Lama plak aku tak ceritera pasal Sejarah Melaka.. meh kita zoommmm...
Bila baca cerita pasal Mesir, Syria, Iraq dll maka terimbas kita tentang pemberontakan.
Kisah dibawah ini bukan kisah 100% benar dan ianya disesuaikan dengan humor agar anak muda tak rasa menyampah dengan sejarah. Ia juga tiada kaitan dengan sesiapa atau apapun kecuali lipatan sejarah semata-mata.
Mengikut kisah, pemberontakan pertama di Melaka ialah ketika zaman Raja Ibrahim yang bergelar Parameswara Dewa Syah. Sapa Raja Ibrahim?? Baginda anak kepada Sultan Muhammad Syah (1424 - 1444) dan bondanya iaitu Puteri Rokan. Baginda mempunyai abang ibu lain iaitu Raja Kassim di mana ibunya ialah Tun Wati anak Mani Purindan. Orang Kebanyakan. Pehh pening... Faham? Tak faham lantak la... aku nak citer pasal pemberontakan bukannya salasilah.. Itu lain kali aku citer.
Walaupun dari segi senioriti Raja Kassim patut take over tahta Melaka, namun disebabkan campur tangan bapa saudaranya Raja Rokan, Raja Kassim telah diusir dengan alasan ibunya orang kebanyakan.Hakikatnya ramai pembesar kureng dengan pemerintahan Raja Ibrahim yang dianggap boneka kepada Sultan Rokan, namun pembesar masih bersabar disebabkan umur muda Raja Ibrahim.
Raja Kassim pun keluarlah dari Istana duduk di perkampungan nelayan bernama Umbai (yang ni aku belasah je). Di perkampungan nelayan itu berjumpalah Raja Kassim dengan Maulana Jalalludin yang tiada kaitannya dengan Jalalludin Hassan.
Lama jugak Raja Kassim termenung kat jeti sambil tengok ikan belacak ternguit-nguit kat lumpur. Sekali tengok dah macam adik dia jer.. sakiittt je hati. Tun Ali iaitu bapa saudara Raja Kassim merangkap Penghulu Bendahari tengok pun sedih je..
"Hari-hari termenung kesian plak aku tengoknya maulana" kata Tun Ali kepada Maulana
"Iyolah.. dah hitam dah kulit dio asyik berjomur jer" Balas Maulana
"Apa kata kita ramai-ramai anjurkan demonstrasi bersih 1.0001 nak tak?" Kata Tun Ali lagi
"Gilo ko nak buek demontrasi.. Kang MRU (Melaka Reserved Unit) sembor air, kocut tolo den" Kata Maulana.
"Ye tak ye jugak.. Kalau begitu kita serang jelah Istana.. nanti aku kawtim dengan pembesar lain" Cadang Tun Ali.
"Itu den sotuju!! sobab MRU tak sompat laei nak nimba air kat parit nuu.." Panjang muncung Maulana.
Maka merekapun buatlah analisis SWOT bagi menjayakan rancangan tersebut. Hampir semua pembesar bersetuju dengan rancangan Tun Ali termasuklah Bendahara Seri Wak Raja yang memang berbulu je dengan tindak tanduk Raja Rokan ibarat bersultan di mata beraja di hati.
Malam yang dinantikan tiba, mereka terus masuk ke Istana dan bertempur. Tentera Melaka yang melihat Bendahara Seri Wak Raja memainkan peranan telahpun berpihak kepada Bendahara. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Melaka vs Tentera Raja Rokan. Setelah 7 jam bertempur termasuk tolak solat Jumaat dan buang air kecil serta besar, maka berlakulah peristiwa di mana Raja Rokan ingin melindungi (memeluk) Raja Ibrahim tertusuk kerisnya ke perut Raja Ibrahim. Lepas tu Raja Rokan juga dibunuh oleh tentera Melaka.
Parameswara Dewa Syah ataupun Raja Ibrahim pun mangkat dan dimakamkan dengan gelaran Abu Syahid, dimana pemerintahannya hanya sekitar 17 bulan sahaja.
Setelah itu tertaballah Raja Kassim dan digelar Sultan Muzaffar Syah.
0 comments:
Catat Ulasan