Isnin, 20 September 2010

Sekolah Ibu Mengandung Mula Sesi Pembelajaran

Banyak kali dah aku citer pasal isu ni. Akhirnya ia telahpun dibuka pada 17 September 2010 memandangkan 16 September 2010 hari cuti umum. Sebanyak 40 tempat kosong disediakan.
Walaupun banyak reaksi negatif dan tak kurang jugak yang positif menyerang gegendang telinga aku ni... tapi aku masih seperti dahulu. Menyokong atas dasar objektif utama penubuhannya iaitu mengelakkan gejala buang bayi.

Isu ini mendapat tentangan negatif atas pelbagai faktor, namun yang paling utama di perkatakan adalah.. kebimbangan ibu bapa bahawa dengan tubuhnya sekolah ini banyak maksiat akan berlaku. Kalau menyentuh isu ini aku nak bagi pandangan bahawa sekarangpun memang maksiat banyak berlaku dan kadang-kadang mak bapak pun tak perasan anaknya buat begitu. Bagi mengatasi masalah ini mungkin jalan penyelsaian lain prlu diambil seperti undang-undang dan hukuman yang berat.

Tapi bukannya disebabkan wujud sekolah harapan. Aku tak fikir remaja yang berzina akan berpandangan tak kisah mengandung sebab ada sekolah! Gile! kalau kauorang jadi remajapun.. kauorang nak sedap jer.. tapi bab mengandung mesti tak mahu sebab rahsia bakal terbongkar!!! Yang mengandung tu memang dah hajat dari awal nak berzina tapi dasar bangang tersasul sampai mengandung. Kalau fikirkan dalam-dalam.. mustahil seorang remaja akan berkata "jom kita main sampai mengandung.. nanti boleh masuk sekolah harapan." itu kata-kata seorang remaja yang mak bapak dia tak kisah hidup mati anak kot... di mana anak rasa kalau mengandung depan mak bapakpun, mak bapak tak amik peduli. Lagipun diaorang masuk sekolah ni tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah (Seksyen 54 Hamil Luar Nikah) & Juvana. So, ada ke remaja sesuka hati nak masuk sekolah ni kalau takde rasa insaf???
Come on la banyak giler lagi faktor penyumbang maksiat dalam dunia yang tanpa sempadan ini.

Anyway.. Hari ini dah mula pembelajaran dan seramai lima orang dah daftar masuk. Empat pelajar tingkatan 5 dari Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka. Manakala seorang pelajar daripada Rompin, Pahang. Kesemua mereka didaftarkan oleh keluarga masing-masing.

Bayangkan kesukaran mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tu... Bagilah peluang wey.. mana tahu mereka sebenarnya dah bertaubat. sah-sah masuk syurga... kita ni yang mengeji.. silap gaya boleh masuk neraka.

Walau bagaimanapun, disebabkan mereka semua ini tertakluk bawah juvana maka identiti mereka dirahsiakan..

Ada orang politik cakap bahawa Tok Ali berani mempertaruhkan kariernya atas Sekolah Harapan ini. Mungkin kot.. tapi bagi aku semua bergantung nawaitu.. kalau Tok Ali betul-betul berniat nak hapuskan gejala bayi terbuang.. Alhamdulillah.. tapi kalau Tok Ali ada agenda politik wallahualam... Aku fikir positif jerr.. abis citer

3 comments:

novanexus berkata...

bagus.. sekurang-kurangnya ada yg prihatin dan masa depan mereka tidak gelap

SyedaFauzi berkata...

Bukan mudah membuat perubahan, tp yg menunding jari dan yg hanya tau bercakap tu, apa sumbagan diorang utk mengatasi masalah remaja mengandung dan pembuangan bayi?
Biarlah org kata Tok Ali ada agenda politik pun, janji apa yg dibuat ni membawa manfaat yg besar pada masyarakat.

apek berkata...

isu ni dah tak ramai yang ingin perkatakan lagi.. mungkin dah sedar kot.

Sekolah ni terus berjalan.. kebaikannya terus wujud.. semua anak gadis yang terlanjur masuk sini, semua selamat melahirkan anak.. bila ditanya kepada ibubapa gadis tu.. semua nak semula anak tersebut. Jadi tiada satupun mati dalam longkang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com