Gambar amik daripada google
Kebanyakkan orang tahu bagaimana Hang Tuah memperolehi keris tersebut. Sila tonton filem berjudul Hang Tuah lakonan P-Ramlee untuk mengetahuinya.
Keris tersebut dikatakan ditempa daripada gabungan 7 jenis besi termasuk besi kuning yang dimomokkan mempunyai keistimewaan kebal bila menggunakannya. Hinggakan dalam buku Hikayat Hang Tuah karya Kassim Ahmad berwarna hijau (sempat kattam 2 kali masa amik STPM) mengatakan (mengikut ingatan aku) ketika Portugis menyerang Melaka, Hang Tuah telahpun terlalu tua ketika itu. Ditembak Meriam Portugis kena pada Hang Tuah. Hang Tuah hanya Demam tiga hari. Kemudian Hang Tuah bawa diri ke Gunung Ledang. Begitulah kebalnya pemilik keris tersebut. Buku ni memang best.. aku baca rasa macam masuk ke zaman tu. Walaupun hampir sama tebal dengan buku Tun Mahathir namun karya itu buat aku begitu asyik.
Sambung balik...
Ketika Hang Tuah dibuang oleh Sultan Melaka, keris ini diserahkan kepada Hang Jebat. Dengan ilmu kependekaran nombor 2 dibawah Hang Tuah ditambah kelengkapan senjata misteri tersebut menyebabkan Hang Jebat tidak mampu diturunkan oleh sesiapa termasuk tiga lagi sahabatnya. Maka dikatakan Hang Jebat beraja dimata bersultan di hati.
Akhirnya Hang Tuah diampunkan dan dipohon untuk Hang Tuah hapuskan Si Jebat.
Sultan : Tuah.. boleh Tuah hapuskan arang yang dicoretkan dimuka beta?
Hang Tuah : Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Pati pacal yang hina akan usahakan sedaya upaya patik.
Sultan : Terima kasih Tuah, kau nyah-kan Si Jebat derhaka itu daripada bumi melaka
Hang Tuah : Menjunjung titah tuanku tapi kembalikan keris patik Taming Sari untuk patik nyah-kan di penderhaka itu.
Sultan : Tuah... Kalau kau aku dah tak suka, keris kopun aku tak mahu. Aku dah kasi sama orang.
Hang Tuah : Sama sapa tuanku?? (Jeng jeng jeng...)
Sultan : Sama si Jebat (Jeng Jeng Jeng)
Hang Tuah : Kalau Taming Sari di tangan Jebat, jangan katakan nyah-kan si Jebat, auww -kanpun belum tentu" kata perlahan Hang Tuah bila mengenang Taming Sari di tangan Jebat.
** sketsa ini tiada kaitan dengan mana-mana watak berkaitan kerana ia rekaan penulis semata-mata untuk lebih memahamkan diri sendiri.
HARI INI
Setelah beratus tahun penamat keris tersebut muncul dengan pelbagai versi.
Versi 1:
Kebanyakkan orang Melaka percaya keris tersebut dicampakkan ke Sungai Duyong dan tiba-tiba seekor buaya putih menjelma serta menelan keris tersebut. Lalu bersemadi di dalam Sungai berpenunggu tersebut hingga satu masa diperlukan kelak.
Versi 2:
Ada juga cakap-cakap bahawa keris tersebut diserahkan oleh Hang Tuah kembali kepada Paduka Sultan hingga berlakunya proses Paduka Sultan keluar daripada Melaka akibat serangan Portugis dan mewariskan keris tersebut kepada pewaris yang kini berada di Kesultanan Perak. Dikatakan susur galur Kesultanan Perak berasal daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kini dikatakan tersimpan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak,
Versi 3:
Keris tersebut dikatakan telah disembunyikan di Pulau Besar yang dianggap oleh keramat oleh sesetengah orang.
Walau apapun versi, tiada siapapun mampu mengesahkan dan menjadi rahsia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Apapun cerita tentang taming sari, namun tetaplah kita sebagai seorang Islam bahawa tiada benda yang lebih berkuasa daripada Allah dan sebarang kemudaratan itu berlaku dengan keizinanNYA jua.
Hang Tuah dan Hang Jebat, siapakah yang benar???? nantikan jika diizinkan aku citer ikut idealogi aku.
0 comments:
Catat Ulasan