Sambungan isu sekolah mengandung..
Sebenarnya citer ni dah seminggu tapi atas sebab kesibukan aku hanya dapat update hari ini. Sekolah pelajar Hamil atau lebih dikenali sebagai sekolah harapan dijadualkan beroperasi pada 16 September 2010. Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukan sebanyak RM500,000 dan sebuah bangunan milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin. Peruntukan tersebut meliputi urusan tempat tinggal, makan minum, elaun staf dan kos rawatan bersalin.
(Fuh yooo semua free laa...)
Setakat ni dah 3 remaja telah mendaftar. Sekolah ni bakal bawah selia MAIM dan staf masih dicari seperti warden, kaunselor dan guru. Kalau ada sesiapa berminat cuba hubungi MAIM.
Pendirian Tok Ali walaupun seorang sekolah ni tetap akan dibuka. Kecuali tiada orang kot.
Bagi remaja diluar negeri Melaka juga dibuka dengan syarat menetap di Melaka. Yelah semua tanggung mestilah utamakan rakyat Melaka dahulu.
Komen aku... walaupun ramai pihak mengutuk usaha ini dengan pelbagai andaian termasuk dikatakan menggalakkan maksiat.. meh aku nak cuba bincang sket.
1) Kalau sekolah tu tak bukak, maksiat dah berkurangan ker?? atau yang mengutuk tu dah berjaya buat sesuatu menangani maksiat?? Nak berkempen lagi?? meh sini kau try kempen, kalau tak kena gelak dengan remaja-remaja ni dah kira cukup baik.
2) Kalau sekolah tu tak bukak, budak tiga orang tu kauorang nak suruh duk umah je ke?? lepas tu kena hina dengan jiran.. pastu lahir kat dalam jamban.. lepas tu campak kat tong sampah??? Lepas tu kauorang kutuk.. cakap mengalahkan sasterawan. Sekarang ni diaorang masuk Sekolah Harapan dah tentu nasib bayi dan ibu kanak-kanak tu terjamin. Ditanggung lagi!. Memang mak dan bapak dia tu dah berdosa..berzina.. yang kauorang warak.. suci.. sufi tu.. buat apa??? Mengutuk jelah yang pandai. (maaf teremosi sikit)
3) Dalam diaorang bersekolah tu.. kan MAIM yang kawal.. boleh la sikit-sikit tarbiah dan kauseling dalam proses sebelum bersalin. Mudah-mudahan budak-budak tu insaf dan bertaubat. Silap gaya diaorang masuk syurga sebab dah bertaubat, kita masuk neraka sebab mengumpat. Kalau biarkan diluar sah-sah la.. terbiar budak ni. Nak suruh mak bapak bagi kauseling atau tarbiah?? peh! takde harapan.
4) Ingat!!! isu ni nak menangani gejala buang bayi... iaitu gejala yang kauorang pandai berpidato masa membaca.. siap geleng-geleng kepala lagi sambil terketik2 kaki. ceiitt!! Dengan cara ni aku confirm remaja masuk Sekolah Harapan dapat lahirkan bayi dengan selamat dan secara tak langsung mentarbiahkan remaja ni.
5) Perkara yang penting jugak adalah kita bagi peluang kat budak tu untuk berjaya dalam pelajaran / tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dah dia buat keputusan salah sebelum ni.. bagi la peluang untuk berjaya dalam hidup.
6) Kalau kauorang lebih bijak daripada idea ni dengan idea lebih bagus.. apakata utarakan.. Kalau setakat bercakap! Budak tadika 5 tahun lagi pandai.. tapi tang buat haprak!!
At least kita cuba... kalau berjaya alhamdulillah... kalau gagal kita fikir lagi. Mentol kita tupun bukan uji 10-20 kali baru menyala.. Semoga Malaysia lebih makmur.

2 comments:
tapi bila buka sek tu mcm mgalak kn coz dah sediakan solution utk org2 cm tu...dr wat sekolah tu better pk solution kes2 camtu...
farhana.. kalau tak bukak sekolah tu tetap ada jugak. Saya yakin setiap jam ada org buat maksiat kat Malaysia ni.. dari remaja sampai tua bangka.
Sebenarnya bergantung pada niat.. Niat Kerajaan Negeri Melaka nak cegah bayi mati dibuang tu (fokus tu dulu) dan heret mereka yang terjerumus kembali ke pangkal jalan.
Tentang solution nak kasi budak2 ni tak berzina.. mungkin kena pikir cara lain plak. Kalau ikut pandangan peribadi saya.. sebat je hadapan khalayak ramai. Jadikan pengajaran
Catat Ulasan