Happy Belated Teacher's Day.
Selamat Hari Guru walaupun lewat. Sememangnya aku sangat menyanjungi seseorang yang aku gelar guru. Tambahan pula, 3 daripada 6 adik beradik aku merupakan guru manakala 2 kakak ipar aku pula guru. Jadinya 5 daripada 6 keluarga adik beradik aku menerima rezeki sebagai seorang guru. Kecuali aku seorang. Hehehe
Imbas kembali kenangan zaman aku persekolahan di tahun 90an. Banyak jugak kenangan lucu gelagat seorang guru dengan hukumannya. Antaranya
Masa tingkatan 2, kelas aku di tingkat 3 berhadapan padang sekolah. nun selepas padang sekolah deretan pokok kelapa sawit. Ntah apa kesalahan kami satu kelas.. Cikgu Mat Kalip (nama sebenar) iaitu Cikgu Seni suruh kami lari dari kelas ke pokok kelapa sawit nun sana dan ambil sehelai daun kelapa sawit dalam masa 3 minit. Kalau lebih pergi sekali lagi.. amik lagi selai. Pergh giler.. dengan satu sergahan.. terbas semua lari dah macam anak itik kena sergah Pak Mat Mudim.Belarilah kami semua pergi turun tingkat satu.. dan terkedek-kedek tengah padang lelaki dan wanita berlari nak dapatkan daun kelapa sawit. Member sebelah aku berlari bagai nak rak.. Dalam hati aku tokleh jadi ni.. kang kalau aku lambat habis plak daun kelapa sawit... Bila tiba kat pokok kelapa sawit... semua jadi bengong sebab tak tahu nak putuskan daun tu.. pisau pun takde.. ceh kejadah sungguh. Dengan berkat kesungguhan, akhir boleh plak budak-budak ni dapatkan.. tapi masa memang dah lebih laa... Akhirnya sekembali ke kelas dengan oksigen yang tak berapa cukup.. Cikgu Mat Kalip suruh bertenang dan berkata.. hari ini saya ingin mengajar membuat ketupat. Ceh!! hawau nye cikgu.
Cikgu ni jugak suka rendam budak-budak nakal dalam kolam sekolah sehingga waktu rehat. Kalau sekarang buat macam tu, mau dah masuk balai kot. Nampak gaya memang budak-budak dulu lagi keras hati.. Tak berani nak ngadu dengan mak bapak.. mau dapat pelempang lagi kot.
Kemudian di tahun yang sama ada Cikgu bernama Zainuddin yang mengajar Bahasa Melayu. Hukumannya terbahagi kepada tiga dan kita boleh pilih.
1) Cari 20 duri semalu lengkap dengan akar, daun dan batang
2) Cari 50 helai plastik gula-gula
3) Bawakan sehelai daun duri semalu tapi tidak kuncup.
Selalunya budak-budak perempuan pilih no 2 dan budak lelaki pilih no. 1. No 3 aku pernah try tapi tak pernah berjaya. Patutlah mintak satu je. ceiittt!!!
Bab rotan ni mungkin pilihan terakhir cikgu-cikgu aku ketika tu terutama dah tingkatan 4 ke atas. Tambahan pula aku berada di Kelas 5 Sains dan satu-satunya kelas sains dalam sekolah tu. Seingat aku masa tingkatan 5 ada sekali aku kena rotan dengan guru kelas aku. Oleh kerana aku dalam kelas sains, maka kelas aku berhadapan makmal sekolah.Bila cikgu kelas aku sedang mengajar di makmal.. dia ternampak aku dan Azdy sedang bermain pedang (pembaris kuning). Kemudian dia datang dengan sebilah pembaris kuning makmal.
Dia panggil dan tanya.. "Kauorang main apa?"
Kami jawab " Main Thundercat dengan Mambra"
Dia tanya " Sapa Thundercat? sapa Mambra?"
Aku jawab "Azdy Thundercats. Saya Mambra"
Lepas tu dia bagitau "Hah!! ni Jaguar datang!"
Kena sebat kat betis sorang sekali.
Ceh!! sekali bapak Thunder Cat datang. bisik hatiku...
Kali terakhir aku kena hukum masa tingkatan 6 bawah. Cikgu Musalmah mengajar BM 1 suruh aku dan Mat Dat (nama manja) diri atas kerusi tapi sebab dah tingkatan 6, kita orang diri je tepi kerusi. Itu menaikkan kemarahan Cikgu Musalmah yang memaksa kitaorang berdiri sepanjang tempoh 2 sesi pembelajaran. Cilakak Cikgu ni.. Lepas tu aku bertekad untuk buktikan kat Cikgu tu aku boleh berjaya dalam Kertas BM 1 tersebut. Alhamdulillah.. keputusan STPM aku berjaya dapat A1 dalam Kertas BM 1 tersebut. Aku jumpa cikgu tu semula dan ucapkan terima kasih sebab didik aku.
Kalau ingat-ingat banyak sungguh jasa guru-guru aku mendidik dan bersabar dengan kerenah murid-murid macam aku demi mendidik menjadi insan berguna. Tanpa didikan dan hukuman sewajarnya aku rasa aku tak capai hidup seperti sekarang.
Kepada pelajar sekarang kalau setakat cikgu hukum dengan hukuman yang difikirkan tidak melampaui batas.. maka terimalah dan jadikan teladan untuk lebih berjaya. Kalau setakat kena sedas kat tangan dah report polis.. aku harap kauorang fikirkan semula kesalahan diri sendiri untuk masa depan.
Jadi.. aku ingin ucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia terutama yang pernah mendidik aku.
Toh Cheh Sifu!!!!
0 comments:
Catat Ulasan