Isnin, 5 Julai 2010

Bas Kat Melaka Bakal Diperbaharui

Ramai jugak orang ramai mengkomplen pasal bas kat perkhidmatan awam kat Melaka ni.. termasuklah aku.. asap bas tak ingat.. itu belum lagi yang memotong kita macam motosikal tayar sotong pintas kita. ceitt..

Dulu seingat aku Kerajaan Negeri pernah komen kepada pengusaha-pengusaha bas tukar bas ataupun sekurang-kurangnya pastikan bas tu bersih setiap hari. Tapi punya la ek diaorang.. buat derk jer.. Mungkin tak de duit kot... tapi dah berpuluh tahun dah.. takkan tak kaya-kaya kot.

Untuk mengatasi perkara itu, Kerajaan Negeripun sewa la bas dinamakan bas panorama..

Sementara beroperasinya bas tersebut, komplen semakin meningkat, maka perkara ini diajukan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat..

Tup.. tup.. hujung Jun lepas keluar dalam utusan bahawa peruntukan RM36juta yang dipohon daripada Kerajaan Pusat akan digunakan untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam di Melaka.

******************************************************

Petikan daripada Utusan Malaysia online

Pembelian 10 bas baru ganti bas Panorama

MELAKA 30 Jun - Kerajaan negeri dalam peringkat akhir membeli 10 buah bas bernilai RM2 juta bagi menggantikan bas Panorama yang ketika ini disewa daripada sebuah syarikat swasta sejak tiga tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembelian bas baru itu bertujuan mengelakkan kerajaan negeri daripada terus menanggung kerugian membayar sewa bas tersebut sebagai pengangkutan awam di pusat bandar ini.

Katanya, kerajaan negeri telah menanggung kerugian sebanyak RM1.2 juta bagi kos menyewa dan penyelenggaraan 10 buah Panorama itu daripada syarikat swasta terbabit sejak tiga tahun lalu.

"Dengan pembelian 10 buah bas baru ini, kita tidak perlu lagi bayar sewa dan dapat jimat banyak di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seri Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Ali berkata, mesyuarat tersebut telah bersetuju menubuhkan tabung pengangkutan awam yang secara dasarnya telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM36 juta ke dalam tabung itu.

Katanya, dalam pertemuannya bersama Najib ketika lawatannya ke negeri ini dua bulan lepas, Perdana Menteri telah bersetuju memberi peruntukan RM36 juta ke dalam tabung itu yang bertujuan menambah baik pengangkutan awam di negeri ini.

"Sekarang ini, kita pun dah ada modul yang mana wang ini boleh bertahan dalam tempoh tiga tahun dan selepas itu ia boleh bergerak sendiri tanpa perlu kita mohon lagi wang daripada kerajaan Pusat.

"Jika modul ini dipersetujui Perdana Menteri, kesemua tujuh syarikat bas di sini boleh beli bas baru menggantikan 206 buah bas lama yang digunakan ketika ini menggunakan tabung RM36 juta itu," jelasnya.

Tambahnya, melalui modul itu, syarikat-syarikat bas boleh meminjam daripada bank untuk pinjaman pembelian bas baru yang akan dijamin oleh tabung pengangkutan awam itu.

"Syarikat kewangan pula tidak perlu takut sebab pinjaman syarikat bas itu dijamin oleh tabung RM36 juta ini," katanya.




2 comments:

Melaka Boy berkata...

Salam... Saya sangatlah mengalukan keputusan kerajaan tersebut. Saya berharap untuk menjadi orang pertama yang akan menggunakan perkhidmatan yang baru ini. Saya juga akan berkempen kepada rakan-rakan agar sama-sama menggunakan pengangkutan awam.

Lekir berkata...

terima kasih melaka boy.. semoga kita sama-sama berharap perkara ini dapat direalisasikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com