Khamis, 19 Mei 2011

Kisah Siam Serang Melaka


Dah lama plak aku tak citer pasal sejarah Melaka. Meh aku citer pasal Siam dengan Melaka.

Diriwayatkan Siam ni memang iri nau hatinya dengan Melaka.

Ianya bermula ketika Parameswara berada di Temasik. (Kisah dulu) Ketika itu Siam memang kepingin Temasik ibarat kepingin makan buah bachang bersama sambal belacan. Bila Parameswara lepak Melaka, dendam kesumat itu terus berbunga.

Beberapa kali dia ugut akan serang Melaka yang dibuka oleh Parameswara. Kira macam dialog citer P. Ramlee – Musang Berjanggut.

“Ceeessss!!! Manusia durjana. Kata-katamu sungguh angkuh. Harimau di hutan dapat ku jinak, inikan pula kucing pelihara”. Ugut Raja Siam.

“Biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat. Ha ha ha” balas Parameswara.

Dari semasa ke semasa Melaka dan China menjalinkan talian, maka Laksamana Cheng Ho turut memberi amaran kepada Siam.

“lu ahhh.. belani sintuh ini Milaka.. mimang cilaka hidup lu… sititik dalah Milaka jatuh kibumi.. seluluh Siam wa lenyek-lenyek jali bilacan. Waachaa!” Kata Laksamana Cheng Ho.

Walaupun cabaran tersebut tak disambut keras oleh Siam, namun, nyorok-nyorok Siam cuba jugak menyerang Melaka. Siam pernah berusaha menyerang melalui darat iaitu daripada Pahang yang ketka itu jajahan Siam.

Cubaan demi cubaan dipatahkan…Apabila gagal, Siam turut cuba menyerang melalui Laut. Ketika itu Siam mengarahkan seluruh angkatan laut perang menyerang Melaka.

Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffar Shah ketika itu telah mengarahkan Bendahara Tun Perak menangani Siam.

Dengan kebijaksanaan Bendahara Tun Perak, tentera Melaka telah diminta memacang seberapa banyak andang api atau obor di sepanjang sungai Melaka. Ada la dalam dua juta obor (aku agak jer… dah takde Jabatan Statistik ketika itu). Maka dari laut, Siam memerhati.. berjuta tentera Melaka menunggu.. terbantutlah hasrat Siam kerana sibuk memikir bila masa plak rakyat Melaka bertambah dengan mendadak.

Selepas peristiwa itu tamatlah ugutan Siam ke negeri Melaka.

3 comments:

Unknown berkata...

awk memang bestla.. ada je idea nk wat story mori mcm ni, tu yg arix2 terjah blog ni,pengubat rindu pd kg katakn...

apek berkata...

terima kasih threeple.

bb501 berkata...

Pembetulan
1. Siam serang Melaka sebab Sultan Melaka berhenti bayar ufti pada kerajaan Siam dan beralih pada kerajaan China.
2. Sultan Melaka berhenti bayar ufti pada Siam sebab beliau merasakan kerajaan China lebih besar dan boleh menjamin kerajaan Melaka.
3. Kedua-dua serangan Siam terhadap Melaka berlaku zaman Sultan Muzaffar Shah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com