Selasa, 1 Februari 2011

Banjir Di Melaka 01/02/11

Hari ini hujan tidak menitis lagi di bumimelaka... agaknya katak dah puas kot mandi air hujan.. silap gaya demam panas. Walau bagaimanapun.. langit tetap berarak kelabu.. macam tunggu siren berbunyi daripada Maha Pencipta untuk makhluk bernama hujan mencurah ke bumi bertuah ini..

Yang jadi mangsa banjir dahpun ditempatkan di 26 pusat penempatan banjir. Mereka selamat kat situ.. aku tahu ramai hero dan heroin dah turun. Memang paling teruk di Jasin tetapi mengikut laporan di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri pun dah dinaiki air.. ada juga suara-suara mengatakan empangan Durian Tunggal dibuka menyebabkan banjir. Benar atau tidak.. wallahualam.. cuma aku nak bagitau Standard Of Prosuder Empangan memang macam tu.. bila sampai tahap merbahaya.. air empangan kena keluarkan.. kalau tidak empangan pecah.. kalau empangan pecah.. alamat macam citer X-Men II la...

Aku tengok FB Hero Melaka.. beliau telahpun turun padang.. aku memang tak hairan dengan sikap beliau ni.. sebab beliau memang sangat rajin dan mementingkan rakyat lebih daripada pekerja bawahan beliau sendiri.

Beberapa gambar aku amik daripada FB Super Hero Melaka (SHM).

Kauorang nampak kasut hitam panjang tu?? itu memang dia standby dalam but kereta sepanjang tahun.


Salah satu rumah di Chohong Jasin yang ditenggelami banjir


Kanak-kanak yang tidak faham apa itu mangsa banjir? Diaorang ingat pesta air pe?


Apa rasa rakyat bila pemimpin makan bersama dengan rakyat dan yang paling penting makan apa yang rakyat makan.


setakat makan bertatang ni.. aku rasa Super Hero ni tiada masalah..

Gambar di Taman Merdeka.. "aik! baju sama. Tak balik umah ke Tok??"


Cayalah Datuk Seri.. teruskan sifat-sifat yang mulia ini... Semoga lebih ramai pemimpin berkerja macam ni.. tak kiralah dari mana asal partinya.

4 comments:

nabilah_2908 berkata...

banjir kt taman merdeka dah ok rasanya..

sbb kt office ni...air dah mula surut... ;)

matahari pun dah ada...

jom ke APA KATA HATI pulak,
HARI MENTERNAK LEMAK-PART 2

apek berkata...

itu dia.. terima kasih laporan khas drp nabilah di blog http://www.zafiranabilah.com/
blog yang sgt ceria dan menyelerakan...

fryshadow berkata...

tadi petang baru lalu taman merdeka, air still tinggi dekat area airport tu. harap sape2 yang terlibat dapat bersabar dengan dugaan dan ujian Allah in..

p/s: nasib k-ekonomi tak tenggelam huhu

apek berkata...

thanks to fry pemilik blog http://fryshadow.blogspot.com/..

K Ekonomi kalau tenggelam.. alamat semua jentera kerajaan lumpuh.. berapa byk jabatan kerajaan dan persekutuan kat MITC tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com