Jumaat, 22 April 2011

Keadaan Melaka Sebelum Parameswara Datang

Kauorang tahu tak sebelum Parameswara datang Melaka dan mengalami peristiwa ini, bagaimana keadaan Melaka???
Meh ikuti kajian bijak pandai termasuklah cerita nenek moyang orang Melaka..

ce citer... ce citer...

Kerajaan Melaka ni dikatakan ditubuh di Bukit Melaka di mana lepas kedatangan Portugis albukaki dikenali sebagai Bukit St. Paul. (berapa banyak perkataan -di- daaa).
Bukit Melaka tu memang tebing laut di mana ntah tahun ke berapa zaman moden, tanah berdirinya Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan ditambak oleh Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Menurut ceriteria terdapat satu penempatan kecil di area muara Sungai Melaka (Mungkin kat Bangunan Merah tu). Ia didiami lebih kurang 10 - 20 keluarga Orang Selat ataupun masyarakat nelayan selat. Kerjanya ke laut jelah.. muak giler agaknya makan makanan laut. Ntah berapa ramai yang kena gout akibat banyak sangat makan kerang, udang, ketam dan kupang.

Kancil putih tu macam ayam dalam reban je diaorang bela.. pokok Melaka tu macam pokok kelapa ditepi pantai.. Muda mudi merendekpun bawah pokok Melaka.. tiada orang yang menghalang pe-rendek-an itu kerana JAIM belum lagi diwujudkan. Begitu juga MAIM.

Kemudian barulah Parameswara muncul daripada Bertam ulu selepas kembali dari pengembaraan di Singapura dan terus mendirikan Istana berhampiran Sungai Melaka. Sementara itu pengikut duduk di bertentangan sungai. Barulah ada tanaman padi dan sebagainya.. pekerjaan mula dipelbagaikan. Sistem barter mula diperkenalkan secara tidak rasmi.

Setelah puas asyik-asyik berenang je kalau nak mengadap Sultan, maka merekapun membina satu jambatan kayu bagi menghubungkan Parameswara dan rakyat. Bermula la kisah kesetiaan rakyat dan raja di Melaka.

Itulah kisahnya yang disebut dari mulut ke mulut...

Sekian.

4 comments:

PennyRoyal Tease berkata...

okay sekarang aku nak tau keadaan melaka selepas kedatangan saudara norazmi

hahahaha

=MatBURN=

apek berkata...

cilakak.. den raso nak padam jo ulasan ekau ni..

norazmi tu sultan beberapa lapis selapas parameswara.. tiada dalam lipatan sejarah. Maka saya perlukan masa utk kajian.

Umar Al Khattab berkata...

beragak sikit kalau nk cerita pasal sejarah, selamba hadap je pakai2 nama sultan permainkan itu ini..

apek berkata...

bila masa aku permainkan nama sultan? Jalan cerita aku amik daripada buku sejarah PERZIM bertajuk 'Melaka seen through pictures and dioramas'. Aku olah supaya jadi menarik. Kau tunjukan aku nama sultan yang aku permainkan???? Kalau setakat kat komen aku tu ko kata permainkan nama sultan.. alahai aku boleh bayang tahap pemikiran ko ni.. Maafkan aku kalau ko terasa. Tapi nak komen atau beri pandangan atau perbetulkan kesilapan aku.. aku sangat alu-alukan. Insha Allah aku perbaiki mana yang silap.. tapi bagilah komen membina atau berfakta sikit bro.

AKu cuba masuk blog ko tapi ko tak tulis lagi rupanya.. kosong. iklan je.. its ok.. selamat mula menulis bro.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com