Selasa, 19 Oktober 2010

Melaka Cuti Hari Khamis Ini?

Hari ini kecoh satu Melaka pasal pengumuman cuti sempena Melaka Maju. Jom tinjau berita dalam akhbar berita harian

2010/10/19 : BERITA HARIAN

MELAKA: Rakyat negeri ini mungkin mendapat cuti khas Khamis ini, sempena kejayaan Melaka mendapat status negeri maju menerusi wawasan Melaka Maju 2010 yang bakal diisytiharkan Datuk Seri Najib Razak di Stadium Hang Jebat, pada malam esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membayangkannya berkata, cadangan berkenaan dibangkitkan baru-baru ini, bagi menghargai sokongan padu rakyat kepada kerajaan dalam menjayakan wawasan itu sepanjang 10 tahun lalu.

“Cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO dan keputusannya hanya diumumkan pada malam pengisytiharan Melaka Maju 2010 nanti,” katanya selepas meninjau persiapan sambutan pengisytiharan itu di Stadium Hang Jebat, petang semalam.


Ok sedutan berita di atas mengatakan malam 20 Oktober 2010 akan diumumkan. So, pastikan rakyat Melaka menonton agar esok tak le kau sorang-sorang datang pejabat.

Dan jangan pandai-pandai buat rumusan dah cuti. Kang buatnya kau sorang je yang cuti.. lagi haru.


*** cuti dah umum

2 comments:

novanexus berkata...

syabas Melaka sudah maju..boleh aku naik kereta laju (Bullet Train) dari KL ke Melaka..

apek berkata...

Maju bukan bererti ada bullet train helmie. Cuba tgk Luxembourg.. tlh digelar jugak negara maju.

Walau bagaimanapun memang syabas kepada Melaka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com