Jumaat, 29 Oktober 2010
Pengajaran Kepada Orang Tunjuk Kuat
Walaupun mamat tersebut minta haknya sendiri tapi tak pasal-pasal dah rugi RM2,300 lepas tu kena penjara plak lagi. Kena ingat kita hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang.
Jesteru itu, baiklah ikut syariat Islam.. sabar itu banyak faedahnya... dan tak yahlah tunjuk samseng.. esok kat akhirat akan menyembah minta tolong jugak.
Jom baca berita berkenaan
.
Khamis, 28 Oktober 2010
Karnival Barangan Buatan Malaysia 2010
Sebenarnya kempen ini dah lama sangat dah.. sejak zaman Tun M lagi dan apa yang dilakukan ini memang bertepatan dalam membangunkan ekonomi negara. kalau kita lihat Korea Selatan, rakyatnya memang sangat patriotik dan mengutamakan barangan sendiri berbanding barangan import.
Bagi aku, aku akan beli barangan buatan Malaysia kalau ia meyakinkan seperti kualiti, namun dari segi barang makanan memang menjadi keutamaan sebab lebih rasa selamat.
Aku rasa rakyat Malaysia pasti akan menyokong barangan buatan Malaysia asalkan ia berkualiti dengan harga berpatutan. Jadi, kepada pengusaha barangan buatan Malaysia pastikan produk anda berkualiti dan aku yakin satu hari nanti produk kauorang bukan sahaja digunapakai oleh orang Malaysia malah menjadi kebanggaan sebagai produk import di luar negara.
Walau bagaimanapun, karnival ni apa salah kita pergi jengah.. mana tahu terjumpa produk yang menepati citarasa kita. Amacam?
Rabu, 27 Oktober 2010
Pertandingan Rekabentuk Kasut Sukan 2010
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS Seluruh Malaysia. Banyak juga syarat yang perlu dipenuhi. Namun hadiahnya pertama RM3,000; kedua RM2,000; ketiga RM1,000 dan 6 saguhati RM200.
Tarikh Tutup 12 November 2010 bagi pusingan pertama.
Dapat saguhatipun sapa nak bagi wey??
Kalau sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 06-2320606.
Borang dan syarat penuh pertandingan pasal pusingan pertama dan kedua tu.. klik kat SINI
Nombor Telefon Jabatan Kerajaan Negeri Melaka
Dengan No. ni kauorang boleh telefon dan minta disambungkan atau mendapatkan talian untuk pejabat tetentu. Telefonis mereka ni nampak berbudi.. kalau kauorang rasa kurang ajar amik je nama dia dan laporkan je ke Jabatan Ketua Menteri Melaka. Biar dia rasa... keje memain.
Selasa, 26 Oktober 2010
Sate Ikan Melaka
Pengusahanya Hazlinda Hussain, 38 memperkenalkan sate ikan ini dengan bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menggunakan ikan air tawar seperti ikan patin. Dengar citer ramai orang yang dah mencuba...
Sejak September 2010 produk ini dipasarkan ke kedai-kedai sate di negeri Melaka dan mungkin produk ini bakal dikeluarkan dalam bentuk sejukbeku. Aku dengar citer kalau kat Batu Berendam ni, kat sebelah Jabatan Perikanan Batu Berendam ada kedai menjualnya.
Kata mereka yang mencuba.. rupanya macam ayam tapi rasa macam ikan.
Bagi mereka yang mengidam, carilah kat Jabatan Perikanan Batu Berendam. Ikut peta kat bawah ni... Kalau dari kilang infineon atau NS.. kauorang strait je ke arah LTAM kemudian ikut jalan Batu Berendam lepas tu masuk jalan Mohd Zin tu lepas tu pusing kanan lalu jalan M2 tu.. lepas tu pusing sekali lagi kanan masuk semula jalan Batu Berendam. Kat situ la area jabatan perikanan.. carilah kedai yang jual sate ikan. (Untuk makluman jalan segitiga tu jalan one way. pusing 200 kalipun orang tak marah).
Aku dah cuba?? Maaflah aku belum mengidam lagi nak makan sate ikan tu.. tapi kalau kauorang dah makan.. meh kongsi dengan aku kat sini.
Isnin, 25 Oktober 2010
Buggy Ride Di Taman Botanikal Garden
Maka akupun naiklah Buggy Ride kat Taman Botanikal.
Bagi buggy 1 seat RM10.00 dan bagi 2 seat iaitu satu lagi seat kat belakang RM18. Bagi yang 4 seat dan 6 seat aku tak pastilah pulak. Dengan meninggalkan lesen atau kad pengenalan, aku pilih single seat. Aku amik warna merah (no.6), teman aku amik warna biru (no. 10). Boleh race.
Apa lagi.. start your engine.. dan tarik minyak.....
Gambar rajah pemanduan seperti dibawah. Bulatan warna hijau (kanan gambar) tu tarik... dia ke depan, tolak dia undur. Yang bulatan warna ungu tu pemutar kelajuan. Nak break lepaskan warna hijau tu.
Gambar seterusnya memperlihatkan temanku meninggalkan jauh diri ini. Ceitt.. baru nak bersantai-santai dia press minyak macam kat litar batu tiga.
Kelajuan?? perghh jangan tanya... tergolekpun insyaAllah takde pape.
Maksimun 20km/j.
Jarak litarnya 4km.
Kauorang diberikan tempoh 40 minit untuk kembali ke garisan penamat. atau jika lewat 5 minit RM5 akan dikenakan.
Masa aku dan temanku berjalan santai-santai gitu makan jugak masa 30 minit.
Tu kalau masih tahap datinglah.. kalau dah gerabak punya keluarga.. kat bawah nipun buggy yang kauorang boleh bawa sendiri.
Masa jalan jumpa jugak sekawan monyet.. kalau dia kejar.. aku rasa baik kauorang lari.. yelah 20km/jam baru terkekek-kekek monyet tu ketawa sambil kejar kauorang.
Lalu juga sebelah Melaka Wonderland dan sebelah kampung buku serta Taman Haiwan di Botanikal Garden.
Aku bagi 4 star bagi produk ni.. memang puas hati.. dapat hirup udara segar lagi bersama cik teman.
Kisah Tak Sedap Didengar
25/10/10: Harian Metro
MELAKA: Empat beranak di Kampung Pokok Mangga, di sini, hidup dalam serba daif apabila tinggal di pondok usang akibat dibelenggu kemiskinan.
Junita Jaafar, 30, berkata, pondok berkenaan dibina atas tanah milik ibu mentuanya yang didiami bersama suami, Borhan Ibrahim, 35, dan dua anak perempuan mereka berusia lima dan lapan tahun, sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang, Mohd Zailani Mohd Ali berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada keluarga berkenaan sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, atas arahan Pengerusi Japerun terbabit, Datuk Latiff Tamby Chik, pihaknya membuat permohonan segera kepada Unit Pembangunan Desa (UPD) dalam usaha membantu keluarga terbabit mendapatkan rumah PPRT. Lanjut
Hah! sesiapa yang jaga kawasan itu terutama Sidang, Ketua Kampung, JKKK.. patut bertanggungjawablah sikit pantau sekeliling kampung. Elaun tahun depan dah naik.. takkan tak boleh kerja lebih sikit.
Itu belum lagi kauorang akan diperhitung dan dipersoalkan di hari akhirat nanti?? Kalau rasa tak mampu pikul tanggungjawab eloklah serahkan pada yang lebih mampu. Jadi kepada Ketua Kampung, JKKK atau Sidang tugas kauorang bukan bererti duduk rumah tunggu bapak budak datang minta tandatangan borang pinjaman buku teks je. Sebenarnya elaun tu adalah kauorang jaga kampung tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
Maaf kalau Ketua Kampung, Sidang atau JKKK terasa hati.. aku cuma ingin memberi nasihat je.
Jumaat, 22 Oktober 2010
Pelancaran Melaka Maju Ada Juga Tak Sedap Didengar
Semasa PM Istiharkan beliau menandatangani screen kemudian. konon-konon scroll tu di bawa kepada Stadium Hang Jebat.. terus letupan bunga api seperti dibawah ini. Memang menarik la simbolik itu.
Lebih 50,000 penduduk hadir ke Stadium Hang Jebat dengan pelbagai persembahan yang menarik. Itu semua yang sangat sedap didengar.
Namun dalam kemeriahan itu tidak kurang jugak ada cacat cela.
Sejak jam 5.00 petang kesesakan jalan telah berlaku ke kawasan Stadium Hang Jebat. nasib baik polis trafic banyak membantu.. Tapi yang tak sedap ialah di parking lot. Rakyat Melaka yang kononnya dah maju ni ada jugak segelintir mepunyai minda kelas ketiga. Parking ikut sedap je.. lyang datang 6.30 petang dah termasuk dalam kawasan tu tak boleh bergerak. nak parking pun tak boleh, nak keluar dari kawasan parkingpun tak boleh. Silapnya kat sini ialah Kerajaan Negeri Melaka tak sediakan anggota bertugas seperti RELA. Kalau ada sediakanpun aku boleh kata mereka tiada ditempat sepatutnya. Mungkin ke dalam stadium tunggu cabutan bertuahnya kot.
Lastly.. sebahagian dari pengunjung tak berkesempatan masuk stadium. Hanya tunggu dikenderaan. Jam 12.00 tengah malam semua selesai baru boleh gerak incit-incit. Ada yang hampir 3.00 pagi baru boleh keluar.
Bagi kenderaan ada pelekat VIP nampak macam best je meluncur. Dahlah ada driver.. tak perlu bersesak dan panas hati kat parking lot. Hmm...
Aku harap lain kali Kerajaan Negeri Melaka plan lebih details dalam melaksanakan event besar begini. Nak crowded boleh tapi aturkan dengan terbaik.
Kisah Monorail Melaka
Monorail yang mampu memuatkan 22 penumpang dalam satu masa itu dibina dengan kos RM15.9 juta. Monorail ini menyusuri sungai melaka sejauh 1.6 km dari taman rempah ke Jalan Bunga Raya.
Peta di atas lebih kuranglah jaraknya tu. Oleh itu buat masa ini aku anggap bahawa sistem monorail itu bukanlah pengangkutan awam tetapi lebih kepada produk pelancongan iaitu ingin melihat sepanjang Sungai Melaka menerusi monorail.
Perjalanan mengambil masa 30 minit bermula 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Namun, semalam keluar citer hampeh.. Monorail ini terhenti ditengah jalan kerana masalah teknikal hingga menyebabkan jentera skylift digunakan untuk menurunkan penumpang yang tersangkut lebih kurang 15 minit. Ni yang buat aku kurang teruja nak test ni.
Ceiittt..
Rabu, 20 Oktober 2010
Edisi Teknologi Hijau : Beca Solar dan Kereta Elektrik
Apa itu teknologi hijau??
Teknologi hijau ni lebih kepada teknologi yang menjaga alam sekitar. Semalam Tok Ali lancarkan 2 produk iaitu
1) Beca Tenaga Solar
Beca ni berharga RM4,000 sebuah digunakan sebagai satu daripada produk pelancongan. Mana tahu nak merasa naik beca yang guna tenaga solar. Kalau nak laju naik tengahari panas terik kot. Kalau naik waktu malam mau kauorang kena tolong kayuh sama.
2) Kereta Elektrik
Kereta ni diimport dari China dengan harga RM78,000 sebuah. Kereta yang menggunakan bateri yang boleh dicas ini tahan selama 4 jam sekali guna. Kira pegi KL sampai kot. Ianya akan digunapakai sekitar bangunan pelancongan dan perumahan oleh polis bantuan pelancongan.
Walau bagaimanapun aku rasa kurang setujulah polis pelancongan guna kereta ni. Aku tak tahulah kelajuan dia.. ada orang cakap maksima 80km/j. Kalau 80km/j buatnya ada pencuri mau terkial-kial kereta ni nak kejar. Kalau maklumat ni salah aku tarik balik la rasa kurang setuju tu.
Namun aku sangat menyokong agar semua ketua jabatan negeri dan semua wakil rakyat tak kiralah parti apa.. sama-sama gunakan kereta ni.. barulah mesra alam dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Tanpa petrol lagi murah kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Amacam?? ada berani ke? Kalau berani.. barulah kerajaan Negeri Melaka boleh mendabik dada cerita pasal teknologi hijau dan mengurangkan pencemaran alam. Lepas tu aku yakin, rakyat akan lebih respek pada semua pimpinan Kerajaan negeri.
Cuti dah Diumumkan Oleh Tok Ali
Walau bagaimanapun, bukan itu yang ingin aku citer. Aku nak citer pasal pengumuman cuti esok iaitu 21/10/2010 (Khamis).
Ketika majlis tersebut Tok Ali dahpun umumkan Negeri Melaka akan bercuti umum sebagai tanda penghargaan kepada rakyat sempena Melaka Maju.
Selamat bercuti kepada warga Melaka.
Bacaan Terkini Jerebu Melaka dan Punca Menerusi Satelit
Tapi bila keluar rumah tadi. Wah!!! terasa macam kat cameroon highland waktu dinihari.. cuma yang bezanya.. kat cameroon highland tarik nafas rasa segar dan sejuk masuk ke lobang hidung...
Tapi kat Melaka ni.. rasa asap dan debu plak yang menerjah lobang hidung.
Keadaan semakin buruk. Bacaan Indeks Pencemaran Udara jam 7.00 pagi tadi menunjukkan catatan tertinggi iaitu 106 iaitu di peringkat tidak sihat. Jadual bacaan seperti dibawah:
PSI Value | PSI Descriptor |
0 to 50 | Good |
51 - 100 | Moderate |
101 - 200 | Unhealthy |
201 - 300 | Very unhealthy |
Above 300 | Hazardous |
Ramai yang tertanya-tanya punca jerebu ni...
Setelah aku tilik kat geluk jampi.. maka dapat aku kesan titik panas atau hot spot menerusi satelit cuaca singapura.
Titik-titik merah itu menggambarkan pembakaran sedang berlaku. Gambar di atas ini diambil menerusi satelit cuaca singapura pada 19 Oktober 2010. Nampaknya memang kawasan sumatera yang menjadi punca utama jerebu melanda kawasan pantai barat semenanjung Malaysia. Aku harap mungkin dengan hujan sahaja akan buat keadaan seperti sediakala.
Macam biasa kalau agak jerebu gambar aku tu.. klik je pada gambar tu..
Selasa, 19 Oktober 2010
Jerebu Semakin Mengganas Di Melaka
Oleh sebab jerebu, maka graf aku kat bawah ni pun macam jerebu je kan? Kalau nak jelas.. kauorang klik kat jadual tu.
Penyebab bagi situasi ni.. ada yang kata pembakaran di negara jiran. Walau apapun alsan dua hari lepas dalam perjalanan pulang, aku bertemu dengan 4-5 pembakaran terbuka. Itu yang tepi jalan.. yang dalam-dalam kampung lagi. Jadi, takyahlah marah-marah kat sesiapa.. berdoalah semoga hujan mencurah dan keadaan bertambah baik.
Bagi negeri-negeri lain kaurang boleh lawati website alam sekitar. Di sini aku bagi sekali link untuk semak kawasan lain
http://www.jas.sains.my/apims/lokasi.php
Melaka Cuti Hari Khamis Ini?
2010/10/19 : BERITA HARIAN
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membayangkannya berkata, cadangan berkenaan dibangkitkan baru-baru ini, bagi menghargai sokongan padu rakyat kepada kerajaan dalam menjayakan wawasan itu sepanjang 10 tahun lalu.
“Cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO dan keputusannya hanya diumumkan pada malam pengisytiharan Melaka Maju 2010 nanti,” katanya selepas meninjau persiapan sambutan pengisytiharan itu di Stadium Hang Jebat, petang semalam.
Ok sedutan berita di atas mengatakan malam 20 Oktober 2010 akan diumumkan. So, pastikan rakyat Melaka menonton agar esok tak le kau sorang-sorang datang pejabat.
Dan jangan pandai-pandai buat rumusan dah cuti. Kang buatnya kau sorang je yang cuti.. lagi haru.
*** cuti dah umum
Peta Parking Malam Melaka Maju
Di stadium Hang Jebat disasarkan 50,000 orang akan hadir. Ada plak cabutan bertuah bagi merebut hadiah sebuah rumah berharga RM100,000, Kereta, motosikal, tv LCD dan pelbagai lagi.
Aku tahu ramai yang mula terfikir tentang parking. So, aku difahamkan menerusi MHI terdapat 13 tempat parking yang disediakan. Jom terjah bawah ni
Berdasarkan peta di atas ingin aku ingatkan Lebuh SAS tu dari aras Sg. Udang ke Ayer Keroh akan ditutup. Kauorang terpaksa U-turn. No. 1 - 13 itulah parking yang disediakan.kauorang boleh ikut arrow berwarna ungu atau merah atau hijau tu.
Datang awal la mudah tapi ingat solat maghrib jangan ditinggalkan. maju tu maju jugak agama jangan letak tepi. Kang hancus macam negara barat.
Chow.
Isnin, 18 Oktober 2010
Erti Sebuah Negeri Maju
Jom kita selami secara minda logik betul ke Melaka ni khususnya dan mungkin Malaysia umumnya telahpun maju. Kita tolak tepi 32 indicators yang diterima pakai OECD (Organisation for Economic C0-operation and Development). Kita buat perbandingan hidup sebagai rakyat biasalah ye.
1) Dulu Melaka berapa ramai yang mempunyai kenderaan?? Hari ini hampir setiap rumah mempunyai kenderaan sekurang-kurangnya motorsikal. Pengusaha bas merungut sekang ni sebab orang tak naik bas lagi.
2) Dulu nak kirim duit, kena pergi pejabat pos antara pukul 8.30 pagi - 4.30 petang jer. Berhari-hari orang sana nak tunggu duit tu. Hari ini tengah malam butapun boleh hantar duit on the spot.
3) Orang cakap kita gile kalau nak makan burger pukul 3-4 pagi. Itu belum lagi kau cakap makanan boleh hantar kat rumah, mau sebulan diaorang gelak kat ko. Hari ini ko pergi je kat mana-mana McD (Ayer Keroh dan Kota Mas) yang ada buka 24jam atau telefon la pizza dan McD untuk penghantaran ke rumah.
4) Dulu kalau orang Alor Gajah nak pergi Jasin, mahu mabuk muntah ijau dengan jalan bengkang bengkok tu. Hari ini tak sampai sejam dah tiba. Orang Muar kerja kat Melaka ulang-alik sebab boleh guna lebuhraya AMJ.
5) Dulu nak hubungi sesiapa kena beratur kat publicphone. Kadang2 ada orang bergayut sesukahati dia. Kita nak telefon 2 minit kena tunggu 2 jam. Hari ini budak sekolah rendah pun dah boleh guna telefon. Bayangkan mengikut perangkaan setiap 1,000 orang Melaka ada memiliki 1,393 buah telefon. Maknanya ada orang Melaka yang ada lebih dari 2 dan 3 telefon.
6) Dulu nak buat operation, kira dah boleh la mengucap. Minta maaf apa yang patut. Hari ini dengan kurniaan teknologi dari Allah, insyaAllah kadar operation berjaya berada di tahap amat memuaskan.
7) Dulu masyaAllah nak dapatkan sebaldi air kena pikul kat sungai atau ceduk air perigi, sekang sambil tidorpun boleh dapat air. 100% penduduk Melaka memperolehi air bersih.
8) Dulu kalau ko sebut Internet atau komputer kat mak bapak kauorang, mahu diaorang ingat kau dah kena sampuk, hari ini anak ko dan ko boleh bincang sistem yang terdapat dalam komputer.
9) Dulu kauorang pernah pikir tak boleh naik tempat tinggi tanpa memanjat pokok?? Hari ini kauorang naik Menara taming sari.. 110 meter. Lebih tinggi dari pokok kelapa.
10) Dulu bila malam, segala macam citer hantu akan timbul dalam otak kita. Dahla pakai pelita je.. jelaga pelita boleh buat hitam taik hidung. Nak keluar rumah malam buta??? jangan buat hal. Tapi hari ini tak cukup lampu putih, lampu warna warni kauorang letak kat rumah. Kalau kat bandar Melaka tu macam siang je ko tengok.
Sebenarnya banyak lagi kita telah mencapai kemajuan dari segi fizikal. Kita je kadang-kadang tak perasan atau buat-buat tak perasan sebab rasa bersyukur tak pernah ada dalam diri. Yang kita tahu hanya mengkomplen je. Kalau mengkomplen membina aku respect la jugak.
Tak percaya cuba pandang satu benda disekeliling kauorang sekarang. Fikir tentangnya dahulu dan sekarang. Tanamlah dalam fikiran bahawa memang kita dahpun berada di dunia yang maju. Hampir lengkap segala-galanya. Bersyukurlah kepadaNYA kerana kita terpilih dicampakkan ke keadaan yang ada hari ini.
Sedar la banyak lagi tempat diluar Malaysia ni yang sangat-sangat teruk. Kalau diaorang diberi pilihan tukar kewarganegaraan dengan kauorang sejuta kali diaorang setuju...
Jadi, Tahniah kepada Melaka khususnya dan Malaysia umumnya. Semoga lebih maju jaya.
Jerebu Melanda Melaka
Ramai beranggapan ini terjadi akibat pembakaran di Kalimantan tapi dilaporkan kejadian jerebu ni hanya melibatkan pantai barat iaitu Melaka, Batu Pahat, Senai, Prai dan Butterworth
Ekoran ini, ramailah penduduk mulai sakit tekak dan tak selesa pada mata. Haii.. Melaka baru nak melangkah ke konsep Negeri Hijau.. dah ada pencemaran.
So, langkah mudah untuk menanganinya,
1) Kurangkan aktiviti keluar rumah
2) Banyakkan Minum Air Masak Sejuk
Harap-harap hujanlah dalam masa terdekat ini.. sebab dengan hujan boleh jugak mengurangkan keadaan buruk ini.
Perkembangan terbaru sini
Jumaat, 15 Oktober 2010
Jawatan Kosong Sebelum 22 Okt. 2010
Iklan yang aku amik dari MHI ni memaklumkan terdapat tiga kekosongan.
Kalau rasa layak, bolehlah amik borang kat
Perbadanan Melaka Holdings
10-5, Aras 5, Kota Cemerlang,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
(Waktu pejabat je)
Tarikh tutup 22 Oktober 2010 (Jumaat)
Cepat!!!
Isnin, 11 Oktober 2010
Jawatan Kosong Di Sunpower Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
Diaorang perlukan operatos je 400 orang. Manufacturing Specialist 300 orang. dan jawatan-jawatan technician berpuluh orang. Kalau kauorang inginkan keterangan lanjut cuba hubungi alamat dan no tel di bawah:
Sunpower Manufacturing (M) Sdn. Bhd.
Phase II , Rembia Industrial Area
Mukim Sungai Petai/Rembia
76100 Alor Gajah
Melaka, Malaysia
Tel : ++606 3162800 ext 41605
Fax : ++606 3162811
Mobile : ++019 7778722
Rabu, 6 Oktober 2010
Sejuta Poskad Melaka Maju
Sapa yang terima pastikan ada keratan cabutan bertuah kat bawah tu ye...
Selasa, 5 Oktober 2010
Lesen Memandu Bagi Warga Emas Melaka 2010
JPJ Melaka akan menganjurkan satu program pada 18 - 19 Disember 2010 bagi memudahkan pakcik-pakcik mendapatkan lesen B2 dengan syarat
- berumur 42 tahun dan ke atas
- bagi orang asli berumur 21 tahun dan ke atas.
Memang la lama lagi tapi pendaftarannya kena booking tak lama lagi dah
11 - 15 Oktober 2010 di JPJ Bukit Katil (Waktu pejabat)
16 - 17 Oktober 2010 di Kompleks Rakan Muda Lendu (9 pagi - 1 tengahari)
16 - 17 Oktober 2010 di JPJ cawangan Jasin (9 pagi - 1 tengahari)
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi JPJ Melaka Bahagian Lesen Pemandu di talian 06-2328597
Bas Panorama Melaka Baru Punya
2 hari lepas Panorama Melaka melancarkan 10 bas panorama Melaka yang melibatkan kos RN2.435 juta. Dengan 10 buah bas ni.. jalan yang bakal dilalui adalah:-
MITC - Seri Negeri;
Melaka Sentral - Ayer Keroh - UTeM;
Melaka Sentral - Ujong Pasir
Melaka Sentral - Bukit Rambai;
Melaka Sentral - Mahkota Parade;
Melaka Sentral - Bukit Katil;
Melaka Sentral - Batu Berendam - Taman Merdeka
Kadar tambang RM2.00
Manakala laluan kawasan MITC - Seri Negeri - Kawasan Pelancongan sekitar Ayer Keroh adalah berharga RM1.00
Keseluruhan bas ini mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 31 buah dan dilengkapi sistem GPRS. Kira Tok Ali boleh pantau mana driver melencong ni...
Jumaat, 1 Oktober 2010
Mydin Melaka Cari Pekerja (1 Oktober 2010)
Mydin Melaka mencari individu berkemahiran untuk jawatan-jawatan berikut:
Pengawal Keselamatan
- Bekas tentera tentera digalakkan
- Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang Keselamatan
- Calon tidak berpengalaman, latihan intensif akan diberikan
Pembantu Khidmat Pelanggan / Penyambut Tetamu
- Kelulusan SPM
- Kemahiran komunikasi dan perwatakan menarik
Pembantu Jualan / Pembantu Stor
- Sekurang-kurangnya berkelulusan SPM
Display Artist
- Diploma dalam art and design / seni lukis
- sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang peruncitan
Juruwang
- Minimum SPM serta lulus dalam Matematik
Temuduga akan diadakan setiap hari bekerja dari jam 10.00 pagi - 4.30 petang. Bawa bersama dokumen asal dan salinan sijil berkaitan, Kad pengenalan dan gambar berukuran passport. Minat sila hubungi dua cawangan besar Mydin di Melaka
Mydin MITC Melaka
06-2313007
Mydin 24 jam
06-2817354
**aku amik daripada Melaka Hari Ini keluaran 1 Oktober 2010
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com