Rabu, 15 Jun 2011

Lima Kawasan Putih Melaka


Tajuk macam baru lepas komunis tawan Melaka je..

Sebenarnya itulah di mana lima kawasan yang menjadi kawasan larangan merokok mulai hari ini iaitu 15 Jun 2011.

Kawasan tersebut adalah:

  1. Kawasan warisan di sekitar Bandar Hilir
  2. Melaka Raya
  3. MITC, Ayer Keroh
  4. Pusat Bandar Alor Gajah
  5. Pusat Bandar Jasin
Sekiranya kauorang engkar, tolong sediakan RM300 yang bakal disaman oleh Inspektor Shaab kesihatan negeri atau Penguatkuasa MBMB/MPHTJ/MPAG/MPJ. Itu kompaun lazim.. maksimum boleh kena RM5,000

Jangan masa dah kena saman, buat-buat muka blurr.. konon-konon pelancong ye.

Kalau buat derk jer macam kawan aku si budak Serkam Timur tu tak bayar parking Majlis camne plak???

Kalau kauorang tak bayar, tak boleh kuar pintu negeri Melaka ni (ini andaian tak munasabah aku jer... )

Rasanya diaorang hantar saman menerusi alamat ic tersebut kot. Kalau still buat derk.. lagi panjang kot isu. Yelah saman parking RM30, tak berbaloi keluar waran tangkap.. tapi kalau RM300 - RM5000 memang berbaloi macam saman polis tu.

Langkah ini disokong penuh hampir 95% wanita. Bersorak sakan diaorang...
Yang lelaki-lelaki macho.. terkebil-kebil macam ikan pirana hilang gigi.

Sebenarnya perwartaan ini dah pun dibuat oleh Kerajaan Persekutuan apabila sebanyak 21 tempat awam seperti hospital, pusat hiburan, IPT dan restoran dilarang merokok. Hasilnya... haram. Kat hospital sambil nak tunggu periksa paru-paru pun sempat hisap rokok lagi.

Jadi harap Kerajaan Negeri Melaka bersungguh-sungguhlah melaksanakannya dan yang penting ada penguatkuasa buat kerja. Tapi janganlah pulak penguatkuasa pun hisap rokok sambil tunggu nak saman orang.. memang wajar kita ramai-ramai angkat itu penguatkuasa kasi campak dalam sungai Melaka. Ada hati nak saman perokok plak sedangkan diri sendiri merokok. Kalau kauorang dapat amik gambar penguatkuasa merokok di kawasan terbabit, sila bagi aku.. boleh aku uploadkan kat sini.

Tapi aku yakin Penguatkuasa boleh buat kerja ni dengan penuh integriti. Rakyat Malaysia ni setakat slogan jer tak berapa jalan... kena bertindak baru boleh datang hasil. Kauorang letaklah kat kotak rokok tu gambar apapun.. dia boleh anggap gambar tu gambar mickey mouse je. Harga sekarang RM10 pun masih murah berbanding minyak petrol katanya.

Kepada perokok.. tepuk dada tanya selera untung ruginya merokok.

p/s: akupun pernah merasai nikmat yang tak berapa nikmat merokok ni... kini hidup tanpa rokok lagi nikmat rupanya. Tak caya.. cuba try test

2 comments:

lilymokhris berkata...

abis la buku saman..tak cukup muka surat..tp bagus gak..sedut udara nyaman

apek berkata...

hahahaha.. takut buku je abis.. duit tak masukpun.. diaorang lari ke Negeri Sembilan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com