikibar dengan megah, semegah darah Jebat mengalir. Semangat berkobar-kobar ke udara, sepanas peluh Tuah dikeringat. Nampak gaya tidak seinci pun tanah di Melaka mampu ditawan oleh Portugis.
Dengan kebijaksanaan Laksamana Melaka, Mereka bercadang untuk berlawan di atas daratan kerana tidak sanggup melayan bedilan meriam di lautan. Maka diutuskan Sang Bujal Suram sebagai utusan diajak beradu kekuatan pasukan tentera di atas tanah bernama Dataran Sejarah.. (errrr.. ni hentam je) Setelah kedua-dua pasukan bersiap mengadap antara satu sama lain.. tampil kedua-dua laksamana daripada Melaka dan Portugis. Laksamana Melaka tersenyum kerana dengan keyakinan bahawa laungan satu serangan pasti tentera portugal menjadi tin alumunium dipijak-pijak untuk dijual pada apek tin.
“den raso orang portugal tu.. sonang jo nak dikalahkan” tiba-tiba laksamana bersuara kepada timbalan dan naib laksamana 1 serta ketua pemudanya.
“Betul tu Datuk Laksamana” balas Timbalan Ketua Pemuda, sambil dijeling tajam ketua pemuda. Keadaan semakin genting... Tentera Portugal sedia dengan senapang!!!
Tentera Melaka sedia dengan keris dan pedang.. tunggu arahan pertama dikeluarkan daripada mulut sang laksamana berantai tersebut. Laksamana menarik nafas panjang kerana bakal keluarkan satu laungan serangan.. Dengan pekikan seguruh gempita.. laksamana menjerit..
”SORANGGGGG!!!!!!"
Berlarilah dengan gagah seorang tentara Melaka.. tersungkur ditembak 7 das.
”SORANGGGGG DEN KATO”.. JERIT Laksamana lagi..
Berlarilah dengan gagah seorang lagi tentara Melaka.. tersungkur ditembak 5 das.
”DEN KATO SORANG.. SORANG LAH.. EKAU NI DOGIL BOTULL LA”
Berlarilah lagi seorang tentera.. juga tewas dihujung senapang..
Setelah beberapa ratus kali.. akhirnya tinggal sikit tentera Melaka.. akhirnya berundurlah Laksamana bersama Timbalan dan naib-naibnya serta ketua pemuda ke Istana Melaka. Sultan Melaka sangat murka dan pelik mengapa tentera yang gagah ini boleh kalah.
Laksamana menyampaikan laporan kerana sakitnya hati pada tentera yang tidak setia kepadanya
“Ampun Tuanku beribu ampun, den dah suruh tentero kito sorang ramai-ramai tapi yang poeinya sorang-sorang.. memanglah kalah tuanku”
Tiba-tiba Sang Bujal Suram bersuara: "laaah.. tadi Datuk Laksamana suruh serang semua ke?? Kami ingatkan seorang demi seorang.. kira miskomunikesen la kita ni".
Berbulu telinga Sultan Melaka mendengar cerita bala tenteranya. Rasa nak ditunjal-tunjal jer kepala seorang-seorang. Akhirnya baginda melarikan diri ke Muar. Sekian.
2 comments:
hahha.. kelakar le. sorang dengan serang.. itu pasal kalah ... hahha.. nasib aku tak amik cerita ini sebagai rujukan.
amik boleh tp cerita sesama sendiri jelah.. jgn buat jawab exam dah le
Catat Ulasan