Sebelum ni aku ada citer pasal Melaka telah ada monorail. Walaupun sebelum ni ada masalah tentang monorail itu, 20 Oktober 2010 lalu monorail itu telahpun dilancarkan.
Monorail yang mampu memuatkan 22 penumpang dalam satu masa itu dibina dengan kos RM15.9 juta. Monorail ini menyusuri sungai melaka sejauh 1.6 km dari taman rempah ke Jalan Bunga Raya.
Peta di atas lebih kuranglah jaraknya tu. Oleh itu buat masa ini aku anggap bahawa sistem monorail itu bukanlah pengangkutan awam tetapi lebih kepada produk pelancongan iaitu ingin melihat sepanjang Sungai Melaka menerusi monorail.
Perjalanan mengambil masa 30 minit bermula 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Namun, semalam keluar citer hampeh.. Monorail ini terhenti ditengah jalan kerana masalah teknikal hingga menyebabkan jentera skylift digunakan untuk menurunkan penumpang yang tersangkut lebih kurang 15 minit. Ni yang buat aku kurang teruja nak test ni.
Ceiittt..

2 comments:
nak test la bila free. tapi dgr cite u mcm takut je terberenti tgh jalan kang
hahahaha.. alah kalau dia berenti dapat naik skylift free. hahaha.
tapi semalam jam 6.00 ptg masalah itu dah dapat di atasi
Catat Ulasan