Jumaat, 11 Februari 2011

N27 Merlimau : Kebarangkalian Calon Yang Muncul

Akhir-akhir ini DUN Merlimau hangat lagi memperkatakan calon yang sesuai bagi mewakili rakyat. Barisa Nasional dikhabar mengadakan pemilihan calon popular.. Kalau sebelum ini En. naseer jadi sebutan tapi minggu ini Datuk Zaini plak yang paling popular.


Setahu aku Datuk Zaini ni merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA). Beliau juga merupakan bekas Datuk Bandar MBMB dan sebelum itu sebagai pegawai di PKNM. Datuk Zaini memang sangat komited pada kerja yang dipikul dan sangat berintegriti. Perkara ini terpaksa diakui oleh pihak Pembangkang di Negeri Melaka ini. Public Relation dengan rakyat dan semua pemimpin tak kiralah ADUN mana termasuk pembangkang menjadikan beliau calon yang digeruni pihak DAP. Kenapa DAP?? sebab ADUN-ADUN DAP di Melaka pernah berurusan dengan beliau dan tahu kelebihan dan kebaikan beliau. Jadi secara tidak langsung beliau boleh menjadi tarikan kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina. Kebanyakan pembangunan fizikal di Melaka ini adalah hasil tangan beliau semasa berkhidmat sebagai Datuk Bandar.

Memang dia duduk Alai.. tapi rumahnya dia berasal dari Batu Gajah, Merlimau, Melaka iaitu salah satu kawasan berhampiran pekan Merlimau.

walau bagaimanapun, kata putus tetap belum dibuat.

Bagi pihak PAS ura-ura meletakkan Ustaz Kamaruddin Sidek iaitu Ketua Dewan Pemuda. Tak silap aku beliau tewas ketika menentang di DUN Serkam- N26 pada PRU12 lalu. Selain itu, mungkin juga Hj. Jasme Tompang iaitu seteru lama BN di DUN Merlimau. Dengar citer hari Ahad ni mereka bermesyuarat.




3 comments:

Tanpa Nama berkata...

nyaris je aku ucap tahniah kat kau sebab dah seiras tu

haha

kisah aku berkata...

harap die jugak...

apek berkata...

hahaha..

Gen,
ko tak tahu sepanjang karier aku.. berapa ramai ingat aku adik dia...

sesetengah staf MBMB kalau salam dengan aku mesti tanya pasal.. "abg ko sehat?" Aku igt dia tanya pasal abg long aku.. selamba je jawab sehat.. last2 baru aku tahu maksud mereka ialah Datuk Zaini.. sioot je.

Kisah aku... Amin sbb beliau mmg bagus..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com