Hari ni masuk hari ketiga Melaka dilanda jerebu. Waktu pagi tadi, bukak je sliding door, berbau seperti asap. Jarak penglihatan semalam akhbar melaporkan setakat 5 km jer. (normal 10 km). Ealau bagaimanapun Jabatan Alam Sekitar negeri mengatakan keadaan ini diperingkat sederhana.
Ramai beranggapan ini terjadi akibat pembakaran di Kalimantan tapi dilaporkan kejadian jerebu ni hanya melibatkan pantai barat iaitu Melaka, Batu Pahat, Senai, Prai dan Butterworth
Ekoran ini, ramailah penduduk mulai sakit tekak dan tak selesa pada mata. Haii.. Melaka baru nak melangkah ke konsep Negeri Hijau.. dah ada pencemaran.
So, langkah mudah untuk menanganinya,
1) Kurangkan aktiviti keluar rumah
2) Banyakkan Minum Air Masak Sejuk
Harap-harap hujanlah dalam masa terdekat ini.. sebab dengan hujan boleh jugak mengurangkan keadaan buruk ini.
Perkembangan terbaru sini
4 comments:
apa maksud konsep negeri hijau?
Pada pandangan orang pendidikan rendah macam aku ni...
Konsep Negeri Hijau tu ada 2 makna. Pertama menghijaukan negeri dengan pelbagai tumbuhan
dan kedua mempopular dan menggunapakai teknologi-teknologi terkini dalam menjaga alam sekitar. contohnya cari alternatif untuk kurangkan penggunaan plastik, kaji penggunaan solar, penjimatan elektrik dan pelbagai lagi. Kalau salah mungkin encik helmie boleh betulkan
padan ler sejak aku balik semalam dok sakit tekak jer... makin teruk jerebu ni hari ni...
yup. tengahari ni makin teruk jerebu. Aku rasa tahap penglihatan tak sampai 2 km kot
Catat Ulasan