Pesanan penulis : Ini artikel membosankan.. kalau malas.. tak pelu baca.. baca topik lain. Sekian
Aku memang merasakan Melaka bertuah memiliki seorang pemimpin yang sangat berwawasan dan berpandangan jauh. Tidak dinafikan walaupun beliau agak keras dengan penjawat awam, namun dalam mentadbir sesebuah negeri, sememangnya sikap tersebut diperlukan bagi memastikan semua penjawat awam lebih proaktif. Hari ini Melaka dibangunkan dengan acuan yang terbaik. Perkara ini tidak boleh disangkal bagi orang-orang yang berfikir. Seingat aku sebelum ni (mungkin 10 tahun sebelum) Melaka pernah cuba untuk bangun sebagai sebuah negeri perindustrian dengan mengikut jejak langkah negeri Selangor dan Pulau Pinang hingga tumbuhnya Zon Perindustrian Bebas Ayer Keroh, Batu Berendam dan Cheng. Kemudian Melaka tersentak dengan kegawatan ekonomi hingga memaksa banyak kilang-kilang terpaksa tutup atau berpindah ke tempat lain yang lebih strategik seperti di negara China yang menawarkan kos buruh lebih rendah, atau kawasan yang berhampiran dengan pelabuhan utama negara. Ntah bila ketika zaman Tok Ali, semuanya berubah. Melaka seakan telah tahu bahawa membangun dengan cara meniru negeri lain, bukanlah kaedah terbaik. Sebaliknya mencari kekuatan sendiri adalah langkah yang tepat. Akhirnya dengan melihat Melaka mempunyai kekuatan dari segi warisan sejarah yang tinggi, ia telah dijadikan landasan untuk membangunkan Melaka. Melaka akan dibangunkan di atas tiket Pelancongan. Namun, kejadahnya kalau hanya nak bergantung harap pada kota Afamosa dan Bukit St. Paul tu sampai tua. Lembu yang keliling padang tupun dah lama dijadikan korban raya haji. Justeru, Melaka perlu dibentuk dengan pelbagai lagi produk pelancongan setiap tahun. Lantara itu, pelbagailah produk pelancongan dihasilkan dari pelbagai segi dalam mengamit kunjungan pelancongan setiap tahun. Apa yang paling ketara ialah sungai Melaka yang dulunya hanya biawak je boleh nyelam, kini menjadi tarikan utama siang dan malam. Sebenarnya industri pelancongan ni ada juga kabaikan dan keburukannya. Sebagai rakyat Melaka, sudah pasti semua itu perlu ditempuhi dengan sabar.
Keburukan
1) Melaka menjadi tumpuan pelancongan hingga sesak terutama musim cuti sekolah.
2) Jika pengurusan negeri tidak cekap, Melaka boleh jadi sarang sampah... Setakat ni nasib baiklah ianya telah diurus dengan sempurna
3) Sebaran penyakit boleh jadi dengan cepat dan tidak terkawal
Kebaikan
1) Aliran tunai berlaku sangat tinggi. Bayangkan kalau sorang pelancong datang sini membelanjakan RM300 - RM500. Kalau sejuta orang? Kalau 5 juta? Kalau sepuluh juta??
2) Pendapatan rakyat Melaka boleh jadi lebih tinggi dan tersebar luas. hanya tertakluk kepada yang rajin sahaja. Ini kerana dengan kehadiran pelancong luar, segala bentuk jualan dan perkhidmatan akan berjalan.Pengusaha hotel, pembawa beca, penjual restoran, tukang buat cenderamata, penjual goreng pisang, stesen minyak, pengusaha belacan & cencalok, tukang bawa kereta lembu, apek kutip tin minuman dan pelbagai lagi. Yang penting rajin dan ditambah dengan kreatif.
Walau apapun bersyukurlah apa yang ada.. tapi memang pelik sebab kadang-kadang orang luar dah lalui semua produk pelancong kat Melaka tapi orang Melaka sendiri tak pernah mencuba produk sendiri. Kenapa ek?? Peh.. penatlah.. chow..
2 comments:
like this blog so much!!
Thanks mr. porsche. i'm really appreciated.
waiting ur gentlemen blog.
Gud luck
Catat Ulasan