Jumaat, 22 Oktober 2010

Pelancaran Melaka Maju Ada Juga Tak Sedap Didengar

Pada 20 Oktober 2010 telahpun berlaku pelancaran Melaka Maju 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia melalui Video Conference.

Semasa PM Istiharkan beliau menandatangani screen kemudian. konon-konon scroll tu di bawa kepada Stadium Hang Jebat.. terus letupan bunga api seperti dibawah ini. Memang menarik la simbolik itu.





Lebih 50,000 penduduk hadir ke Stadium Hang Jebat dengan pelbagai persembahan yang menarik. Itu semua yang sangat sedap didengar.

Namun dalam kemeriahan itu tidak kurang jugak ada cacat cela.

Sejak jam 5.00 petang kesesakan jalan telah berlaku ke kawasan Stadium Hang Jebat. nasib baik polis trafic banyak membantu.. Tapi yang tak sedap ialah di parking lot. Rakyat Melaka yang kononnya dah maju ni ada jugak segelintir mepunyai minda kelas ketiga. Parking ikut sedap je.. lyang datang 6.30 petang dah termasuk dalam kawasan tu tak boleh bergerak. nak parking pun tak boleh, nak keluar dari kawasan parkingpun tak boleh. Silapnya kat sini ialah Kerajaan Negeri Melaka tak sediakan anggota bertugas seperti RELA. Kalau ada sediakanpun aku boleh kata mereka tiada ditempat sepatutnya. Mungkin ke dalam stadium tunggu cabutan bertuahnya kot.

Lastly.. sebahagian dari pengunjung tak berkesempatan masuk stadium. Hanya tunggu dikenderaan. Jam 12.00 tengah malam semua selesai baru boleh gerak incit-incit. Ada yang hampir 3.00 pagi baru boleh keluar.

Bagi kenderaan ada pelekat VIP nampak macam best je meluncur. Dahlah ada driver.. tak perlu bersesak dan panas hati kat parking lot. Hmm...

Aku harap lain kali Kerajaan Negeri Melaka plan lebih details dalam melaksanakan event besar begini. Nak crowded boleh tapi aturkan dengan terbaik.



3 comments:

Unknown berkata...

masa tu husband i pun stuck nak kuar parking. sana sini kena blok. sampai rumah dekat 1 pagi jugak la

MASNIEZA SHAHIDA MUSTAPAH berkata...

org melaka mmg sporting..nk2 bila ada cabutan bertuah..sure ramai gile dtg..time event tu mmg saya da sediakan rela..tp rela hanya cover kawasan dalam stadium+tempat penonton+kawasan vip..yg sepatutnya jaga traffic adalah polis..tp tu la..parent sy pun stuck 3jam kat depan tesco cheng..

apek berkata...

oooo mas orang Stadium ek?? so, lain kali harap dapat perbaiki masalah ni ek?? kami org-org awam memang menyokong hasrat Tok Ali tapi kenalah pastikan kelemahan-kelemahan kecil ini di atasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com