Ini yang aku citer kat Melaka.. Belum lagi citer kat satu Malaysia... kalau citer mengenai kat satu dunia.. Ya Allah... apa nak jadi..
Kepada remaja yang dah terlanjur tu aku nasihatkan.. cukuplah setakat kauorang jadi bangang sebab keterlanjuran kauorang tu.. jangan la sampai jadi tahap syaitan dan binatang sanggup buang darah daging sendiri.. Kalau kauorang ditempat bayi tu apa perasaan kauorang? Tapi bagi bayi yang tak berdosa tu.. syurgalah tempatnya dan kalian pembuat dosa.. NERAKA JAHANAM la terperosok di sana.
Aku setuju sangat hasrat Kerajaan Malaysia meminda akta agar pembuangan bayi ni dijadikan sepertimana akta pembunuhan dan hukuman perlu dilakukan kepada kedua-dua pihak iaitu jantan dan betina.
Maaf pepagi ramadhan ni aku teremosi dengan kisah dari harian metro di bawah:
2010/08/18
MELAKA: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.
Beliau berkata, pada jam 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak.
"Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya ke dalam tong sampah di kawasan wad kecemasan," katanya.
"Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada jam 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lalu, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini.-Bernama
0 comments:
Catat Ulasan