Selasa, 1 Mac 2011

N27 Merlimau: Lepas Geram Isu Melaka

Di Merlimau semakin hari semakin hangat dengan pelbagai isu.. Yang benar dan yang fitnah dah bercampur gaul. Aku yang membaca dan mendengar pun dah naik muak... tak kurang jugak isu-isu basi yang tak larat aku nak komen. Lantak kauorang lah!!!

Aku cuma cari isu-isu yang boleh membangunkan DUN Merlimau.. tak kiralah di kedua-dua belah pihak. Keluarkan manifesto yang dikatakan 'power'.. Bagi aku tak yahlah buruk-burukkan pihak lawan.. Taktik tu zaman tahun 80an. Zaman pengundi tak boleh fikir.

Penduduk Merlimau walaupun ramai berlatar belakang orang kampung tapi mereka sebenarnya mampu berfikir rasional. Kauorang ceritalah sampai berbuih mulut.. kepala diaorang hangguk tapi hati diaorang masih bertapis setiap fakta tu...

Aku faham pembangkang akan ceritakan tentang keburukan Melaka terutama produk-produk Pelancongan di Melaka. Tidak aku nafikan ada produk yang gagal tapi dalam 10 yang dibina, 8 bagus.. takkan seumur hidup nak citer yang tak bagus 2 tu???
Contoh mudah.. bini kauorang baik.. taat.. hari-hari masak nasi.. mesti lauk best giler.. tup-tup sekali tu masak masin sikit.. Takkan yang sekali tu kauorang nak burukkan sampai liang lahat?? yang dia masak best hari-hari tu tak plak kauorang puji!!! Kalau memang itulah tabiat kauorang.. memang sahlah kauorang jenis yang tak tahu bersyukur!

Mungkin bagi yang berkata pembangunan tak perlu.. sangat selesa sepertimana hidup di beberapa negeri lain...yang mungkin milik pembangkang, itu bagi kauorang.. tapi rata-rata aku tanya penduduk Melaka.. mereka sangat senang sebab dapat hidup di negeri yang mempunyai infrastruktur lengkap. Jalan raya yang luas.. kemudahan disekeliling.. hidup aman damai.

Aku faham kauorang nak cari isu pembaziran yang berlaku... tapi buatlah kaji selidik betul-betul. Ini dalam satu video di Youtube mengatakan Menara Taming Sari rugi. Waklu Sepaku.. kalau cuti sekolah beratur orang nak naik benda tu.. Orang Kelantanpun dah beribu-ribu orang naik benda tu. Orang KL lagi la ramai.. Orang Singaporepun boleh tahan.

Yang kedua isu Sekolah Harapan.. membazir?? membazir kejadahnya?? banyak kali aku bagitau.. Sekolah Harapan bukan untuk sekolah mempelajari cara-cara bersetubuh. Hah!! kan aku dah hangin!. Dia untuk budak-budak bangang yang dahpun bersetubuh. Lepas tu tak tau nak pergi mana dan 70% merasakan bayi dalam kandungan harus DIBUNUH!. Sekolah Harapan datang..

"meh.. meh nak.. tak yah bunuh.. kami akan bantu anak... dan kami ingin anak bertaubat serta kembali ke jalanNYA. Sesungguhnya Allah Maha pengampun".

Itu je hawau!! Duit yang bantu budak-budak ni.. kauorang suruh buat kempen cegah maksiat?? Kepala bana! Kalau sekadar kempen dah berjaya.. aku yakin generasi malaysia tak kenal dah apa itu ROKOK!. Cuba buktikan kat kerajaan kauorang bahawa dengan kempen je, zina berjaya jadi sifar. Baru boleh ngata orang. Kalau ikutkan jumlah pelajar di rumah harapan tu.. ada beberapa orang datangnya daripada beberapa negeri di Malaysia termasuk negeri serambi Mekah. Tapi Tok Ali tak sampai hati nak halau suh ngadu kat rumah Menteri Besar kauorang atau Menteri Besar lain. Terima jugak budak-budak tu... sebab fikirkan objektif nak selamatkan bayi dalam kandungan tu daripada dibuang dan terbunuh begitu saja. Duit makan minum ada Kerajaan Negeri Melaka mintak kat Menteri Besar lain????? semua tu rakyat Melaka tanggung!! Semoga Allah balas kebaikan duit rakyat Melaka yang disalurkan tersebut.

Dahlah.. letih aku layan orang tak guna akal ni.. errr.. tapi aku tahu kauorang memang ada akal.. itu sebab ligat cari apa salah orang.

wey.. cari salah orang lagi mudah daripada buat kebaikan... dan budak tadikapun pandai cari salah orang.. so, nak jadi pemimpin mesti bijak buat kebaikan.

Setakat ni aku masih lagi respek dan salute kepada Ketua Menteri Melaka dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.. sebab walaupun tanah sangat kecik Melaka terus membangun hingga lebih popular daripada beberapa negeri di semenanjung ni di peringkat antarabangsa. Ini fakta. Inilah bukti kebijaksanaan..
Segala kelemahan tu.. tegurlah.. juga dengan bijaksana... bukan level budak tadika.

Bagi yang terasa kenyataan aku di atas aku mohon maaf.. aku bukan kata kau.. aku kata diaorang... (budak bernama diaorang tu tak duduk Malaysia tapi duduk negara Adi Ababas sana)


5 comments:

Tanpa Nama berkata...

politik bro... politik.

orang politik ni semua bukan benda baik yg mahu digest tapi benda busuk dan benda taik ler yg dia org pilih

apek berkata...

tp tak sewajarnya politik ditaikkan begitu..
bak kata sudin
"berlakon filempun.. berlakonlah.. apa pulak ni pasal belacan pun nak pancung.. memancung ni?"

"ceritalah pasal ikan mas ke..cerita ayam ke.. cerita ikan pelaga ke.. cerita kumbang terbang ke.. tak boleh ke?"

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ berkata...

jom singgah amek template ringan & tak menyakitkan ati readers ;)

http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/bertukarrrrrr.html


cintabungablogspot dtg BW skali, jg² so'od... jg² bedahhh~~ ^^

syakirkamarudin berkata...

kau dah makam ubat ke belum

apek berkata...

hahaha.. aku tak perlu MAKAM ubat. cuma geram sikit..
org lain lagi la.. geram banyakpun ada.

sebelum tu aku nak tanya ko.. ko ni set-set yang makan cili la ye.. tapi blog blouse ko tu mmg ok.. aku dah buat lawatan balas.. aku doakan semoga rezeki ko bertambah dan sehat selalu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com