Semalam aku berjalan di salah satu Bazaar Ramadhan di Melaka ni.. satu fenomena yang mengurangkan pahala puasa bagi mereka yang berpuasa rupanya sangat dekat dengan kita iaitu membuka aurat.
Sama-sama beli juadah berbuka plak tu.. mungkin dia berpuasa.. Alhamdulillah... tapi alangkah indahnya jika dia berpuasa + menurut kewajipan-kewajipan yang lain. Dia buka aurat satu.. yang lalu lintas ni menengokpun tak pasal-pasal tinggal 20sen je pahala. Nasib baik Rasulullah bersabda lihat kali pertama itu dimaafkan.
Hey sedara dan sedari menutup aurat tu bukannya sunat tapi wajib sewajib kauorang berpuasa tu dan sewajib kauorang bersolat tu.
Aku bukan cakap pasal pompuan jer.. lelakipun sama.. pakai 'boxer pants' pergi bazaar ramadhan perghh.. kira macam lelaki termacho..
Rasanya.. tak payahlah diberitahu mana aurat lelaki dan perempuan.. aku yakin ramai umat Islam di negara ini tahu lingkungan aurat masing-masing. Aku nak letak gambar dedah aurat kang buatnya kurang puasa kauorang dengan aku sekali..
Walau bagaimanapun bila ada yang bersuara macam ni... yang biasa aku dengar adalah alasan.. alah yang berpakaian penuh tu belum tentu baik dan yang terdedah aurat ni belum tentu jahat. Betul!! aku sokong kenyataan itu 120%.. tapi aku bukan bicara pasal baik atau jahat. Ini bicara pasal itu suruhan Allah.. kalau dah pasti diri tu baik.. Alhamdulillah... teruskan dan sempurnakan dengan kewajipan-kewajipan yang Allah turunkan. InsyaAllah semoga dapat balasan yang baik di dunia dan akhirat.
Selepas sahur pagi tadi tengok citer "Maut" lakonan Que Haidar.. Perghh sentap jugak naluri ni.. Takut bila bayangkan semasa dikapankan terlintas segala dosa yang lalu... Nak bertaubatpun dah tak sempat. Percayalah 'perjalanan' kita dah tak jauh.. mungkin hari ini, esok atau bila-bila masa sahaja Allah boleh panggil kita semula. Malang sungguh bila masa kita dipanggil, kita bukan dikalangan orang beriman. Memang.. sekarang kita rasa tak kisah... kadang-kadang ada pulak yang berkata "biarlah.. aku memang ahli neraka. kau apa susah?" Perghh sombong dan angkuhnya.. Ingatlah kengkawan.. azab Allah sangat pedih bagi mereka yang kufur.
Bagi seorang suami, ayah, abang, atau adik jangan fikir bila kau alim tahap gaban tapi keluarga kauorang tidak diperbetulkan.. kauorang akan selamat seorang. Sewajarnya peranan kalian terhadap tanggungan kalian akan dipertanggungjawabkan kelak. Tegurlah dengan ikhlas dan berhemah... kerana teguran yang lembut adalah yang terbaik. Cari kaedah yang paling tepat dan berkesan. Kat sini aku rasa kaedah kekerasan tidaklah sesuai.. memandangkan wanita itu dibuat daripada tulang rusuk yang bengkok.. kalau digunakan kekerasan bimbang nanti terpatah pulak dia...
Oklah... aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan coretan aku ni.. aku bukannya baikpun tapi niat aku cuma ingin menyampaikan sesuatu yang benar dan semoga semua pembaca blog ni mendapat rahmat dan dilindungi Allah s.w.t. selalu. Amin.
2 comments:
yang benar perlu disampaikan, yang salah perlu dibetulkan..insyaAllah.
betul tu ain. sokong 150%
Catat Ulasan