Aku dengar citer Persidangan Dewan telahpun habis hari ini.. Memang tak de isu besar.. cuma 1 perkara jer hangat.. iaitu cara Syarikat Air Melaka Berhad menangani aduan pelanggan masih dianggap lemah.
Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa minggu lepas Paip Air di salah satu kawasan di Melaka telahpun pecah... dan isu yang timbul ialah
- Tiada makluman cepat kepada para penduduk hingga penduduk tertanya-tanya kenapa tiada air untuk 2-3 hari
- Ada beberapa kawasan yang tidak dimasuki oleh lori air menyebabkan keperluan air terputus
Walau bagaimanapun, dalam kes di atas bukan bermakna SAMB tidak buat kerja. Aku yakin warga kerja SAMB tak tidor malam nak settlekan perkara tu... tapi apakan daya.. nak puaskan hati beribu orang bukannya mudah. Sabar ye SAMB.
Perkara ini menyebabkan pucuk pimpinan tertinggi Melaka naik hangin... dan akhirnya satu arahan dikeluarkan bahawa SAMB perlu tangani masalah aduan pelanggan dalam tempoh satu hari.
Berdasarkan perkara tersebut, kita berharap SAMB betul-betul dapat perbaiki mutu perkhidmatan.
Sebagai muslim kita maafkan perkara yang lepas dan semoga SAMB dapat menjadi lebih baik..

0 comments:
Catat Ulasan